Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 13 (Continue)

“So macam mana Sam, dah settle hal Amran ?” Hisham mahu hal Amran diketepikan secepat mungkin kerana masih banyak lagi isu yang jauh lebih penting untuk diselesaikan. “Dah….dan aku pun dah dapatkan tempat untuk dia tinggal bila kelas dia bermula kelak. Kau ingat si Aziz tak ?” ujar Sam. “Aziz member kita yang masuk longkang pasal mabuk dulu ? Ya…..aku ingat…kenapa ?” Hisham ingin mengetahui dengan lebih jauh tentang apa yang difikirkan oleh Sam. “Well, dia tengah cari housemate sebab seorang dari housemate dia dah nak kahwin, so kena cari replacement la. Timing cantik la….next month. Aku dah bawa Amran tadi, tunjukkan tempat tu dan dia pun dah berjumpa dengan Aziz. Pasal kolej pulak, Sally dah settle kan…..insyallah Amran akan start bulan depan.” Hisham mengangguk tanda dia berpuas hati kerana perancangannya setakat ini menepati jangkaannya. Namun dia berasa musykil dimanakah Amran, kerana sejak dia sampai tadi, Amran tidak kelihatan. “Mana Amran ?” ujarnya kepada Sam. “Oh dia dalam bilik tengah solat kot. Tadi dia kata nak solat dan relax. So macam mana meeting tadi ?” Sam ingin mengetahui tentang meeting yang dihadiri oleh Sham pagi tadi. “Ok…cuma aku tak expect meeting tu tadi dengan Haji Rahman. Ibu aku pun tak cakap dengan siapa, aku pulak assume client dari luar negeri.” Sam terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Hisham. “Haji Rahman ? Tuan punya kilang ubat kat kampung Ulu Sayong tu ? Biar betul kau, Sham ?” Sham hanya mengangguk. “Dia tak terkejut tengok kau ?” Sam ingin mengetahu dengan lebih lanjut. “Surprisingly tak, dia dah tahu aku siapa. Yang terkejutnya aku bukan dia. Aku ingat aku yang menyamar, rupanya Haji Rahman lagi pandai.” Amran menerangkan satu persatu tentang perjumpaan yang tidak disangkakan tadi. “Jadi, Haji Rahman nak apa datang jumpa kau ?” ujr Sam lagi. “Dia nak jual syarikatnya….” Belum sempat Sham meneruskan penjelasannya Sam sudah memotong seraya berkata “Jual…? Jual kat kau ? Kenapa ?” Sham tidak mahu menerangkan dengan panjang lebar, kerana buat dirinya perjumpaan tadi sedikit sebanyak menganggu akan fikirannya sehingga tatkala itu. Dia tidak mahu memikirkannya buat masa ini apatah lagi menceritakannya sekali lagi. “Ceritanya panjang…..aku sebenarnya serba salah. Aku rasa macam aku tersepitlah Sam. Entahlah….aku tak boleh fikir sekarang….aku perlukan masa…..” Sham mengeluh…dia terasa amat penat betul pada hari itu. Mentalnya amat penat. Dia tidak mampu berfikir lagi hari ini. Sham melihat kearah Sam yang tiba-tiba membisu seolah-oleh hadirnya orang lain diruang tamu rumahnya. Sham menoleh kebelakang, dia nampak Amran yang tercegat di tepi pintu bilik yang jelas merenung terus ke arah Hisham dan sekarang rahsianya sudah terbongkar. “Shit…..today is not my day…” Sham hanya mampu menunduk dan melihat kearah lantai yang kosong. Dia tidak mampu berdepan dengan Amran buat masa ini.

No comments: