Haji Rahman telah dibawa ke hospital Gleneagles untuk rawatan selanjutnya. Keadaannya masih belum diketahui. Mesyuarat yang diadakan tadi telah terpaksa ditangguhkan, dan penjelasan sebenar tidak dapat dinyatakan sepertimana yang diharapkan oleh Sham apatah lagi Haji Rahman. Mungkin ini semua adalah ujian dari Maha Yang Esa. Sham baru saja tiba ke hospital Gleneagles untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan Haji Rahman. Beliau ditemani rakan baiknya, Sam. Setiba beliau dan Sam ke tingkat 5 dimana Haji Rahman sedang dirawat, dia mendapati seluruh ahli keluarga Haji Rahman berada di ruang tamu. Pandangan kesemua ahli keluarga Haji Rahman tertumpu kepada Sham. Sham tahu sedar mereka sekarang memusuhi dirinya. Rizal, anak sulung Haji Rahman sudah pun bangun dari tempat duduknya dengan wajah yang penuh kebencian namun dia dihalang oleh Marleena. Sham tahu dia tidak sepatutnya berada disitu buat masa itu namun, baginya Haji Rahman adalah seorang yang beliau hormati. Kehadiran Marleena di depannya memecah suasana kebuntuan “How is your father ?” ujar Sham dalam suara yang amat prihatin. Marleena melihat kearah Sham dengan mata yang penuh dengan tanda tanya. Sham sedar, besar kemungkinan Marleena menyalahkan dirinya juga sepertimana ahli keluarganya yang lain. “He is fine. He is resting now….” Marleena ingin menyatakan sesuatu namun dia seolah-olah amat keberatan untuk menyatakannya. “What did the doctor say ? They know what’s wrong with him ?” Soalan yang ditanya oleh Sham telah menimbulkan kemusykilan dalam diri Marleena tentang Sham sebenarnya. Sham sedar perubahan yang ditunjukkan oleh Marleena, jelas dari riak wajahnya di tidak berpuas hati dengan diri Sham. “You do not know…after what you did this morning ?” Jawapan yang tidak disangka dari Marleena adalah satu tamparan yang hebat buat Sham. “Sham…he got a mild heart attack…it could have been worst. Sham….I think it is best for all us here that you leave. After what happened this morning, you should know better. You should have not come here.” Kata-kata Marleena cukup tajam. Sham tidak menyangka Marleena yang sebelum ini tidak seperti adik beradik beliau yang lain sudah berubah sikap dalam sekelip mata. “Are you accusing me that I am the cause for all what had happened today..?” Marleena tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Sham. “Ok…I will leave now…not for the sake of your family but for the sake of your father…” Sham tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, dia tahu dia harus berundur kali ini. Namun kata-kata seterusnya dari Marleena tidak diduga sama sekali “Sham…I think it is best…we do not see each other anymore…” suara Marleena dalam keadaan separa jelas dan tersekat-sekat. Sam, rakan Sham yang selama ini mendiamkan diri juga terkejut. Sam hanya melihat kearah Sham sambil menantikan jawapan yang bakal diberikan. Sham hanya merenung tepat kearah Marleena yang jelas tidak mahu bertentang mata dengannya. “I really do not understand why you are doing all this….but I abide by your wishes…sincerely I hope you could give me a chance to explain the whole situations…we can sit..” kata-kata Sham terhenti apabila Marleena mengangkat tangannya menandakan beliau tidak mahu mendengar penjelasan seterusnya dari Sham. “I do not think I want to hear what you have say now…or later…just please go…leave…” Wajah Marleena jelas teramat sedih dan dirinya tiada pilihan. Buat diri Sham pada masa itu, itu lah petanda yang beliau perlu beredar. Sudah tamat segala bicara. Sam menepuk bahu Sham seraya berkata “Sham, lets go…it’s time.” Sham menoleh kearah ahli keluarga Haji Rahman dan kemudian melihat kearah wajah Marleena yang bercampur kemarahan, kesedihan dan kekecewaan. Tiada apa lagi yang harus diperkatakan lagi, Sham membisu dan terus beredar bersama Sam dari hospital.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment