Pada malam itu Sham telah diraikan oleh Sam dan rakan-rakannya yang lain di Anis Bistro & Café yang dimiliki oleh rakan lama Sham yang bernama Anis. Ianya terletak di Mont Kiara, Sri Hartamas. Malam itu sekumpulan pancaragam yang diundang khas telah memainkan beberapa lagu untuk memeriahkan majlis makan malam ‘farewell’ Sham. Tanpa disedari, pada malam yang sama, Marleena serta rakan-rakannya juga turut berada di situ meraikan kenaikan pangkatnya. Sham mahupun Sam tidak sedar akan kehadiran Marleena di tempat yang sama. Beliau juga ditemani oleh teman lelaki barunya. Suasana majlis meraikan Marleena meriah, namun kemeriahan serta gelak ketawa dari kumpulannya tidak sedikit pun mencuri perhatian majlis perpisahan Sham pada malam itu. Majlis perpisahan Sham sudah sampai kepuncaknya, Sam tanpa diduga sudah pun dijemput untuk berada dipentas untuk memberi ucapannya perpisahannya. Hati Sham sebenarnya berat untuk menyatakan sesuatu, namun dia tahu, sekurang-kurangnya dia harus meredakan kesedihan yang jelas terpancar pada majoriti rakan-rakannya. Sam sudah pun berada dipentas. “Good evening everyone. I just need some moment of your time tonight to join me to celebrate the farewell of my good friend. You know who I am talking about. He has been here as a part time member of the band tonight, he is also a former co-owner of this establishment, also a former CEO and now a retired rich man, which I wish it was me.” sambil tersenyum melihat kearah Sham”….my very best friend…Hisham….”
Hisham sudah pun dapat mengagak yang dia perlu naik ke pentas untuk memberi sepatah dua kata pada malam itu. Tepukan yang gemuruh dan siulan dari orang ramai yang hadir mengamatkan suasana di situ. Hisham baru menyedari sebenarnya ramai teman-teman dan kawan-kawan berada disitu untuk meraikannya pada malam itu. Dia amat terharu atas sokongan mereka. “Good evening everyone….Assalamualaikum to all of you….Tonight, honestly I am not prepared to say anything as I thought this is a just another simple farewell dinner for me, but as you all can see it is not. I see lot friends here and I appreciate that you guys coming here tonight. Thank you very much, I will never forget you guys. To my friend Sam, I have to thanked you from the bottom of my heart for what you have done me until today and I will always remember that. We are brothers.” Sham cuba mengawal emosinya yang jelas sedikit terganggu dalam menyampaikan kata-kata perpisahannya. “As you all know, tonite will be the last time I will be here and I would like say thank you for all the support and friendship that you have given me. The trust and the belief you have entrusted into me and I will always treasure them. Anis, you will always be my friend, my sister, part of my family. Do take care of that baby…which happened to be also my god-daughter.” Sham sudah tidak tahu apa lagi yang harus dia perkatakan. “To all of you…all the best…maybe some day we will meet again….” Sham mengakhiri ucapannya dan turun dari pentas menuju ke tempat duduk asalnya. Hatinya sedih dan berat untuk meninggalkan Kuala Lumpur, namun dia rasa ianya adalah lebih baik untuk semua orang pada masa itu. Ahli-ahli kumpulan pancaragam malam itu tidak mahu Sham terlepas begitu sahaja. “Boss….last gig…come on….one last song….” Mereka meminta Sham untuk jammin’ bersama mereka pada malam itu dan dia tidak dapat mengelak. Pada malam itu Sham telah ‘berkugiran’ sepuas hatinya dengan bermain sebagai gitar utama. Majlis perpisahan Hisham yang pada awalnya agak perlahan dan muram bertukar menjadi begitu meriah sekali.
Sementara itu, Marleena yang duduk bersama rakan-rakannya di satu sudut di restoran tersebut terkejut dengan kehadiran Sham yang meraikan majlis perpisahannya yang sememangnya mengejutkan dirinya. Dia tahu Hisham sudah pasti tidak mengetahui yang dia berada disitu memandangkan tempat itu dibahagikan kepada beberapa kawasan. Setelah mendengar ucapan yang diberi oleh Sham sebentar tadi, membuat hati dan fikirannya terganggu. Pelbagai perkara bermain di dalam kepala Marleena pada masa itu. “Apa yang telah berlaku….farewell ?…Sham nak kemana ?….Dia berhenti kerja ?” Marleena baru teringat akan satu berita yang didengar semasa perbualannya dengan ibunya tempoh hari. Dia tidak menyangka orang yang dimaksudkan oleh ibunya adalah Hisham. Namun persoalan ini tidak kedengaran oleh sesiapa melainkan Marleena, walaupun begitu Marleena inginkan jawapan kepada semua persoalan yang timbul mengenai Hisham, namun dia tahu peluang itu amat tipis.

No comments:
Post a Comment