Friday, March 16, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 4

“Sam…I tak peduli…you better beritahu I…di mana Sham sekarang….I tahu you bohong….” Adriana tidak berpuas hati dengan Sam, rakan baik dan sepejabat Hisham. Dia sudah hilang sabar dengan perangai Sam yang seolah-olah mempermain-mainkan dirinya. Hatinya cukup panas. Cukup dengan perangai Sham yang tidak menjawab panggilan telefon beliau apatah lagi menelefonnya. Sudah hampir dua minggu Sham menghilangkan dirinya. Adriana sebenarnya sudah mula menyedari perubahan dalam diri Sham yang seakan-akan sudah tidak mengambil berat akan dirinya malah tidak suka meluangkan masa bersama-samanya seperti sebelum-sebelumnya. “Entah-entah si Sham ni dah ada awek lain. Kalau dia buat hal dengan aku, siap si Sham ni, aku akan ganyang dia cukup-cukup.” Itu lah yang bermain-main di dalam kepala Adriana. Dia tidak sedar bahawa perangainya yang suka memerintah dan terlalu mengikut kehendak dan hatinya telah membuat Sham terlalu tertekan dan sudah bosan dengan sikapnya yang mementingkan dirinya sendiri tanpa mengambil peduli akan perasaan orang lain. Malah Adriana pernah memalukan Sham di depan orang ramai di majlis makan malam tahunan AMC Holding. Sham rasa perbuatan tersebut telah mencabar kesabarannya yang selama ini telah lama dia pertahankan sejak mengenali Adriana setahun yang lalu. Datin Idora memasuki ke bilik pejabat Sam tanpa diduga. “Kenapa kecoh-kecoh ni ? Sam, Adriana, what is going on here ?” Sam berasa serba salah, dia tidak tahu macam mana dia hendak menyelesaikan masalah ini. Dia merasakan tersepit ditengah-tengah.

“Auntie, I just want to know where Sham is and si Sam ni…..tak nak beritahu. Saya tahu dia tahu dimana Sham berada. Malah dia ni sanggup mati daripada memberitahu di mana Sham berada sekarang ni. Geram betul saya Auntie……” Kemarahan Adriana masih lagi membuak-buak bagaikan sebagai seekor harimau betina yang sedang lapar. Gerun juga Sam melihat dirinya. Menyampah pun adanya. Dia pelik macam mana rakan baiknya Sham boleh terpikat dengan perempuan macam ini. “Sudah la Adriana, u just be patience. Sham, you know him well. If he goes missing means he does not want anyone to disturb him. Even Auntie sendiri pun tak tahu dia dimana.” Datin Idora tahu dia perlu mententeramkan keadaan. Dia tidak mahu perbalahan ini berlanjutan disitu. “Tapi Auntie, saya ni girlfriend dia, saya berhak tahu dimana dia berada. Kenapa dia tak nak bercakap dengan saya. Sudah beratus kali saya telefon dia, bukan nak jawab pun. Malah dia tak call langsung. Fed up……Saya rasa Auntie…..mesti dia dah ada orang lain ni.” Datin Idora hanya mampu mengelengkan kepalanya. Difaham benar perangai anaknya Sham, dia pasti Sham sudah tak tahan dengan kerenah dan perangai Adriana. Dan dia tahu Sham inginkan ketenangan dan bukannya leteran yang tak henti-henti dari Adriana. Sememangnya Datin Idora tidak begitu setuju dengan pilihan Sham selama ini, namun dia mesti mempercayai Sham dalam membuat pilihan tentang teman hidupnya serta menghormati akan keputusannya. “Adriana, why don’t you go back first, nanti Auntie will find out where Sham is and Auntie will let you know later. Ok ?” Datin Idora mencuba sekali lagi untuk meredakan suasana, keadaan Adriana seperti orang yang tidak terkawal di pejabat AMC Holdings amat membimbangkan dan dia tidak mahu Hisham akan menjadi mangsa gossip pejabat kelak. Dengan nada yang masih tidak berpuas hati…“Ok la Auntie, kalau macam tu……saya balik dulu. Tapi kalau Auntie jumpa Sham nanti, tolong beritahu dia, saya nak jumpa dengan dia, urgent. Kalau tidak, he will regret it.” Dengan nada mendengus Adriana terus keluar tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Datin Idora dan Sam yang berada disitu. Sam merasakan Adriana bukan lagi boleh diajar, dah terlebih ajar. Kalau ikutkan hati nak je dia tampar si Adriana tu. “Sam, mana Sham ?” Sam yang selama ini mendiamkan diri tersentak dengan soalan dari Datin Idora dengan nada yang agak keras. Dia telah berjanji dengan Sham supaya tidak memberitahu sesiapa tentang ‘kehilangannya’. “Saya tak tahu Datin. Dia cuma kata dia nak pergi bercuti. Saya benar-benar tak tahu Datin. Dan dia tak bawa mobile phone, dia tinggalkan kat office.” Datin Idora sedar itu semua adalah alasan dari Sam sahaja. Tak mungkin Sam tak tahu. “Kamu ni sama je dengan Adriana tu. Tak reti bahasa. Beritahu Sham, aku nak bercakap dengan dia. Suruh dia telefon Datin secepat mungkin. This is an order. Oh ya, lagi satu, kalau Adriana tu datang ke office ini lagi, tolong bincang diluar. Jangan beri dia buat kecoh lagi, ini pejabat. What people will say…?” Tegas kata-kata Datin Idora dan Sam tahu dia telah menjadi mangsa keadaan. Dia tidak menjangka keadaan akan menjadi sebegini rupa. “Baiklah Datin, kalau dia telefon saya akan sampaikan pesanan itu.” Dengan nada yang keras sekali lagi Datin Idora menjawab “Yes, you do that.” Sejurus kemudian Datin Idora meninggalkan bilik pejabat Sam selepas itu. “Sham kau ni betul-betul menyusahkan aku je la. Sakit kepala aku.” Sam merungut bersendirian.

No comments: