Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 13

Sham telah meninggalkan Amran bersama-sama dengan Sam kerana dia perlu menyelesaikan beberapa urusan syarikat dan dia tahu ibunya sedang menanti akan kehadirannya pada hari itu. “Selamat pagi Encik Hisham…..” penyambut tetamu AMC Holdings menyambut kedatangan Hisham. “Selamat pagi, Datin dah sampai ?” Hisham ingin memastikan samada ibunya sudah berada dipejabat. “Sudah Encik Hisham, dia berada di dalam main conference room dengan tetamu. Dia menanti Encik Hisham disana.” Hisham bercadang untuk kebilik pejabatnya dulu, namun dia membatalkan niatnya itu memandangkan mesyuarat nampaknya diadakan lebih awal. “Assalamualaikum….” Hisham memberi salam sebaik saja dia memasuki bilik perbincangan utama lalu menuju kearah Datin Idora dan mencium tangan ibunya. Dia masih tidak sedar bahawa tetamu ibunya merupakan orang yang sudah dia kenali berada tidak jauh dari situ. “Sham….ibu nak perkenalkan…..ini Tuan Haji Rahman, kawan lama Pakcik Mansor…” Mendengar saja nama tersebut, Sham menoleh kearah Haji Rahman yang duduk bersebelahan dengan ibunya dalam keadaan tergamam. Dia tidak menyangka ibunya mengenali Haji Rahman kerana sebelum ini ibunya tidak pernah berkata-kata apa-apa tentang bagaimana dia mengenali Haji Rahman. Hisham berada dalam keadaan terkejut, dan Haji Rahman seolah-olah sudah bersedia dengan keadaan tersebut. “Datin, sebenarnya kami dah kenal antara satu sama lain. Cuma…” Haji Rahman memecahkan kebuntuan. Namun belum sempat dia meneruskan kata-katanya, Datin Idora menyapa…“Betul ke Haji Rahman ? Bagaimana ? Sham ?” Datin Idora menoleh ke arah Sham yang dudah pun duduk bersebelahnya dengannya. Sham tidak tahu dimana harus dia mulakan, namun belum sempat dia berkata-kata, Haji Rahman lebih cepat memberi keterangan. “Macam ini Datin, dia berada di Kampong Ulu Sayong baru-baru ini. Saya tahu dia ni anak saudara Haji Mansor, sebab Haji Mansor pernah memberitahu saya bahawa Hisham merupakan satu-satu anak saudaranya yang rajin menjenguknya dan tidak kekok dengan keadaan hidup di kampung. Dia pernah memberitahu yang Hisham anak saudaranya ini suka “low profile” tak suka menonjolkan dirinya yang sebenar. Pada awalnya saya tak berapa pasti, tetapi selepas dia mengenalkan dirinya dan saya lihat tingkah lakunya, saya yakin ini lah Hisham anak Datin Idora, anak saudara kepada Haji Mansor.” Datin Idora tidak berkata apa-apa, dia hanya melihat dan menunggu penjelasan dari anaknya Sham yang jelas kelihatan dalam keadaan terpinga-pinga dan masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. “Maafkan saya Pakcik Rahman, saya tak bermaksud nak menipu Pakcik tentang diri saya. Cuma saya tidak mahu orang tahu akan identiti saya yang sebenar. Saya lebih selesa begitu.” Sham cuba menjelaskan tindak tanduknya. “Tak mengapa Sham, Pakcik tak kisah. Pakcik faham. Yang penting buat Pakcik, Sham ikhlas dan Sham pandai menyesuaikan diri. Kadang-kadang Sham terlalu merendahkan diri.” Haji Rahman hanya tersenyum manakala Datin Idora macam tidak percaya dengan pujian yang diberi oleh Pakcik Rahman mengenai anaknya Hisham. Dia tidak menyangka anaknya mendapat pujian sebgitu rupa dari seseorang yang dihormati iaitu Haji Rahman. Giliran Sham untuk bersuara “Pakcik buat apa kat sini ?” Hisham masih tidak pasti akan tujuan Haji Rahman berjumpa dengan ibunya Datin Idora. Yang pasti sudah tentu ada sesuatu yang penting yang hendak dibincangkan. “Hisham, Haji Rahman datang berjumpa dengan ibu kerana dia nak tahu samada kita berminat untuk mengambil alih ekuiti majoriti dalam syarikatnya.” Jelas Datin Idora. Hisham terkejut mendengar rancangan Haji Rahman untuk menjual sepenuhnya ekuiti majority syarikatnya. Sham dalam wajah yang penuh kemusykilan “Kenapa pakcik nak jual ? Bukankah syarikat pakcik dalam keadaan baik ? Masa depan syarikat pun baik. Permintaan ubat-ubatan tradisional yang berasaskan herba bukan hanya terhad untuk pasaran tempatan, malah permintaan dari luar negeri kian bertambah.” Hisham cuba memahami akan rancangan Haji Rahman. “Sham, Datin…..begini…ekuiti didalam syarikat saya ini, majoriti masih dipegang oleh saya, iaitu 51%, selebihnya saya telah bahagikan kepada anak-anak saya. Rizal dan Mastura masing-masing memegang 15% dan 12% saham dalam syarikat. Malissa, 10%, Ridzwan dan Marleena masing-masing 6%. Sebab saya ingin menjual bahagian saya adalah kerana saya merasakan syarikat itu memerlukan arah yang baru serta suntikan semangat yang baru untuk membawa syarikat ke arah perniagaan yang lebih kompetitif dan mampu berdaya saing. Jadi saya merasakan Syarikat AMC Holdings mampu membawa semua itu ke dalam syarikat saya.” Jelas Haji Rahman. Sham tahu kenapa Haji Rahman bertindak demikian, perkara yang baru dia jelaskan bukan sebab yang utama, ianya lebih kepada memberi alasan logikal dari segi perniagaan. Sebab utama adalah Haji Rahman sudah berputus asa dengan anak-anaknya yang tidak sehaluannya. Alasan yang diberi sekadar mengaburi keadaan yang sebenar. Sham dengan nada prihatin “Ok…saya faham tu pakcik, sebabnya menasabah, akan tetapi kenapa pakcik nak jual keseluruhan ekuiti pakcik ? Ini titik peluh pakcik, saya rasa pakcik sekurang-kurangnya harus simpan sedikit ekuiti pakcik. Bukan jual kesemuanya. Nanti apa kata anak-anak pakcik, saya rasa mereka akan menentang rancangan pakcik ini.” Hisham cuba memberi sebab-sebab yang rasional kepada Haji Rahman dan mengharap agar dia menimbangkan semula hasratnya itu. “Sebenarnya pakcik tak nak ada apa-apa kaitan dengan syarikat itu lagi. Memang ianya titik peluh Pakcik dulu dan pakcik membina syarikat untuk satu tujuan, tapi Pakcik merasakan ianya tidak mendatangkan hasil yang Pakcik harapkan malah ianya sekarang lebih mendatangkan beban kepada Pakcik dan juga keluarga Pakcik. Hisham telah melihat sendiri, jadi Pakcik rasa tiada gunanya lagi Pakcik ada kena mengena dengan syarikat HRMed. Kalau Pakcik simpan sedikit ekuiti dalam syarikat itu, ianya mungkin akan membawa lebih banyak masalah dari menyelesaikannya. Pakcik rasa Hisham faham maksud Pakcik. Datin, saya rasa Datin pun faham. Jadi ini keputusan saya, dan saya rasa syarikat Hisham layak untuk mengambil alih ekuiti dalam syarikat Pakcik memandangkan pengalaman AMC Holdings dalam mengendalikan barangan perubatan.” Haji Rahman dengan panjang lebar menerangkan rancangannya.” Datin Idora tidak berkata apa-apa. Beliau hanya menanti akan keputusan Hisham kerana selama ini dia memberi sepenuh kepercayaan kepada Hisham dalam apa jua keputusan perniagaan syarikat. Dia cuma penasihat khas dan hanya memberi pandangan bila diperlukan. Hisham masih lagi mendiamkan dirinya, dia sebenarnya masih memikirkan apa tindakan yang harus dia