Enam bulan sudah berlalu, sebenarnya fikiran Sham masih terganggu, insiden yang berlaku pada keluarga Haji Rahman sukar dilupakan. Dia tidak seperti dahulu. Dia lebih suka menghabiskan masanya di pejabat ataupun hanya duduk dirumah. Sebenarnya Sham tidak begitu bersemangat kerana setakat ini keikhlasannya serta niatnya yang ingin membantu tidak dapat dihargai atau dinilai. Malah dia telah dituduh sebagai perampas. Dia tidak mahu syarikatnya AMC Holdings sama-sama akan diheret dan dipersalahkan sepertimana yang telah berlaku kepadanya. Ini akan membawa implikasi yang mungkin bahaya kepada reputasi dan juga keadaan bisnes dalam masa jangka masa pendek. Sham tahu dia hanya ada satu penyelesaian yang mana akan meredakan suasana sehingga pada satu hari kelak , perkara yang sebenar akan diketahui umum. Hari ini, Sham bercadang untuk mengadakan mesyuarat lembaga pengarah tergempar AMC Holdings. Dia sudah membuat keputusan dan pada mesyuarat lembaga pengarah yang akan bermula tidak lama lagi, dia akan mengumumkan kepada semua ahli pengarah tentang ‘pembelian’ syarikat Haji Rahman. “Assalamualaikum kepada Tan Sri, Dato’-Dato’. kesemua ahli pengarah yang sudi hadir untuk menghadiri mesyuarat tergempar dengan notis yang amat singkat. Tujuan pertama saya memanggil mesyuarat ini adalah untuk menerangkan tentang pembelian saham majoriti syarikat Haji Rahman yang pada awalnya satu transaksi bisnes yang biasa dan sekarang ini sudah menjadi satu kes sivil di makahmah. Kes ini dengan secara langsungnya telah memberi satu imej yang tidak baik kepada nama syarikat kita dan juga serba sedikit menimbulkan persoalan tentang etika bisnes kita. Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan juga ahli lembaga pengarah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku. Maka, dengan itu saya sudah mendapat satu jalan penyelesaian yang mana akan menyelesaikan masalah ini supaya ianya tidak akan memberi kesan yang negatif terhadap syarikat ini dalam masa terdekat mahupun dalam masa yang panjang. Untuk tindakan pertama, untuk pengetahuan pihak lembaga pengarah, pembelian saham syarikat Haji Rahman adalah satu pembelian yang luar biasa kerana di dalam pembelian saham tersebut, beberapa criteria yang luarbiasa telah disyaratkan oleh pihak Haji Rahman.” Pada masa itu, setiausaha Sham mengagihkan beberapa salinan urusan jual beli saham diantara Haji Rahman dan AMC Holdings. Sham meneruskan penjelasannya. “Sepertimana yang ditulis di dalam kontrak jual beli itu, jelas dinyatakan bahawasanya saham dibeli pada harga RM1 atas dasar pemegang amanah (iaitu caretaker) sahaja dan bukan sebagai pemegang saham sepertimana yang biasa kita fahami. Kedua, saham yang dibeli tidak dibenarkan dijual kepada mana-mana pihak melainkan kepada pihak asal yang menjual saham tersebut. Oleh itu pembelian saham ini tidak memberi apa-apa kesan keatas kewangan mahupun operasi syarikat kita. Di dalam kontrak jual beli saham tersebut, juga disyaratkan satu pihak pengurusan baru mesti ditubuhkan untuk mengendalikan syarikat Haji Rahman selama minimum setahun dan memastikan pengurusan, operasi dan keadaan kewangan kembali stabil. Selepas setahun, Haji Rahman sebagai penjual saham tersebut akan menilai samada pembelian balik saham perlu dilakukan ataupun melanjutkan tempoh pengurusan sepertimana yang telah dinyatakan tadi.” Lembaga pengarah mula memahami dan menyedari akan situasi yang sebenarnya, kerana sebelum ini pelbagai berita yang mereka terima yang bercanggah antara satu sama lain. Mereka berpuas hati dan mereka yakin kes sivil yang dibawa ke makahmah baru-baru ini tidak akan memberi kesan yang besar sepertimana yang mereka sangkakan. Namun Sham masih belum selesai dengan mesyuarat tersebut. “Sepertimana yang saya nyatakan tadi, saya telah mempunyai jalan penyelesaian yang mana boleh meredakan keadaan dan juga memperbaiki imej syarikat yang telah tercalar sejak kebelakangan ini. Sebagai orang yang ‘solely’ bertanggungjawab dalam hal pembelian saham ini, maka jalan yang paling baik dan pasti akan memberi kesan dan impak yang ‘significant’ terhadap AMC Holdings, adalah dengan saya meletak jawatan saya sebagai Ketua Pengawai Eksekutif dan juga sebagai ahli lembaga pengarah.” Pengumuman yang dibuat oleh Sham itu amat mengejutkan ahli-ahli lembaga pengarah termasuk ibunya dan adiknya Haris. Mereka semua meminta Sham menimbang balik akan keputusannya itu, namun jelas sekali Sham sudah pun memberi kata putusnya. Sepertimana yang telah diterangkan dia mempunyai alasan yang amat kukuh yang mana dengan perletakan jawatannya, sudah pasti pihak diluar akan mengambil tindakan itu sebagai tindakan yang positif untuk memulihkan imej AMC Holdings dan juga mengembalikan keyakinan institusi-institusi kewangan dan lain-lain industri/syarikat yang menjalinkan hubungan bisnes samada secara langsung ataupun secara tidak langsung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment