Sejak dari pengakuan yang tidak langsung dari Sham tempoh hari, Sham tidak bertemu langsung dengan Amran, namun keadaan akan berubah tidak lama lagi kerana pada hari itu mereka harus pulang ke kampong bersama-sama. Suasana sunyi menyelebungi perjalanan Amran dan Hisham balik ke kampong Ulu Sayong. Amran tidak banyak bercakap sejak bertolak dari rumah Sam tadi. Hisham serba salah dan dia tidak tahu macam mana dia harus memulakan perbualan. Dia tahu Amran amat marah dan kecewa dengannya. Sampai saja mereka ke kampung Ulu Sayong, tanpa banyak berbicara, Amran terus saja meminta diri dan terus pulang kerumahnya. Pada malam itu Hisham tidak dapat lena sepenuhnya, fikirannya terganggu dengan apa yang berlaku diantaranya dan Amran.
Keesokan harinya, Sham ke tempat kerjanya seperti biasa. Keadaan Amran masih tidak berubah, dia masih lagi membisu dan kedinginan diantara mereka sudah mula dapat dirasai oleh beberapa orang lain di kilang itu termasuk Malissa. Kak Midah dan Kak Ning yang bekerja di bahagian yang sama dengan Sham juga sudah pun bertanya kepadanya apa yang sudah berlaku, namun Sham menidakkan yang adanya perselisihan faham diantara beliau dan Amran.
“Kenapa Sham ? Apa yang terjadi antara kau dengan Amran ?” Tiba giliran Malissa bertanya akan suasana yang sebenar. Namun Sham tidak dapat menjelaskan kerana perkara tersebut memandangkan ianya adalah rahsia tentang dirinya. “Tak ada apa-apa Malissa….perkara kecil je.” Sham cuba mengelak dari meneruskan perbualan tentangnya dan Amran. Malissa tidak mempercayai akan penjelasan yang diberi, dia tahu perselisihan faham diantara Sham dan Amran serius, malah mereka tidak lagi makan bersama-sama tengahari tadi. “Sham, saya bukan nak tahu secara terperinci tentang apa yang berlaku antara kamu berdua, tapi saya tak mahu apa yang berlaku antara kamu berdua menjejaskan kerja dan produktiviti kilang. Jadi saya nak Sham selesaikan secepat mungkin. Saya harap Sham faham.” Sham hanya mampu mengangguk “Saya faham Malissa. Saya akan selesaikan.” Malissa memerhatikan Sham, naluri hatinya ingin mengetahui dengan lebih lanjut. “Sham, kalau ada apa-apa yang perlu diluahkan, saya boleh mendengarnya, jika perlu.” Sham melihat tajam ke arah mata Malissa tanpa mengelipkan matanya, dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Malissa, namun kata-katanya itu mempunyai dua makna yang berbeza. Malissa sedar kata-katanya mungkin mendatangkan satu risiko. Dia tahu ianya mungkin membuat Sham mengesyaki yang dia mempunyai perasaan terhadap dirinya, Malissa merasakan dia tidak boleh lagi memendam perasaan itu dengan lebih lama. Sham ingin menyatakan sesuatu kepada Malissa, namun kehadiran abang dan kakak Malissa yang muncul tiba-tiba di bilik perbincangan, membuat Sham membatalkan niatnya. Suasana tiba-tiba bertukar menjadi kurang selesa, Malissa terus membisu dan terus berlalu pergi sambil diperhatikan dengan dengan sinis oleh abang dan kakaknya. Sham juga ingin beredar dari situ, namun abang dan kakak Malissa telah menghalang beliau dari berbuat demikian. Malah mereka dengan penuh kesombongan berkata “Hoi, kau nak kemana ? Duduk, aku nak bercakap dengan kau kejap….” Nada mereka amat kasar. Sham tidak berkata apa-apa, dia hanya berdiri disitu membisu seribu bahasa. “Dengar sini, aku nak cakap dengan kau. Dan aku nak kau dengar betul-betul.” Kakak Malissa telah pun duduk bertentangan dengan Sham, sambil memerhatikan Sham dengan penuh kebencian. “Aku dan keluarga aku sebenarnya tak suka dengan kehadiran kau disini. Aku nak beri kau amaran, kau jangan nak berbaik-baik dengan adik aku Malissa. Kau tak layak untuk dia. Lagipun dia dah bertunang dan hujung tahun ini dia akan berkahwin. Kami tak nak orang miskin dan kampung macam kau bersekongkong dengan keluarga kami. Jadi mulai dari hari ini, aku tak nak tengok muka kau di kilang ini lagi. Dan kalau aku tengok kau bercakap dengan adik aku Malissa, siap kau, aku akan halau kau dari kampung ini. Kau faham ?” Sham hanya memerhatikan gelagat abang dan kakak Malissa. Dia amat mengerti sekarang kenapa Haji Rahman begitu kecewa dengan anak-anaknya. Kalau macam ini la keadaannya, kalau dibiarkan mereka menguruskan syarikat Haji Rahman sepenuhnya, tidak syak lagi syarikat beliau tidak akan dapat bertahan lama kerana kesombongan serta keangkuhan mereka akan merosakkan segalanya yang dibina oleh Haji Rahman. Bukan itu saja, mereka akan juga merosakkan nama Haji Rahman buat selama-lamanya dan maruah mereka sendiri. “Lagi satu, kau tak payah la nak berbaik-baik dengan ayah aku dan cuba-cuba nak mempengaruhi dia supaya menerima kau ke dalam keluarga kami. Nah, ini duit gaji kau….walaupun baru berkerja 3 minggu kat sini, kami bagi kau sebulan gaji dan aku rasa itu dah setimpal memandangkan keadaan kau sekarang. Kalau ikutkan satu sen aku tak nak bagi. Ok…sekarang kau boleh berambus dari sini.” Sham melihat ke arah sampul surat yang berisi wang gajinya yang dicampak kearahnya. Sham ingin mengatakan sesuatu namun dia tahu kata-katanya akan mengeruhkan suasana yang sudah tegang. Dengan perlahan-lahan Sham bangun, dan terus beredar dari bilik perbincangan tersebut tanpa mengambil langsung wang gajinya tadi. Tindakannya itu mengejutkan abang dan kakak Malissa, namun mereka tidak berbuat apa-apa, malah mereka membiarkan saja Sham meninggalkan mereka.
“Apa dah jadi Sham ?” Amran bertanya setelah melihat Sham mengambil barangnya dan sudah pun menanggalkan uniform kerjanya. “Sham, kenapa ni ?” Amran semakin resah dengan tingkah laku Sham yang membisu. “Ok aku minta maaf sebab tak bercakap dengan kau tempoh hari, kalau itu sebabnya. Tapi jangan sampai kau nak berhenti kerja pulak.” Amran mendesak. Sham memecah kebuntuan “Amran, bukan sebab itu. Lagipun memang aku yang bersalah, aku tahu aku dah tipu kau. Tak pa Amran, kau pergi balik bekerja, nanti tak semena-mena kau pulak kena buang kerja. Nanti petang kita jumpa. Ok Amran, aku pergi dulu.” Sham terus meninggalkan premis kilang tersebut dan sambil terpandang kearah Malissa memandangnya dari jauh jendela pejabatnya.

No comments:
Post a Comment