ambil. Dia tahu harapan Haji Rahman amat tinggi, dan dia tahu sekiranya dia bersetuju untuk mengambil alih ekuiti majoriti tersebut, sudah pasti ahli keluarga Haji Rahman akan menentangnya habis-habisan. Bukan itu saja, mereka akan juga terkejut apabila mengetahui siapa Hisham yang sebenarnya. “Baiklah pakcik….sebelum saya memberi kata putus, beri peluang pada pihak kami untuk meneliti status kewangan syarikat serta aset-asetnya. Selepas itu saya rasa baru kami boleh buat keputusan. Apa kata pakcik ?” Hisham sebenarnya membuat helah dan mengharap dengan masa yang perlu diambil untuk “Due Diligence” itu akan dapat membuat Haji Rahman memikirkan semula keputusannya itu. Dia bercadang untuk berbincang selanjutnya dengan Pakcik Rahman selepas itu. “Pakcik setuju. Sebenarnya Pakcik dah siapkan semua dokumen-dokumen yang Hisham perlukan itu.” Sambil mengambil begnya dan mengeluarkan kesemua dokumen yang dibawa dan menyerahkan kepada Hisham. Hisham sedar Haji Rahman sudah pun membuat keputusannya dan jelas dia amat bersedia untuk melaksanakannya. Dengan adanya semua dokumen yang diperlukan, Haji Rahman jelas bersungguh-sungguh untuk melaksanakan rancangannya itu. Hisham memanggil Sally, setiausaha peribadinya dan memberi arahan kepadanya untuk memberi dokumen-dokumen itu kepada Ketua Kewangan, Encik Kamarul untuk tindakan selanjutnya.

Setelah makan tengahari dengan ibunya dan Haji Rahman, Hisham meminta diri kerana dia harus berjumpa dengan Sam dan dia juga perlu pulang ke kampung Ulu Sayong. Haji Rahman ada juga memberitahunya bahawa anak perempuannya Marleena akan pulang ke Malaysia petang itu dan dia hendak ke KLIA untuk menjemput beliau.

Haji Rahman sudah lama meninggalkan pejabat AMC Holding, Datin Idora memasuki ke bilik pejabat anaknya Hisham. “Sham, ibu nak tanya, betul ke kau nak mengambil alih ekuiti Haji Rahman dalam syarikatnya ? Ibu bukan apa Sham, ibu tak nak kita terbabit dalam hal ehwal keluarga Haji Rahman. Ibu faham masalah Haji Rahman, tapi ibu cuma tak mahu Sham lakukan ini atas sebab yang salah.” Datin Idora menemui Sham kerana dia tidak berpeluang berbincang dengan lebih lanjut tentang perbincangan pagi tadi dengan Haji Rahman. “Sham faham ibu, memang risikonya banyak sekiranya Sham terima tawaran itu. Kalau Sham tengok dari segi business, syarikat Haji Rahman sememangnya berpotensi untuk maju dan berdaya saing, provided ada rancangan jangkamasa panjang yang baik. Cuma, yang menjadi isu utama adalah ahli keluarga Haji Rahman. Sham tahu masalah Haji Rahman, beliau dah ceritakan pada Sham sebelum ini, cuma pada masa itu Sham tak ambil kisah sangat dan mengambil ianya lebih kepada luahan hati seorang Pakcik yang sudah berumur. “Entahlah ibu, tapi gerak hati Sham….Sham kena tengok proposal ini dengan lebih lanjut. Selagi Sham belum selesai menelitinya, Sham tidak akan memberikan kata putus, dan Sham akan berbincang lanjut dengan ibu nanti.” Datin Idora tidak sedap hati, namun dia tahu Hisham masih lagi belum pasti dan dia tahu Sham bersimpati dengan Haji Rahman. “Kalau Sham dah cakap macam tu, ibu ikut saja. Tapi ibu bimbang. Ibu tak nak Sham yang susah nanti.” Wajah kebimbangan jelas di wajah Datin Idora. “Ok. Sham tahu. Jangan bimbang ibu, Sham tahu apa yang Sham lakukan. OK ibu, Sham nak ke rumah Sam. Sham will keep in touch again. Assalamualaikum…..”

No comments: