Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 34 (Akhir)

Hari yang dinantikan oleh Hisham tiba, untuk meninggalkan tempat asalnya. Dia sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya sebelum ke KLIA. Semasa Hisham berada didalam teksi, lagu izinkan kupergi berkumandang diradio.

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kitaKau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Panggilan terakhir untuk penerbangan Hisham sudah pun dipanggil. Hisham menoleh ke arah pintu masuk ke lapangan terbang buat kali terakhir. Tiada siapa yang menghantarnya dan sememangnya dia tidak mahu orang tahu yang dia akan meninggalkan KL buat selamanya melainkan ibunya dan Sam. “Selamat tinggal segalanya ….” Hisham pun melangkah pergi sehingga hilang dari pandangan.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 33

“Hello Sham...lama kita tak berborak.” Itulah ujar Sam rakan baiknya. “Yup. Memang dah lama, tapi ya lah aku kena ambil kira keadaan kau sekarang. Married man, kid on the way. So tak boleh nak ajak kau keluar selalu, nanti merajuk orang kat rumah tu.” Sam tahu, ada sesuatu yang tidak kena. Dia amat kenal Hisham. “Apa hal Sham ?” Sam sebenarnya baru saja tiba di condo milik Hisham dari pejabat. Sam tahu, dari panggilan telefon yang dia terima dari Hisham tengahari tadi, ini sudah pasti ada hal yang mustahak yang ingin diceritakan oleh Sham kepadanya. “I dan Suraya is getting a divorce.” Sam amat terkejut sekali “What ??? I thought you guys are happy and...getting to know each other well now. How all this happened so fast and why ??” Hisham tahu Sam sudah pasti akan terkejut sepertimana dirinya sendiri. Begitu panjang lebar Hisham menceritakan kepada Sam tentang hubungannya dengan Suraya. Sam tidak menyangka langsung yang Suraya sanggup melakukan sebegitu kepada rakan baiknya Hisham. “Kalau aku jadi kau Sham, aku dah sure naik angin. Mahu aku belasah dia dah.” Hisham mampu tersenyum seketika. “Buat apa Sam. Tak dapat apa-apa pun. Memanglah kalau ikut hati macam-macam boleh buat. Tapi aku kena rasional dalam tindakan aku. Aku tak boleh paksa dia menyayangi aku. Lagipun perkahwinan yang kami bina bukan atas cinta tapi atas business transaction. Cinta itu datang kemudian. Tapi some people say, old love is much powerful.” Sam menarik nafas panjang. “Tu aku faham Sham, tapi kamu berdua kan dah jumpa kasih sayang terhadap diri masing-masing. She should give it a chance. Give everyone a chance. So for me lah, she is wrong to do all this.” Hisham membisu seketika. “Tak pa la Sam. Tak perlu kita perdebatkannya lagi sebab it has already happened. Entahlah Sam, aku rasa mungkin takdir aku dah macam ni. Aku rasa it is about time aku terima seadanya, no matter what I do, how I do it. It will be the same. There is nothing much I could do about it.” Sam tidak mampu berkata apa-apa dan dia tahu apa yang diperkatakan oleh Sham itu ada betulnya walaupun takdir itu ditentukan oleh Yang Maha Esa. “What is your plan Sham ? Have you told you mum and your family members ?” Sebenarnya Hisham sudah pun memikirkan tindakan selanjutnya. “Well, I have to file my divorce this week and tell my mum about it. Well the good thing oout of this, at least now I know, there is nothing left for me here. I did the right decision when I left the last time but I came back. It is a mistake on my part. I should have just be on my own. Don’t entangle with anyone.” Sam tahu apa yang Hisham maksudkan “So u are leaving us again ?” Sham mengangguk. “Come on Sham, it should not be this way. You know it. You can start all over here. I am here bro. I will be here for you.” Hisham tersenyum. “I know Sam. You have been there for me. But this time, I have to sort this my own way. I will not come back for a long time. Perhaps never. I just do not know now. All I know I have nothing here and just too many painful memories I have here. All I know Sam, I just need to find myself again and I know I cannot do it here. I think it is best for me to go away for good this time. Probably I am meant to be this way. No matter how nice you become, doesn’t mean that you have all the happiness that you ever dream off. What had happened to me just iterates it much more. Probably you feel I am insane but I just know this is the right thing to do.” Sekali lagi, Sam kebuntuan. Dia ingin menghalang tindakan Sham akan tetapi hujah Sham sukar dipertikaikan. Semua yang sudah berlaku tidak dapat disangkalkan. Beliau tidak dapat memberi apa-apa penjelasan yang munasabah dan rasional untuk Sham pertimbangkan sekali lagi dalam membuat keputusannya kali ini. Malah, mungkin tidak ada lagi kata-kata yang dapat mengubah keputusan Hisham kali ini.

“Assalamualaikum ?” Hisham tiba di rumah ibunya. Sebenarnya dia baru saja mengfailkan penceraiannya. Sham tahu ini lah satu perkara yang amat sukar buatnya. “Wa’alaikum salam. Haa...Sham, dari mana ? Tak pergi ke office hari ini ?” Datin Idora menyambut Hisham sambil memeluk erat anak sulungnya itu. “Makan tengahari dengan ibu ?” Hisham memerhatikan saja ibunya. Dia tahu walaupun ini akan bakal mengecewakan ibunya, dia tidak mempunyai pilihan lain. Dia tidak tahu bagaimana untuk membohongi ibunya. “Kenapa Sham ? Macam tak sihat je ? Are you ok ?” Hisham terus melangkah pergi keruang tamu sambil diikuti dari belakang oleh ibunya. Datin Idora tidak berasa sedap hati dan dia tahu sudah pasti ada berita yang kurang baik yang akan disampaikan kepadanya. Sambil menarik nafas panjang, “Ibu....Sham tak tahu macam mana nak cakap ataupun macam mana nak mula...” Sham tidak sanggup melihat terus kearah ibunya. “Kenapa Sham ?” Datin Idora agak cemas “Sham dan Suraya....kami dah bercerai...” Datin Idora begitu terkejut sekali. Seperti biasa Hisham meleraikan satu persatu mengenai apa yang telah berlaku kepada ibunya. Ibu Hisham, tidak dapat menahan kesedihannya kali ini. Berlinang air mata. Dia juga tahu, dia akan kehilangan Hisham sekali lagi dan mungkin kali ini, adalah kali terakhir dia akan dapat melihat anaknya. Dia teramat sebak. Hisham tidak mahu memberitahu adik-beradiknya yang lain kerana tidak mahu mengeruhkan suasana dan menambah kekeliruan. Dia tahu adik-beradiknya juga akan kecewa. Ibunya akan memberitahu mereka bila sampai masanya kelak.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 33

Dalam beberapa bulan seterusnya hubungan Hisham dan Suraya bertambah intim dan baik. Hisham pun telah bekerja kembali di dalam syarikatnya sendiri. Namun kali ini dia tidak mahu lagi memegang jawatan Ketua Pengarah Eksekutif yang disandangnya sebelum ini. Walaupun adik beliau ingin memberi kembali jawatan itu setelah menerajuinya semenjak Hisham meninggalkan syarikat, Hisham hanya mahu ditempatkan sebagai penasihat khas syarikat. Ibu Hisham, Datin....amat gembira dengan kepulangan Hisham. Dia tahu Hisham adalah satu-satu anaknya yang boleh dia harapkan dalam apa jua keadaan, walaupun dalam keadaan yang amat kritikal. Hisham tidak mudah berputus asa. Akan tetapi, segala harapan yang indah dan mengunung tidak semudah yang disangkakan. Dan sepertimana yang selalu berlaku, Hisham sekali lagi berdepan dengan satu dugaan yang tidak dijangkanya.

Pada satu hari, Suraya menelefon beliau dan ingin makan malam dihotel Le Meridien yang terletak di KL Sentral. Hisham sebenarnya seperti tidak percaya kerana sejak beberapa minggu sebelum ini, Suraya sudah menampakkan satu perubahan dalam dirinya. Hubungan mereka tidak seakrab sebelum ini. Amat dingin sekali. Mereka sudah pun tidak bersama-sama sudah hampir 2 bulan. Hisham pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa. Malah dia menyangkakan mungkin disebabkan isu datang bulan. Sebulan lagi, genaplah setahun mereka bergelar suami isteri. Hisham sudah pun menempah tiket untuk mereka bercuti ke Bali, Indonesia. Dia mahu ianya menjadi hadiah kejutan sempana ulang tahun perkahwinan mereka. Namun, itu semuanya akan bakal lenyap tidak lama lagi.

“Sham, thanks for coming tonight.” Hisham sedar, dari gerak geri serta pertuturan Suraya, sudah pasti ada benda yang tidak kena. Namun Hisham masih lagi tidak dapat mengagak apa yang sedang dihadapi oleh Suraya. “I know that our elationship has been cold and I have been cold towards you. Something had happened. To me actually and it has been a difficult moment for me. This is going to be quite difficult. It is difficult for me but I need to be honest with myself and you.” Suraya masih lagi teragak-agak dan dia masih lagi seolah-olah mencari-cari ayat-ayat yang sesuai untuk disampaikan kepada Hisham. “Sham, I hope you are not upset with me. But if you are I can understand. Actually….I am in love with someone else…” Nyata, kata-kata Suraya itu umpama satu tamparan yang amat hebat dan ianya merentap jiwa Sham dengan amat kuat sekali. Hisham amat-amat terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh isterinya Suraya. Dia langsung tidak menyangka. Kenapa, mengapa, bagaimana semua ini boleh berlaku. Namun, Hisham tidak mahu mengeruhkan suasana yang ada. Namun pun begitu dia ingin tahu selanjutnya. “How all these happened ? Is it something I have done ? Where did I failed you ?” Hisham cuba mencari kesilapan dalam hubungan mereka. Suraya mengelengkan kepalanya, “Sham..you have not done anything. In fact, you have been the best husband that any women could ever ask for…but I am in love another man. You remember when we first agreed on this marriage..marriage of convenience. At that time I wanted to forget about my boyfriend. I was running away from all the problems that I was having with him and my family. I thought with that I could start my life all over again and perhaps find another man. I thought I did that. But when we met again few weeks ago, I realized my feelings towards him have not changed. And he is still in love with me and he had waited for me all this while. I know he failed me once but I can’t lie to myself. I am so sorry Sham. I thought we are in love. I thought I could love you. I know what I am doing right now is not the best thing that you have ever wanted from me. But I can’t lie to you. You have saved me and you where there for me. I just do not know how to do all these…I am so sorry… Hisham masih termanggu dengan situasi itu. Dia tidak dapat menyatakan apa-apa. Suraya sendiri sudah buntu. Dia tidak tahu apa lagi yang harus diperkatakan. Dia hanya mampu melihat kearah Suraya. “I thought the guy dumped you because of his indfidelity. But what’s the deal here ? I don’t understand Suraya..” Suraya tahu dia harus berterus terang dengan Hisham “Actually he did not do that to me. I left him because of my family pressures. He has been patience with me. I was the one with problem. I ran away from everything. That’s it.” Hisham termanggu. Selama ini, Suraya membohongi dirinya. “Are you telling me all this while you have been lying to me, all these loving wife thing, you love me etc. is it all lies ?” Suasana suram menyelubungi keadaan disitu. “Sham…those love I felt and shared with you are real. It was not an act or fake. Please believe me Sham…You brought back my belief and my ability to love someone. Share my heart…” Hisham tidak mahu mengeruhkan keadaan atau menyulitkan lagi apa yang sedang berlaku. Tidak lama kemudian “Suraya….I understand and I have too accept your decision. I know I cannot force someone to love me, share life together and take care of me… Yes… I am …truly shattered with this but…. I guess life has to go one just as it always has been for me. It all started as a fake marriage and I think this is the price of it.” Hisham diam seketika sambil mengambil nafas panjang. “So where do you go from here ? You want a divorce ?” Suraya tidak berkata apa-apa. Namun Hisham mengerti, tiada ada jalan lain. “Do you want me to tell your parents and the rest of the family?” Suraya sedar pengakuannya tadi hanya satu permulaan dalam hal ini. Dia juga harus berdepan dengan keluarga untuk memperjelaskan apa yang berlaku. “I will take care of my family. You tell your side and you can put the blame me of this one. I take the fall. I will make sure you do not have to face my family.” Hisham sekadar mengangguk tanda setuju. Dia tidak tahu apa lagi yang harus diperkatakan lagi. Buat Hisham his life have been full of sacrifice but nothing for him. Sesalan dan kesalan sememangnya tidak ada. Kekecewaan, sememangnya ada tapi hati Hisham umpama sudah tidak lagi ‘surprise’ dengan keadaan yang berlaku. Ianya dapat diterima sebagai satu lagi episod dalam hidupnya. “Mungkin takdir sememangnya begini.” Itulah bisikan hati Hisham. Setelah Hisham dan Suraya berdua bersetuju untuk menamatkan perkahwinan mereka, Hisham mengambil keputusuan untuk beredar terlebih dahulu dan meninggalkan Suraya bersendirian di restoran tersebut.

Untuk seketika Hisham hanya mampu duduk bersendirian di dalam keretanya. Fikirannya buntu. Kenapa nasibnya begini. “What I have done wrong ? What did I missed ? Am I just being too nice ?” Terlalu banyak perkara dan persoalan bermain-main didalam minda Hisham. Tanpa dia sedari, dia sudah berada didalam kereta tersebut sudah hampir setengah jam tanpa bergerak-gerak dari tempat letak kereta hotel. Beberapa hari seterusnya, Hisham meneruskan hidupnya seperti biasa tanpa menampakkan apa-apa jua perubahan dalam dirinya walaupun pada hakikatnya, kekecewaan sudah meresap masuk ke dalam jiwanya dan Hisham tahu dia tidak lagi boleh berada di situ lama. Kali ini kesan buat dirinya terlalu mendalam menjangkau lebih dari sangkaannya. Jelas dia tidak bersedia untuk menghadapi keadaan ini.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 32 (Continue)

Setibanya di rumah mertuanya, dia perlu bertindak secepat mungkin untuk memberi penjelasan kepada Suraya. “Ok. If you nak bincang this further, let’s go up to our room. I let you say what you want to say.” Dengan nada berdengus, Suraya terus saja berlalu menaiki anak tangga menuju ke bilik tanpa menunggu Hisham. Hisham menuruti dari belakang dan menutup pintu setelah masuk ke dalam bilik mereka. “Ok. Please explain to me apa yang you tak puas hati ?” Hisham dengan tenang memulakan persoalannya. Sememangnya Suraya tidak berpuas hati dan dia amat membenci Hisham pada waktu itu. Namun, dalam masa yang sama, dia tidak menyangkal yang dia sebenarnya sudah jatuh cinta dan amat sayang pada Hisham walaupun selama ini kehidupan mereka sebagai suami isteri lebih kepada lakonan semata-mata. Selama mereka bergelar suami isteri, Hisham sepertimana yang dijanjikan tidak pernah menyentuh Suraya mahupun tidur sekatil dengannya. Dia menghormati Suraya, dia menghormati keluarganya, dia melayan dirinya dengan baik malah Hisham tidak pernah sekali-kali menyakiti hatinya dengan sengaja. Namun kali ini, Suraya tidak dapat menahan lagi kesabarannya, melihat Hisham dipeluk sebegitu rupa oleh seorang wanita yang bernama Marleena merobek hatinya. “I tak puas hati sebab you berpeluk-peluk dengan perempuan lain. And you boleh buat depan I lagi. I cannot take it. Kalau you nak buat behind my back is ok, tapi not in front of me….” Penjelasan Suraya membingungkan Hisham kerana sebelum ini Suraya tidak pernah menyoal mahupun mengambil tahu tentang kehidupan peribadi Hisham. Seperti mana yang dipersetujui sebelum perkahwinan mereka, mereka berhak mempunyai kehidupan mereka sendiri dan Hisham sendiri tidak pernah membataskan ataupun cuba mengongkong cara hidup Suraya. Hisham merasakan yang sebenarnya Suraya berasa cemburu walaupun tidak ada perasaan cinta dan kasih sayang yang dilafazkan olehnya. Suraya pada masa yang sama sedar dia telah secara tidak sengaja membuka isi hatinya kepada Hisham yang sudah lama dipendam. Namun dia bimbang yang mungkin Hisham akan menolaknya mentah-mentah. Hisham sangat baik terhadapnya walaupun secara amnya, Suraya bukanlah seorang isteri yang pandai mengambil hati suaminya. “Suraya, I thought kita dah agreed that kita will not interfere with each other personal life. You wanted that way. But why suddenly you are not comfortable with it now. Lagipun Suraya, I tak berpeluk-pelukan dengan Marleena. She was the one yang tiba-tiba datang peluk I, she is just sad about what had happened couple of years ago. When I saw you standing there, I nak panggil you and introduce you to her as my wife. But then, you came storming in and start acting out of control.” Belum sempat Hisham meneruskan kata-katanya, Suraya memotong. “Yes, then why you let her go. You asked her to leave. You tak introduce pun.” Hisham mengelengkan kepalanya, dia tidak menyangka yang Suraya akan bertindak sebegitu rupa. “Suraya... What you want me to do ? You were not in the position to be introduce. Why are you so angry with me ? I tak pernah susahkan you. I did my part as a husband. Are you saying that you are jealous ?” Hisham sudah pasti memerangkapnya. Suraya tidak tahu apa yang harus diperkatakannya. Dia juga tahu inilah kekuatan Hisham, walaupun dalam keadaan yang tertekan begitu, dia masih tenang dan boleh lagi mengawal keadaan. “Suraya….answer me, are you jealous ?” Hisham ingin tahu dan dia mahu Suraya menyatakan sendiri pendiriannya. Suraya yang sekarang berdiri membelakangkan dirinya masih lagi membisu. “Suraya….kenapa you diam ? Just now you were screaming all over the places. Just answer my question.” Kali ini Suraya berpusing dan berdiri mengadap Hisham sambil menjawab dengan spontan “Yes…I am jealous. Ok I said it…” Hisham memerhatikan saja gelagat Suraya yang jelas dalam keadaan amat tertekan dan lemah dengan pengakuannya. Dia berdiri didepan Hisham seperti seseorang yang baru saja membuat pengakuan kesalahan dan menantikan hukuman yang bakal dijatuhkan. Hisham menyembunyikan perasaan gembiranya atas pengakuan yang dibuat oleh Suraya yang jelas secara tidak langsung memberitahu Hisham yang dirinya sayang kepadanya. Hisham tidak mahu terlalu ghairah kerana dia mahu terus ‘menyeksa’ Suraya seterusnya. Hisham melangkah kedepan untuk mendekati Suraya yang tunduk malu yang dari tadi lagi tidak lagi bergerak-gerak dari tempatnya berdiri. “Suraya…” Hisham memanggil dengan nada lemah lembut. “Look at me…it’s ok, there is nothing to be shy about.” Tindakan seterusnya dari Hisham tidak dijangka oleh Suraya. Hisham untuk pertama kalinya menyentuh Suraya untuk mengangkat wajah Suraya untuk diamatinya “Suraya, setahu I kalau orang tu jealous maksudnya that person is in love. And that also mean that person sayang pada that person.” Hisham merenung tepat ke mata Suraya sambil menanti respons dari Suraya yang pada masa yang sama, agak keliru dengan tindakan serta kata-kata Hisham. Suraya sedar dia tidak lagi dapat merahsiakan perasaan dan hatinya selama ini, walaupun begitu dia hanya mampu memberi hanya satu jawapan “Yes…” Itulah jawapan yang dinantikan oleh Hisham. Tanpa sebarang dorongan selanjutnya, bibir Hisham dan bibir Suraya bertemu untuk menghidupkan perasaan kasih sayang yang sudah lama terpendam. Kain tudung yang menutupi kepala Suraya terelai menampakkan rambutnya yang ikal mayang. Malam itu menjadi malam pertama buat mereka berdua, Hisham dan Suraya layu didalam dakapan melayari bahtera kasih bersama.

Hisham tersedar dari tidurnya. Jam sudah menunjukkan waktu 8:30 pagi. “Alamak lewat aku hari ini. Habis subuh aku...” Hisham mengeluh dan ketiadaan isterinya Suraya di kamar menambahkan lagi kebingungan buat dirinya. Namun, tidak lama kemudian, Suraya muncul dari bilik air memakai tuala dengan wajah amat ceria sekali. Dia senyum melihat Hisham yang masih lagi berada diatas kamar tidur. “Good morning Abang...” sambil memberi satu ciuman kepada Hisham. “Good morning. You look jovial today.” Suraya cuba bangun dari kamar dari tidur namun dihalang oleh Hisham. “I like you like this. Let’s just stay in bed today…” Hisham mengusap-usap pipi dan rambut Suraya. Suraya tersenyum dengan permintaan dengan Hisham itu namun, hari itu merupakan hari Ahad iaitu masa untuk bersarapan bersama keluarga. “Abang dah lupa ke, today is Sunday. Kan kita ada family breakfast kat luar. You know they will be waiting for us…But Abang lepas tu I promise, I will spend my time with you.” Itu lah keadaan yang dinanti-nantikan oleh Hisham. Dia sememangnya menyayangi Suraya dan selama dia mengahwini dirinya tidak pernah sekali ada niat didalam hatinya untuk menyakiti hati Suraya. Dia amat gembira kerana selama ini perasaan kasih sayangnya yang disimpan olehnya tidak sia-sia. “Suraya...I am glad with had the quarell last night. And I want to tell you this too, I love you too.” Sekali lagi mereka tenggelam dalam ciuman berahi seketika, namun sepantas kilat Suraya memberhentikannya. “Dah..dah…Abang pergi mandi cepat. We are already late…”
Kehadirian Hisham dan Suraya untuk bersarapan dengan ahli keluarga Dato’ Mohd Daud sebenarnya agak mengejutkan memandangkan apa yang telah berlaku malam tadi. Dato’ Mohd Daud, isterinya dan ahli keluarga yang lain berasa amat hairan dengan perubahan Hisham dan Suraya yang berkelakuan seperti orang baru saja berkahwin dan tidak menampakkan masalah yang mereka hadapi semalam. Suraya dan ibunya sedang mengambil makanan dikawasan hidangan buffet yang disediakan. “Sue, is everything ok ?” Ibu Suraya Datin Rosmah agak risau dengan apa yang berlaku semalam dan ingin memastikan keadaan dalam kawalan, walaupun anaknya menunjukkan keceriaan diri yang amat berbeza dari semalam. “Yes mom, I am fine. Everything is fine.” Datin Rosmah walau bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan penjelasan anaknya Suraya. “Sue, ibu bukan apa. Semalam ibu bimbang kerana Sue meninggikan suara pada Sham, suami Sue sendiri. Tak baik Sue buat macam tu, ibu harap Sue jangan buat macam tu lagi walaupun Sham bersalah.” Suraya merenung kearah ibunya “Sue faham ibu, it was my mistake. Ibu usah bimbang sebab Sue dan Abang Sham dah ok.” Datin Rosmah tidak mampu berbuat apa-apa. Dia kenal anaknya Suraya. Keras hati dan tidak suka mengalah dalam apa jua hal.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 32

Perkahwinan ‘kontrak’ yang dilakonkan oleh mereka sudah memasuki usia 6 bulan tanpa ada lagi insiden yang mana boleh memecahkan rahsia mereka berdua. Kehidupan mereka berjalan seperti mana yang mereka rancangkan, Hisham dan Suraya masing-masing menjalankan hidup mereka tanpa menjejaskan perjanjian mereka. Sham dan Suraya akan menghadiri jamuan makan malam syarikat ayah Suraya untuk buat kali pertama. Hisham seperti biasa tidak mahu menonjolkan dirinya namun, kedua-dua ibu bapa Suraya mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Hisham diperkenalkan boleh dikatakan kepada semua kenalan kedua-dua ibu bapa Suraya. Di majlis tersebut, Hisham menyedari yang ada seseorang yang mengenali dirinya sebelum ini, berada di dalam majlis tersebut. Hisham tidak menjangka untuk bertemu dalam majlis yang seperti begini. Keadaan yang bakal akan berlaku sememangnya tidak sesuai, sekiranya ianya tidak dielakkan.

Hisham perlu keluar dari dewan majlis kerana mahu mengambil ‘fresh air’ dan juga ‘lari’ dari kedua-dua ibu bapa Suraya yang masih tidak putus mahu mengenalkan menantu mereka yang baru. “Hisham….” Suara seorang wanita yang telah sekian lama tenggelam dalam ingatan hidupnya muncul kembali. Hisham menoleh ke belakang dan tidak syak lagi, berdiri disitu.....Marleena Haji Rahman. “Leena….it is a surprise to meet you here.” Hisham tahu keadaan akan bakal menyukarkannya. Marleena melangkah beberapa tapak ke depan. Jelas Marleena yang Hisham kenal dahulu jauh berbeza sekarang. Marleena nampak lebih nampak anggun dan sophisticated. Lebih memaparkan ciri-ciri wanita melayu moden. “How are you Hisham ? It has been awhile. Where have you been ?” Marleena agak gembira akhirnya dia dapat bertemu dengan Hisham setelah sekian lama semenjak pemergian ayahnya Haji Rahman dan juga setelah mendapat tahu hal yang sebenarnya yang telah berlaku diantara Hisham dan ayahnya. Hisham masih lagi tidak berganjak dari tempat dimana dia berdiri. “I am fine Leena. Ya…it has been awhile. Well… you sure look different. Honestly I am surprise to see you.” Marleena tersenyum, dia tahu Hisham memujinya. “How about you ? Where are you now? Still with Charles Schwabb ?” Marleena sekadar mengangguk sambil mengambil beberapa langkah lagi ke depan. “Kemana you menghilang Sham ? I was looking for you, but I was told you left the country. I hope it is not because of me.” Senyuman kecil dari Hisham “Well definitely not. I just need a break. To do something different. Why are you looking for me Leena ? I thought you are through with me after what had happened years ago.” Hisham masih sangsi apakah tujuan Marleena bertemu disitu dan bercakap dengannya. “You know my father had died. He never did recovered. We were devastated as a family. Off course at that time we were still angry at you, but then when the interim management present the initial finding and reports of the company, I tahu I dah bersalah kepada you. I menghukum you terlalu cepat dan….I langsung tidak memberi peluang pada you untuk membela diri. So….I want to say I am sorry for what I did to you. For what my family did to you. And I know that will not change anything or fix the damaged that already inflicted on you.” Hisham membisu seketika. Dia sebenarnya sudah memaafkan kesemuanya. Malah dia tidak mempunyai rasa dendam ataupun merasa tidak berpuas hati dengan apa yang telah lakukan kepadanya. “Leena…I have forgiven you and your family long time ago. It’s the past, we move on and make the good from that.” Tanpa diduga, Marleena melangkah dan terus mendakap Hisham sambil menangis teresak-esak. “I am soo sorry. I blew my chances that I had with you. I never did give you a benefit of a doubt even though you have been nice all through.” Hisham membiarkan seketika Marleena melepaskan kesedihan dan penanggungan yang lama dibawanya atas kesilapan dirinya sendiri. Tanpa disedari, Suraya yang keluar dari dewan majlis selepas Hisham, memerhatikan aksi Hisham dan Marleena dari jauh. Diluar dugaan, hati Suraya berasa begitu sakit, malah dia amat benci sekali dengan sikap Hisham yang masih lagi berlagak seperti orang bujang. Tindakan Suraya selepas itu mengejutkan Hisham dan Marleena. “Excuse me….may I know why are you embracing my husband ? Sham ? Who is this ?” Kehadiran Suraya sememangnya tidak dijangka. “Suraya, it is not what you think.” Hisham cuba menenangkan Suraya yang jelas terganggu dengan insiden itu. Marleena masih lagi dalam keadaan terpingga-pingga. “Hisham is married ?” Marleena meleraikan dirinya dari dakapan dan berdiri disebelah Hisham sambil memandang kearah orang yang mengaku sebagai isteri Hisham yang bergelar Suraya. “Sham…you are married ?” Marleena agak terkejut. Hisham membisu. Dia lebih tertumpu kepada isterinya, Suraya. Dia mesti menenangkan keadaan dengan segera. “Suraya….Marleena is just an old friend. We are just talking about the past.” Penjelasan Sham jelas tidak merubah keadaan Suraya. Malah Marleena menjadi lebih marah “Berpeluk tu you kata its nothing…??? To me it is something….” Suara Suraya sudah diluar kawalan. Hisham memberi isyarat kepada Marleena untuk beredar dari situ. “Suraya….please do not make a scene here. You are just making a fool of yourself. If you want to discuss this, let’s do it elsewhere. Malu la sikit with your parents.” Kali ini nada suara Hisham agak tegas dan keras sedikit. Dia tidak mahu Suraya yang jelas sudah hilang kawalan perasaannya memalukan dirinya dan juga keluarganya. Kedua ibu bapa Suraya yang juga berada diluar sebentar tadi telah melihat pergaduhan diantara menantu mereka dan anak mereka termasuk beberapa rakan-rakan kenalan mereka. Namun mereka berdiam diri, sekadar melihat dari jauh dan tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga Suraya dan Hisham yang jelas tegang tatkala itu. “I am a fool ?? You tu yang tak betul. You rasa apa yang you buat tadi tu ok ? Habis you ingat I ni siapa… ?” Dengan suara yang amat tinggi sambil menuding jari kearah Hisham. Suraya jelas masih lagi tidak dapat meredakan kemarahannya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa tiba-tiba dia begitu cemburu dan marah kepada Hisham walaupun mereka berdua telah berjanji sebelum berkahwin dahulu yang mereka berhak mempunyai hidup mereka tersendiri sehinggalah tamat tempoh perjanjian perkahwinan mereka. Hisham tidak mahu perbalahan itu berlarutan, dia perlu membawa Suraya pulang ke rumah. Suraya tidak membantah, namun sepanjang perjalanan pulang, mereka berdua bisu seribu bahasa.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 31 (Continue)

Sudah semalaman Hisham berada dirumah kedua ibu bapa Suraya. Dia bercadang untuk bertemu dengan ibunya serta ingin memperkenalkan isterinya. Dia tahu, yang pasti ibunya akan terkejut dan apatah lagi adik beradiknya yang lain. Hisham sedang menikmati teh diluar veranda rumah apabila kedua ibu bapa Suraya datang dan duduk bersamanya. “Sham, auntie nak tanya sikit ?” Hisham tidak menjangkakan apa-apa. Malah dia menyangkakan kedua ibu bapa Suraya masih lagi ingin mengenali Hisham dengan lebih dekat. “Sebenarnya uncle dan auntie merasa Hisham ini seperti seseorang yang kami tahu. Tapi kami tak pasti. Jadi kami nak kan kepastian, so kalau auntie tanya, I need you to be honest with me. “Are you anak Dato’ Kamal and Datin Idora ?” Hisham tahu, kedua ibu bapa Suraya sudah pasti akan dapat mengagak. Yang membimbangkan Suraya sendiri tidak tahu latar belakang Hisham yang sebenarnya. Mereka tidak berpeluang untuk memberitahu diantara satu sama lain. “Ya. Saya anak mereka.” Kedua ibu bapa Suraya tersenyum. Mereka amat gembira sekali. Akhirnya anak mereka telah memilih suami yang sememangnya sesuai dan memiliki ciri-ciri yang mereka cari selama ini. Suraya yang sebelum ini berada di dapur muncul untuk bersama-sama dengan mereka. “Suraya, I am proud of you. At last you ikut cakap papa. This is more like it.” Suraya agak terkejut, dia sebenarnya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Ayahnya tidak pernah memujinya. “What did I missed ?” Suraya masih lagi dalam kemusykilan. “How come you did not tell us that you got married with the CEO of AMC Holding, Muhammad Hisham Dato’ Kamal.” Dari riak wajah Suraya, Hisham tahu dia geram sambil dalam keadaan terpinga-pinga. Suraya jelas amat marah sekali kerana Hisham tidak pernah memberitahu hal ini kepadanya kerana jelas perkara itu amat penting sekali. Suraya sekadar mampu melemparkan satu senyuman ‘lakonan’ untuk menutup ketidak ketahuannya tentang latar belakang Hisham, suaminya.

Setiba mereka ke dalam kamar tidur diatas, “You should have told me about yourself. We almost blew it just now. From now on you better tell me what else that I should know about you.” Suraya amat marah dengan sikap Hisham. Perkara yang penting seperti itu seharusnya diberitahu kepadanya. Namun Hisham pun mempunyai sebab yang sama. “You apa kurang. You did not mentioned your father is someone respected in the corporate world. I thought your family is normal as mine.” Mereka berdua bertikam lidah dan masing-masing tidak mahu mengalah. Malam itu mereka tidak lagi berbicara dan seperti biasa Hisham tidur ditepi katil. Keesokkan harinya, giliran Hisham pula untuk memperkenalkan isterinya kepada keluarganya. Sepertimana yang dijangkakan ahli keluarga Hisham terkejut dengan pilihan abang mereka. Seorang bekas model yang bertudung. Namun mereka menerima Suraya dengan tangan yang terbuka dan mereka amat gembira sekali. Bagi mereka, sudah sampai masanya abang mereka mengecapi kebahagian hidup setelah sekian lama kecewa dan sentiasa keseorangan walaupun ramai yang ingin mendampinginya.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 31

Cuaca pagi di Kuala Lumpur terasa amat berbeza sekali. Hisham agak terkejut juga memandangkan dia hanya meninggalkan bumi Malaysia baru lebih setahun. Dia tidak menyangka tubuhnya sudah berasa asing pada cuaca yang agak panas dan lembab. “Encik nak ke mana ?” Ujar pemandu limosin yang baru dinaiki oleh Hisham. “Damansara Height, ini alamatnya. No. 21 Jalan Beringin. Pakcik tahu tempatnya ?” Pemandu teksi sekadar mengangguk menandakan yang dia tahu dimana terletaknya tempat yang ingin dituju oleh Hisham. “Anak ni dari mana ?” Hisham pada mulanya menyangkakan pakcik teksi tersebut tidak mahu berbicara dengannya, jelas sangkaannya meleset. “Saya baru balik dari Amerika pakcik. Saya balik bercuti, berkerja disana.” Sekali sekala pakcik teksi tersebut melihat kearah Hisham memggunakan cermin pandang belakang. Perbualan Hisham dan pakcik teksi tersebut bertambah rancak sehinggakan Hisham sendiri tidak menyedari yang teksi yang dinaikinya sudah pun menghampiri rumah ibu bapa Suraya, yang juga ibu bapa mertuanya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pakcik teksi tersebut, Hisham memerhatikan kearah rumah bungalow yang tersergam indah. Hisham tidak menyangka ibu bapa Suraya adalah golongan yang amat berada. Terlalu besar rumah mereka. Hisham mula berasa agak kekok dan bimbang dengan keadaan yang bakal dihadapinya. Dari perbualan telefonnya dengan Suraya tempoh hari, kedua ibu bapa Suraya sememangnya menanti akan kedatangan Hisham. Pada awalnya, kedua ibu bapa tidak begitu gembira dengan tindakan anak mereka Suraya. Dan mereka juga menyalahkan Hisham kerana tidak bersikap ‘gentlemen’ dalam mengambil anak mereka sebagai isteri. Hisham sudah menjangkakan reaksi tersebut. Malah ahli keluarga Suraya yang lain termasuk abang dan kakaknya turut tidak bersetuju dengan cara perkahwinan adik mereka dilaksanakan. Suraya sudah pun memberi amaran kepada Hisham yang kedatanganya mungkin sukar. Hisham berbisik kepada dirinya sendiri sambil menekan butang intercom yang terletak ditembok pagar rumah, “I have to do it. This is it. Its now or never.” Suara dari intercom memecah lamunan Hisham “Yes, cari siapa ?” Hisham agak teragak seketika, “Assalamualaikum ? Saya cari Cik Suraya. Saya Hisham.” Suara dari intercom itu menyepi seketika. Tidak lama kemudian, pintu pagar automatik dibuka dan pada yang sama, Suraya muncul dari rumah sambil berjalan kearah Hisham yang masih lagi tercegat diluar pintu pagar. “So, how was your flight ?” Hisham memandang kearah Suraya yang mana jelas dia dalam gemuruh. “Are you ok Suraya, you sound nervous. “Mesti la nervous, my mum, dad and the rest of the family is waiting for you. Now I am really not sure as to whether we made the right decision.” Hisham hanya tersenyum. “Sham…you boleh senyum. I serius ni. I hope you play your role well, otherwise you and me, we are dead.” Walaupun Hisham pada mulanya gementar namun apabila melihat keadaan Suraya yang lebih gementar, perasaan tadi hilang dan gantikan dengan perasaan geli hati. “Well, Suraya, we are about to see whether we are dead or not.” Hisham memberi salam sambil disahut oleh ahli keluarga Suraya yang lain. Suraya seperti dijangka hanya mengekori Hisham dari belakang. Hisham bersalaman sambil diperkenalkan kepada dengan kedua ibu bapa Suraya dan adik beradiknya yang lain. Hisham di pelawa duduk bersebelahan dengan kedua ibu bapa Suraya. Suraya yang sebelum ini berada disitu sudah hilang dari pandangan. Keadaan pada masa agak kekok buat Hisham, dia merasakan ianya bukan lagi majlis suai kenal atau menyambut menantu tapi lebih kepada sesi temuduga. “Hisham, auntie dan uncle sebenarnya masih lagi belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan Suraya sudah bersuami. Apatah lagi dengan orang yang kami tidak berapa kenali.” Ibu Suraya, Datin….memecah kebuntuan. “Uncle, Auntie…saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya tiada berniat untuk menyusahkan sesiapa apatah lagi untuk memburukkan nama keluarga uncle dan auntie. Namun pada masa itu, saya dan Suraya bersetuju untuk meneruskan rancangan tersebut memandangkan keadaan yang mana pada masa itu saya dan dia tidak mempunyai masa yang panjang dan bersesuaian. Kami bimbang sekiranya kami tidak berkahwin pada masa itu, ada kemungkinan ianya tidak akan berlaku. Pada masa itu juga, Suraya sudah perlu pulang Malaysia dan saya masih lagi sibuk dengan projek dan tugasan yang mana jangkamasanya saya sendiri tidak dapat pastikan. Sebab itulah kami mengambil tindakan untuk berkahwin terlebih dahulu.” Walaupun kedua ibu bapa Suraya masih tidak berpuas hati, namun mereka agak gembira kerana dari gelagat Hisham, dia sudah pasti datang dari keluarga yang baik-baik.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 30

Hisham dan Suraya selamat diijabkabulkan di masjid bandar Seattle disaksikan oleh Razak, Noni dan beberapa kenalan rapat. Sepertimana yang telah dipersetujui secara rahsia oleh mereka berdua, majlis berjalan lancar dan semua pihak tidak mengesyaki apa-apa yang mencurigakan tentang perkahwinan mereka. Hisham dan Suraya benar-benar berjaya membawa watak suami isteri sepertimana orang lain yang berkahwin atas dasar cinta. Pada malam itu, mereka berdua telah menginap di bilik ‘wedding suite’ di sebuah hotel terkemuka di Seattle, iaitu hadiah dari pada Razak dan Noni. Namun tanpa diketahui umum, Hisham telah tidur di ruang tamu dan sementara Suraya pula di bilik tidur pengantin. Mereka berdua tidak banyak bercakap setelah sampai di hotel kerana terlalu penat dengan acara perkahwinan mereka sebelum itu. Lagipun, Suraya perlu berangkat pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

“I see you in couple of weeks, okay darling.” Suraya begitu manja dengan Hisham sebelum berangkat ke dewan berlepas. Keberangkatan pulang Suraya juga ditemani oleh Razak dan Noni. Hisham seperti biasa memainkan peranannya sebagai seorang suami yang romantis. Panggilan untuk masuk kedalam pesawat telah pun diumumkan, “Before I leave, I will give you a call. I miss you dearly.” Hisham memeluk Suraya dengan erat sambil memberi kucupan ke dahinya. Suraya tidak menjangka akan tindakan Hisham itu, namun dia tidak kisah memandangkan dia memahami tindakan Hisham itu selari dengan peranannya sebagai orang yang baru berkahwin. Tanpa diduga oleh Hisham, Suraya membalas dengan kucupan ke pipi Hisham sambil membisikan ‘I luv you’ kepadanya. Lambaian Suraya sudah lagi tidak kelihatan, Hisham, Razak dan Noni mula mengorak langkah untuk pulang ke destinasi masing-masing. “Sham, you know what, Noni and I until now just cannot believe that you are already married. And you are married to Suraya. I just cannot see how you guys connected so fast. It stills bother both of us.” Hisham sudah mengagak yang Razak dan Noni akan cuba membangkitkan semula tentang hubungannya dengan Suraya. “Well Razak, I also surprise myself. You know my situation anyway, I was just not ready after what had happened to me. But then, I think this is ALLAH’s will, it is faithed that I will meet your cousin Suraya and marry her. Love at the first sight, maybe it was not so obvious but it did later on.” Razak dan Noni mengangguk tanda setuju walaupun ianya jelas tidak ada penjelasan yang logik yang dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh mereka berdua. “Ok Sham, I hope to see you before you leave for Kuala Lumpur. You take care brother. Assalamualaikum ?” Setelah menjawab salam itu, Hisham meninggalkan Razak dan Noni sambil menuju kearah keretanya yang terletak di kawasan letak kereta bertingkat. Buat dirinya, sebenarnya dia tidak merasakan apa-apa perubahan apatah rasa rindu walaupun secara teknikalnya dia telah pun bergelar suami. Buat Hisham, dia hanya perlu memikirkan apa tindakan selanjutnya apabila dia pulang ke Kuala Lumpur untuk berdepan dengan ahli keluarganya dan juga ahli keluarga Suraya.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 29 (Continue)

“What ?” Itulah reaksi yang pertama dari Razak dan Noni apabila mendengar hasrat Hisham dan Suraya pada malam itu. Mereka berdua tidak percaya dengan berita yang baru disampaikan. Ianya seolah-olah umpama satu mimpi. “How all these happened ? We always thought you guys just did not click. As matter of fact, both of you guys did not show any interest towards each other at all.” Hisham dan Suraya walaupun agak berdebar dengan keadaan itu, namun mereka sudah pun bersedia untuk menghadapi persoalan yang bakal dibangkitkan oleh Razak dan Noni. “Simple, love. I pun susah nak explain. Mula-mula I tak denied, memang rasa kekok. Maybe the environment etc. just did not make me comfortable. Anyway, a week after I met with Suraya at the mall and we had a chat. We get to know each other a bit. I think that’s where we sort off know that we could have something here. We meet again few days after that and I guess then it is all history. I know the marriage proposal might sound a bit too soon and ackward, but then we are both adults. And of course there are things we do not want to cross. Both of us agreed that to avoid all these, we should get married. Furthermore, she have to go back soon to KL and I still have things to do here. To find the right time probably will not happen so soon. So, we think while are both here, we should make it official. Later, if the family wants to do the wedding again in KL, it will be alright as we will be already be officially married.” Penjelasan Hisham tidak menampakkan apa-apa yang mencurigakan melainkan keputusan untuk berkahwin lebih awal dari yang dijangkan, iaitu sehari sebelum Suraya meninggalkan Seattle untuk pulang ke Kuala Lumpur. Walaupun Razak dan Noni gembira dengan berita itu, namun ia masih tidak dapat menjawab sepenuhnya tentang kenapa perkahwinan itu perlu dilaksanakan segera di Seattle. Pada malam itu juga Hisham dan Suraya memberitahu keluarga masing-masing akan hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga. Sepertimana yang dijangkakan, ahli keluarga mereka masing-masing terkejut dengan rancangan perkahwinan mereka berdua. Namun pun begitu, kedua-dua keluarga sedar mereka tidak dapat menghalang memandangkan kedua-dua mereka berada jauh dan meredhai akan keputusan mereka. Mereka cuma berharap akan berpeluang untuk berjumpa dengan kedua-dua Hisham dan Suraya tidak lama lagi untuk memastikan kesahihan perkahwinan mereka.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 29

Beberapa hari sudah berlalu, Hisham masih lagi belum dapat membuat keputusan mengenai ‘proposal’ Suraya tempoh hari. Kesibukan kerjanya sedikit sebanyak membantu Hisham dari memikirkannya sepenuh masa. Namun, masa sudah singkat, Hisham perlu memberi jawapannya keesokan harinya. Suraya semalam sudah pun menghubunginya dan Hisham berjanji akan memberi kata putus. Hari yang dinantikan sudah tiba. Hisham akan bertemu dengan Suraya di sebuah restoran yang terletak di kawasan ‘suburbs’ kota Seattle. Sepertimana yang dijangkan Suraya sudah pun tiba lebih awal. Hisham terus saja dibawa ke meja yang telah ditempah. “Assalamualaikum ? Suraya memberi salam terlebih dahulu. “Wa’alaikum salam. So how are you ?” Hisham sengaja menanya khabar untuk meredakan suasana yang agak mendebarkan. Dia tahu Suraya sudah pasti tidak sabar untuk mengetahui keputusannya. “Boleh kita makan dulu, then we can discuss on the matter. Is that ok with you ?” Suraya hanya mampu bersetuju walaupun dia sebenarnya agak geram juga dengan kerenah yang ditunjukkan oleh Hisham seolah-olah ingin mempersendakan dirinya. “Mamat nie betul la, dia boleh buat relax pulak. Kita tengah kelam kabut nak tahu jawapan. Jaga kau Hisham, ini masa kau, nanti sampai satu masa nanti, aku kenakan kau balik.” Itu bisikan Suraya sendirian. Dia rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Hisham malam itu. Tidak banyak yang diperbualkan memandangkan masing-masing ingin menyentuh hal pokok, iaitu kahwin kontrak. Suraya walau bagaimanapun tidak dapat menanti lebih lama lagi, sebaik sahaja dessert dihidangkan, Suraya terus bertanya kepada Hisham. “Well you have 5 days to think it over, so what is your decision ?” Suraya merenung tepat kearah Hisham sehingga Hisham sendiri merasakan Suraya bagaikan seekor harimau betina yang ingin menerkamnya. “Ok, my answer is yes. I will help you. But with some conditions.” Suraya berasa lega dengan persetujuan Hisham. Dia tidak bimbang akan ‘conditions’ yang bakal ditetapkan oleh Hisham. Yang penting pada masa itu, adalah persetujuan Hisham. Pada malam itu, Hisham dan Suraya memeterai satu perjanjian perkahwinan yang mana ianya akan diwujudkan selama 2 tahun. Dalam jangkamasa itu kedua-dua mereka harus memainkan peranan sebagai suami isteri yang baik. Lakonan suami isteri ini hanya perlu dilakukan pada masa-masa yang tertentu khasnya untuk pertunjukkan untuk keluarga masing-masing. Kedua-dua pihak tidak dibenarkan membocorkan rahsia perjanjian kemana-mana pihak sepanjang tempoh perkahwinan. Kegagalan merahsiakan motif perkahwinan akan membatalkan segala perjanjian yang dimeterai dalam perkahwinan ini dan pihak yang bersalah akan diwajibkan memberi ganti rugi dalam bentuk wang sejumlah yang sama banyak dengan pampasan yang dijanjikan dalam menunaikan kahwin kontrak tersebut. Masing-masing dibenarkan mempunyai kehidupan tersendiri tanpa ada apa-apa ikatan tanggungjawab melainkan untuk keluarga semata-mata.

“So macam mana kita nak beritahu pada Abang Razak and Kak Noni about our up coming wedding ?” Suraya sedar walaupun mereka berdua sudah pun bersetuju, namun ada beberapa lagi perkara yang perlu diselesaikan untuk memastikan perkahwinan yang bakal dilangsungkan nampak ‘masuk akal’ dan diterima tanpa banyak persoalan dari banyak pihak. “I have been thinking about that too. I pun sebenarnya buntu juga, apa alasan yang menasabah yang boleh I beri pada mereka. Anyway, what do you think about this ? Kita kata we have been dating secretly for last few weeks. And we do not want to wait too long and to avoid other ‘complications’, so we both agreed to get married as soon as possible.” Hisham menanti akan reaksi Suraya tentang cadangan yang baru diberi. “I tak pastilah Hisham. Sounds ok, tapi macam tak cukup ummph. They can still ask us more questions. How about we just say that we have done it ?” Hisham terkejut dengan cadangan Suraya yang terlalu dramatik. “What ?? Are you crazy ? This is Razak and Noni we are talking about. Dia orang kenal I. This will look bad on me. I don’t like it, as if macam I pulak buat salah. That is just too far for me. Furthermore, what will the old folks back home will say.” Kebuntuan jelas terbayang di muka Hisham dan Suraya. Tiada idea yang bernas timbul dalam perbincangan mereka. “I know that, memang bunyinya tak sedap. You rasa I tak tahu semua itu. I lagi teruk, I perempuan. What will other people say, especially my parents. They will never accept this. I am not that type of lady even though most people profession macam I nie, we sleeps around. I don’t, just to let you know.” Hisham cuma membisu, dia tak kisah kalau Suraya bukan lagi anak dara. Yang dia bimbangkan adalah bagaimana ibunya boleh menerima akan alasan itu. Dia tahu, ianya akan menyukarkan keadaan. “I think we just stick we the earlier reason. We can take it from there. You know love can make people do crazy things. I think Razak and Noni will not hassle us on the matter. We might be surprise if they might be ok with all this.” Suraya tidak dapat membantah. Dia sendiri sudah kekeringan idea. Keesokan malamnya, Hisham dan Suraya bersetuju untuk memberitahu Razak dan Noni tentang hasrat mereka untuk berkahwin.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 28

Hari bersilih hari, sudah hampir sebulan Suraya berada di Seattle. Dia perlu kembali ke Kuala Lumpur namun perancangannya masih lagi belum selesai. Dia harus berbuat sesuatu secepat mungkin untuk merealisasikan rancangannya sebelum pulang ke tanah air. Dia mesti berjumpa dengan Hisham secepat mungkin. Pada malam itu, nasib menyebelahi Suraya kerana Abang Razak dan Kak Noni pergi menghadiri jamuan makan malam syarikat Boeing yang meraikan kemunculan kapal terbang generasi baru 737. Dia menjadi ‘baby-sitter’ pada malam itu dan tanpa diduga Hisham muncul setelah sekian lama ‘menghilangkan diri’. “Hisham....” Kehadiran Suraya di depan pintu menyambut kedatangnya menceriakan suasana Hisham yang sejak kebelakangan terlalu dan tertekan dengan projek perumahanya. “Razak dan Noni at home ? Their car is not around.” Hisham sebenarnya ingin singgah ke rumah Razak dan Noni secara mengejut dan ingin mengajak mereka makan bersama dengannya. Namun kejutan yang bakal dihadapi akan lebih mengejutkan Hisham. “Sorry Sham, they actually pergi dinner. Just 10 minutes ago…” Suraya sebenarnya masih lagi teragak-agak samada dia harus mengambil peluang itu untuk menengahkan perancangannya kepada Hisham. Hisham tidak menjangkakan ketiadaan Razak dan Noni. “Mmm…tak pa lah macam tu, I think I will come back again. Ingat surprise them and nak ajak mereka dinner to celebrate my project completion.” Hisham mula untuk mengambil langkah meninggalkan rumah tersebut, namun dihalang oleh Suraya. “Hisham, you tak nak masuk dulu ke ? Rest la kejap. Why don’t you celebrate je with me ? Kids pun ada…” Suraya tahu, kata-katanya tadi agak agresif dan mungkin disalah ertikan oleh Hisham. Akan tetapi dia perlu mengambil peluang ini untuk melaksanakan perancangannya yang sudah lama terbantut. Hisham berasa serba salah memandangkan Razak dan Noni tiada di rumah. Entah kenapa, Sham merasakan dia harus masuk sebentar untuk memastikan Suraya tidak kecil sekiranya pelawaan itu ditolak. “You nak minum apa-apa ?” Suraya perlu memastikan Hisham dalam keadaan selesa sebelum dia mengemukakan rancangannya. Hisham sementara itu berasa tidak begitu selesa walaupun rumah itu bukan asing buatnya. Suraya kembali bersama-sama dengan segelas teh panas untuk Hisham. “You tak minum sekali ?” ujar Hisham setelah menerima air tersebut dari Suraya. “I baru je minum tadi with the kids.” Hisham sekadar mengangguk. “Where’s the kids ?” Hisham cuba menghilangkan rasa gusarnya. Suraya sedar akan keadaan yang berlaku, dia tahu masa yang ada suntuk. “The kids baru je asleep. Anyway…how’s your project going ?” Suraya cuba untuk memecah kebuntuan keadaan. “Project went well actually. We have completed the houses on time. And to cap the day, we sold the last house this evening. It is kind of a surprise as most people will only wait till it is completed before making their decision. We are just lucky.” Suraya gembira mendengar berita baik yang disampaikan oleh Hisham. Dia tersenyum sambil masih lagi memikirkan bagaimana untuk memulakan topik yang ingin dia ketengahkan. “So you macam mana ? I thought you are going back to KL.” Giliran Hisham pula untuk mengemukakan pertanyaan.Namun pertanyaan itu merupakan pembuka ruang untuk Suraya mengenengahkan dilemanya. “Memang I nak balik tapi I ada sikit masalah so I need to resolve it before I can go back.” Hisham menjadi musykil dengan kata-kata Suraya tadi walaupun dia menjangkakan Suraya mempunyai masalah tersendiri. Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut akan permasalahan yang menimpa Suraya. “Masalah ? Masalah apa if you don’t mind to share ?” Inilah peluang yang dicari oleh Suraya. “Actually problem ni involves my family, specifically my father. We actually had an argument before I left Seattle. He wanted me to get married. Therefore being a ‘good’ father he is, he somehow made an agreement with a family friend to match make their son with me without my knowledge. At the same time I was having a serious relationship with another guy. So one fine day, me and my boyfriend bumped into my father. And of course, as expected my father was not too thrilled to find out that I was dating another male model. He never considers modeling as real job. Anyway, my father then when on to investigate my boyfriend background and have him tailed for months by a PI which he hired. Basically he wants me to break off with the guy and agree to his ways. You know that is not going to happen. Anyway, one day, as I was having lunch with my boyfriend and I noticed the PI because I remember seeing the same guy in my dad’s office few days ago. Of course at first I did not suspect anything amiss. But later that night, after my boyfriend drop me off, I saw the same guy tailing my boyfriend car. From then onwards, it start to occur to me that my father is stalking me and my boyfriend. I want bananas and I approached my father the same night as I want to be certain that he is behind all these. Well, you probably guess what happened then. We had a huge argument about privacy, independence etc. During that argument, my father gave me some incriminating photos of my boyfriend with another woman. He said my boyfriend is not a good person and he is just using me to have a better life. Of course I would not want to believe him, not after what he did. But I cannot deny that I was also upset and disappointed to find out about boyfriend that way even though he denied it. Anyway, my father then gave me an ultimatum to get married in the next 2 months to his choice unless I can find a better suitor before that.” Penjelasan yang panjang lebar diberi oleh Suraya, namun dia memberhentikan cerita itu buat seketika kerana dia ingin tahu akan reaksi Hisham setelah mendengar permasalahannya setakat itu. Suraya berasa agak tertekan sambil melihat kearah Hisham yang masih lagi dalam keadaan menganalisi cerita yang baru disampaikan. “I see. So what’s the issue now ? You want to run away so that you do not have to get married ?” Suraya sedar Hisham masih lagi tidak dapat memahami rancangannya yang sebenar. “Well technically macam tu. But I cannot run away. And I also know I cannot win and I certainly would not want to marry someone that my father chooses. I have plan though as my father said I must find a husband before the stated dateline.” Hisham agak terkejut dengan rancangan Suraya itu. Buat dirinya tindakan itu terlalu drastik dan besar kemungkinan membawa masalah yang lain yang jauh lagi besar daripada masalah yang sedia ada. “What ?? You are crazy. Mana you nak cari calon husband that fast ? We are talking about marriage here. Marriage is about respobsibility, honor, integrity, belief and love. You cannot get to know a person for a short period of time and expect the marriage to work as plan.” Hisham menjelaskan pandangannya dengan harapan Suraya dapat memikirkan kembali akan rancangannya itu yang begitu radikal. “I know that and it is true what you said. But then I have no choice and the choice is clear I need a hubby fast. It is has to be radical. So what I am planning to do is to have contractual marriage or what orang melayu kita kata kahwin kontrak.” Hisham mengelengkan kepalanya. Dia merasakan tindakan yang diambil oleh Suraya tidak ada rasional dan tidak menyelesaikan isu pokok yang sebenarnya. Namun Hisham juga sedar, ayah Suraya juga adalah salah satu penyebab dalam hal ini yang sekarang ini berada dalam keadaan yang agak kritikal sehingga tindakan-tindakan yang bakal diambil lebih kepada untuk keuntungan diri masing-masing dan bukan untuk membawa kebaikan yang hakiki untuk kedua-dua pihak. “You dah ada calon suami kontrak ?” Soalan cepu emas telah keluar dari mulut Hisham. Ianya bagaikan sudah dirancang. “Yes, I dah ada.” Namun tatkala itu Hisham masih lagi tidak dapat meneka yang calon yang dimaksudkan oleh Suraya adalah beliau sendiri. “So who is this lucky guy ? So he agreed to be a contractual husband ?” Inilah peluang yang dinantikan oleh Suraya, peluang untuk menyatakan hasratnya yang sebenar. “Well the lucky guy is you..” Pengakuan yang dibuat oleh Suraya amat mengejutkan Hisham. Dia tidak langsung menyangka yang Suraya akan memilihnya untuk melengkapkan rancangannya. “Well I am flattered. But then I don’t think I would be the right person here.” Suraya sudah pun menjangkakan penolakan dari Hisham. Namun, dia tidak akan mudah mengalah. Masa depannya bergantung kepada persetujuan Hisham. “Hisham, I am not expecting you to be a husband like a normal marriages. All I am asking is for you to be my husband legally but minus the responsibilities and roles as a husband. No attachments whatsoever, no sex, you can still have you own life and I have my own life. But we have to act in front of my family as if we are happily married couples. Just be a good actor. And best of it, you will earn some good money at the same time. You probably need the money.” Hisham masih lagi tergamam dengan kata-kata Suraya itu. Dia tidak menyangka yang Suraya mampu berfikir sedemikian rupa. Perancangannya seolah-olah sudah difikirkan semasak-masak buat seketika. Keadaan Hisham yang masih membisu, membuat Suraya berasa agak gusar. Hisham adalah satu-satunya harapannya. Dia tidak ada jalan lain lagi. Dia tidak mahu berkahwin dengan pilihan ayahnya. “Hisham, I minta tolong dari you. I beg you, just help me on this one. I dah tak da jalan lain and time is not on my side.” Hisham merenung kearah Suraya yang jelas agak tertekan dengan permintaannya sendiri. “Why me Suraya ? I am sure there are other men you know that could do this without much problem. You could do it this much easier.” Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Hisham adalah benar. Namun, Suraya sedar dia harus membawa bakal suami yang diluar jangkaan ayahnya yang mana memberi kesukaran untuk ayahnya menolak pilihan dirinya. “Hisham, well it is true. Tapi, most of them are involved in areas that are related to the fields that my father dislikes like fashion, magazines, movies, dramas etc. Apart from that, I know them well enough to know whether they can be professional about this. But you have a distinct and unique career, a constructor and also you run your own business. It fits my father’s requirement meaning, he cannot asked too many questions about you. Furthermore, you are Abang Razak’s and Kak Noni’s friend, and I know them well. If you are their friends, it means they trust you and you must be someone that they can count on. For me you are the right candidate. And I know you can honor this agreement. Lagipun, kita berdua can never be together, we differs in many ways. At least went the time comes to end it, it will be smooth as we do not owe one another. So what say you ? Can you help me ?” Hisham tidak mampu memberi jawapan buat masa itu. Dia memerlukan masa untuk memikirkan semasak-masaknya akan permintaan Suraya itu. Perasaan serba salah menyelebungi diri Hisham. Separuh dari dirinya menyatakan ini salah dan bakal membawa masalah yang lebih besar. Separuh dari dirinya juga menyatakan Suraya memerlukan pertolongan, dan bukan sebarang orang yang akan membantunya dalam keadaan yang dipinta. “I don’t know Suraya, I tak tahu. I cannot give an answer right now.” Walaupun Hisham tidak dapat memberi jawapan pada masa itu, buat Suraya ianya adalah satu petanda yang baik buatnya kerana Hisham sedang memikirkannya dan peluang masih lagi ada untuk keputusan itu memihak kepadanya. “It’s ok Hisham, you take your time to think about it first. Once you are ready we can discuss about it again. But do not take a long time to think about it as I have only till next week before I need to go back to KL.” Hisham tidak dapat menghabiskan teh yang telah disediakan oleh Suraya. Dia cuma mampu menjamah sedikit sebelum meminta diri untuk pulang ke rumah. Fikirannya berasa amat berat.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 27

Hisham sudah hampir dua minggu tidak bertandang ke rumah Razak dan Noni kerana terlalu sibuk dengan projeknya yang terbaru dimana dia harus menyiapkan 3 buah rumah yang bakal memberi keuntungan sebanyak. USD300,000. Hisham pada hari tu tidak berapa sihat kerana mendapat jangkitan selsema dan rakan kongsinya Ted menyuruhnya pulang untuk berehat. Hisham telah singgah di sebuah pusat membeli belah ‘The Street Mall’ yang terletak tidak jauh dari tempat tinggalnya dipinggir bandaraya Seattle untuk menikmati kopi kegemarannya di O’Grande Coffee House. Dia baru saja duduk apabila dia merasai yang dia sedang diperhatikan oleh seseorang yang berada di dalam coffee house tersebut. Firasatnya tidak meleset, Hisham terpandang kepada seorang wanita Melayu yang dia baru kenali iaitu Suraya yang sedang duduk di hujung kawasan coffee house itu. Melihat Suraya memandangnya, Hisham mengambil keputusan untuk minum bersama dengannya. Tanpa diundang, Hisham tiba dimeja Suraya seraya memberi salam “Assalamualaikum ? This is a surprise. What are you doing here ?” Kehadiran Suraya disitu memang tidak dijangkakan memandangkan ianya agak jauh dari rumah Razak dan Noni yang terletak lebih kurang 20 kilometer dari situ. “Wa’alaikum salam. Just having coffee.” Hisham sudah pun duduk dimeja Suraya tanpa dipelawa oleh Suraya. Hati Suraya berbisik “Selamba je mat nie. Tak tanya pun, main duduk je.” Sebenarnya Hisham sengaja berbuat demikian kerana pada sangkaan Hisham, Suraya merupakan seorang wanita Melayu yang agak high standard dan mempunyai ego yang agak tinggi. Dia hanya sekadar mahu melihat apakah tindakan Suraya seterusnya setelah melihat tindakannya tadi. “I thought you have gone home to Malaysia, so it is a bit of a surprise seeing you here. How do you know about this place ?” Keramahan Hisham sebenarnya telah sedikit sebanyak menghilangkan rasa kejanggalan Suraya bersamanya. “Kak Noni dan Abang Razak yang tunjukkan. Mereka pun kata this is your favourite place. And today, I ada temu janji, so I tengah tunggu my date la.” Hisham hanya mampu tersenyum. “Kenapa you senyum ? Ada benda funny ke ?” Sememangnya senyuman yang dilemparkan penuh makna, namun Hisham tahu Suraya sudah pasti tertanya-tanya. “Nothing is funny, cuma I hairan la sebab kira you terror la, baru 2 minggu kat sini dah boleh ada date. I yang duduk kat sini berbulan-bulan, jangan nak kata date, buah kurma pun tak da.” Suraya hendak ketawa namun dia terpaksa menahan kerana tidak mahu Hisham berasa begitu selesa dan menyangka ‘he already break the ice and in control’. Suraya hanya mampu memberi satu senyuman manis. “So siapa date you ni ?” Perasaan ingin tahu tetap ada pada diri Hisham dan Suraya sendiri tidak menjangka Sham akan menyoalnya. “Bukan date, kawan, she is from Darul Iman, sister Fatima. She is Jordanian. I tengah ambil kelas agama bersama-sama dengan dia.” Reaksi Hisham jelas seperti orang yang percaya dan tak percaya, dengan keadaan curiga dapat dilihat oleh Suraya. “Kenapa ? Pelik ke ? Orang macam I tak layak belajar agama ?” Hisham tahu dia mungkin dengan cara tidak sengaja memperlihatkan seolah-olah dia memperkecilkan Suraya. Dia tidak bermaksud begitu, cuma dia hairan orang seperti Suraya ingin menambah ilmu agama. Selalunya orang yang berasal dari keluarga yang berada dan berpangkat tidak begitu minat dalam mendalami ilmu agama ini. “That’s not what I meant. Just a bit surprise sebab orang muda-muda selalunya tak begitu minat dalam mendalami ilmu agama ni. But I kagum at least you ada natural instinct to really look for it, which is a trait not just anyone can follow. Berapa lama you kena belajar ?” Hisham cuba membetulkan keadaan salah faham yang telah timbul. “Sekejap je sebab I cannot stay here lama-lama. I have to go back soon. Anyway sekurang-kurangnya I will learn back the basic which I sendiri dah lupa. Lagipun I think it is about time, I be who I am suppose to be, for the better.” Kagum juga Hisham mendengar penjelasan dari Suraya. “How about you ? Aren’t you suppose to work today ? What are doing here ? Dating jugak ke ?” Nak tergelak Hisham mendengar kata-kata Suraya. “Dating memang confirmed tak. But anyway I am not feeling too well, so MC la. But I stop by here to get my favourite coffee before I go back to my place which actually not far from here.” Suraya mengangguk tanda dia mendengar akan penjelasan Hisham. “So you plan nak duduk di sini berapa lama ?” Sekarang peluang Suraya pula untuk menanyakan serba sedikit latar belakang Hisham. Suraya sebenarnya mempunyai rancangan sendiri yang mana dia masih lagi merahsiakan dari semua orang termasuk Abang Razak dan Kak Noni. Walau bagaimanapun, dia melihat Hisham sebagai seorang calon yang mungkin dapat membantunya dalam merealisasikan rancangannya itu. Buat masa ini dia perlu tahu tentang latar belakang Hisham sebelum mengambil tindakan yang seterusnya. “Actually, I am thinking to stay here for a long time. But it all depends how my plans work here. So far look quite promising as I am already working and starting to expand the construction business with a friend of mine. I guess I probably take it one step at the time. “How about you ? What do you do in Malaysia ?” giliran Hisham untuk bertanya. “Ohh, well I was a model for few years, since school days. Then semi-retired from that line and work with my father. He runs his own business. Not much choice actually as my father is quite insistence that I work with him once I decided to slow down with my modeling work. Practically I have no choice as most of other siblings do the same thing, work with the family. Do not get me wrong, I like the job but it is not easy when we are working with other siblings and not to mention your very own dad. And he has the final say, veto, you know the drill. It tough sometimes. I still do modeling, but now more on the Islamic clothing etc.” Sememangnya Suraya mempunyai ciri-ciri seorang model, tinggi, wajah yang cantik, bentuk badan yang menarik. Hisham tidak dapat menafikan. Hisham meneruskan dengan soalan-soalannya. “I see. So now you are on leave ? Quite a long break I might say.” Suraya membisu buat seketika sebelum memberi respons kepada soalan yang dibangkitkan oleh Hisham. “I need it. It has been awhile. But I need to get back soon…” Dari jawapan dan air muka Suraya, Hisham dapat menangkap yang Suraya sedang menghadapi satu masalah atau dilemma walaupun perkara yang sebenar tidak diperjelaskan oleh Suraya sendiri. Perbualan mereka selepas itu tidak dapat diteruskan dengan kehadiran sister Fatima. Setelah Suraya memperkenalkan Fatima kepada Hisham, mereka meminta diri dahulu untuk menghadiri kelas agama yang akan bermula tidak lama lagi di madrasah Darul Iman yang terletak di sebuah rumah bungalow yang lama yang telah diubah suai untuk mengadakan kelas agama, kaunseling dan juga tempat beribadat. Hisham juga tidak berada lama disitu kerana dia perlu berehat supaya keesokkannya dia akan dapat meneruskan kerjanya yang tergendala.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 26 (Continue)

“Rancak tadi akak tengok berborak. Tadi kata segan la.” Noni mengusik Suraya di dapur sambil mencuci pinggan mangkuk. Suraya tahu dia telah terlalu awal memberi alasannya. “Tak da la. Biasa je. Kak Noni dan Abang Razak memang sengaja tinggalkan Sue dengan Hisham. Bukan Sue tak tahu. Habis tak kan kami nak membisu je. Kena la bercakap.” Noni tersenyum riang kerana dia tahu sekurang-kurangnya rancangannya agak berjaya. “Kak Noni, sebelum ni Hisham buat apa ? Dia duduk kat KL kan ke sebelum ni ?” Noni memerhatikan Suraya yang sedang membilas pinggan mangkuk dan mula berasa pelik kenapa tiba-tiba sahaja dan begitu cepat Suraya ingin tahu mengenai diri Hisham. “Lain macam je soalan tu. Kenapa Suraya nak tahu ? Tadi kenapa tak tanya pada Hisham je sendiri ?” Ianya lebih merupakan soalan perangkap. “Bukan macam tu. Memang la nak tanya, tapi Akak dan Abang Razak dah siap nyanyi dan bawa kek, mana nak sempat. Lagipun Akak, entah la Suraya tengok Hisham tu, dia tak nampak macam orang kerja construction. Tapi lebih macam orang korporat. Dressing dia walaupun casual tapi smart. Jadi macam ada yang tak kena je.” Noni ketawa kecil, akan tetapi dia tidak dapat meneruskan perbualannya kerana Razak yang dari tadi sibuk menidurkan anak-anak tiba-tiba muncul di dapur. “Ada cerita apa ni ? Seronoknya nampak ?” Rasa segan mula meresap ke dalam jiwa Suraya. Tiba-tiba dia rasa agak malu untuk membincangkan hal Hisham di depan Abang Razak. “Tak ada apa-apa. Cuma women talk.” Noni sudah dapat mengagak ketidak selesaan Suraya, dia tahu perbualan tadi tidak dapat diteruskan lagi. Suasana yang tiba-tiba sunyi membuat Razak berasa tidak begitu selesa. Dia tahu dia perlu beredar dari situ. “Okla ladies, I leave you gals alone. I nak tengok tv.” Noni memerhatikan sahaja Suraya tanpa berkata apa-apa dan melihat Razak berlalu pergi.

“So ada apa-apa yang menarik ?” giliran Razak pula untuk mengorek berita. “Tak da apa-apa. Biasa la Suraya just curious about Hisham.” Razak tersenyum sambil duduk dihujung katil. “That fast....tak sangka pulak. Bagus la macam tu. Apa yang dia curious ?” Noni sedang mencuci mekap di mukanya sambil membelakangkan suaminya. “Dia curious sebab dia rasa Hisham tu tak macam orang kerja kontraktor, lebih nampak macam orang korporat. Which is true anyway. Tapi I tak cakap la kat Suraya siapa Hisham sebenarnya. I think it is inappropriate for me to tell about some background to other person.” Noni memerhatikan gelagat suaminya dari cermin. Dia tahu Razak ingin tahu selanjutnya. “My opinion, she seems to have a bit interest, tapi more of out of curiousity la, nothing else. Because I rasa dia tahu mesti ada sebab Hisham datang ke sini. Lagipun dia pun datang ke sini pasal nak lari dari masalah famili dia di Malaysia. She feel that Hisham pun might have similar issues kat Malaysia. I mean masalah peribadi la. I think she is curious about that. Not to get to know Hisham personally.” Penjelasan yang diberi oleh Noni sebenarnya agak mengembirakan Razak kerana dia tahu sekurang-kurangnya sepupunya ada juga menunjuk minat walaupun ianya tidaklah begitu jelas.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 26

Sham tiba dirumah Razak dan Noni sepertimana yang telah dijanjikan iaitu pada pukul 8 malam. Namun setibanya di depan pintu rumah Razak dan Noni, beliau terkejut bila mendapati seorang wanita yang beliau tidak kenali membuka pintu rumah kawannya. “Yes….” Suraya terpaku seketika memandang kepada seorang lelaki yang terpacak berdiri didepan rumah sepupunya. Dia memerhatikan Sham seketika sambil menanti respon dari diri Sham. Namun belum sempat Sham memperkenalkan dirinya, kedengaran suara Razak dari dalam menyuruh Sham masuk kedalam rumah. “Sham...you are here....masuk...masuk...” Suraya masih lagi tidak berkata-kata apa-apa, dia hanya membiarkan Sham berlalu masuk ke dalam rumah sepupunya. Suraya masih lagi terpinga-pinga, kerana dia tidak menyangka yang sepupunya Razak ada mengundang seorang kawannya untuk sama-sama meraikan harijadinya yang ke 27. Dia menganggapkan yang hanya Razak, Noni dan anak-anak mereka sahaja yang akan meraikannya, just another family affair. “Suraya...sekejap..” Razak memanggil sepupunya ke ruang tamu. “I nak introduce u to Kak Noni’s and my best friend masa our uni days. This is Hisham. Sham this is my cousin Suraya Natasha.” Hisham terlebih dahulu menghulurkan tangannya untuk bersalaman namun, tidak disambut oleh Suraya. Beliau hanya seraya mengangguk sambil berkata “Nice meeting you.” Tindakan Suraya itu serba sedikit mengejutkan Hisham kerana tidak menjangka apa yang telah berlaku. Namun dia mengerti kerana Suraya bertudung dan beliau memperlihatkan cirri-ciri wanita Islam yang sopan dan berhemah. Suraya kemudian menghilangkan diri ke dalam dapur kerana dia tidak selesa dengan kehadiran Sham disitu. “Kak Noni, kenapa Abang Razak ajak kawan dia datang rumah pada malam ni ? Sue ingat nak celebrate birthday with family members. Seganla.” Noni hairan dengan perangai Suraya pada malam itu, kerana dia tidak pernah begitu, malah sebelum ini dia lebih peramah dan mesra. “Kenapa Suraya ? Tak payah lah risau, Sham tu macam adik beradik juga. Kak Noni dan Abang Razak kau dah kenal dia berbelas tahun. He is alright. Dia bukan jenis kecoh tak tentu pasal. Why don’t you cuba kenal-kenal. He is single and available, you know.” Noni meleparkan senyuman kerana dia pun sudah mula memainkan peranannya sepertimana yang telah dirancangkan bersama suaminya. Dia menanti akan reaksi Suraya seterusnya. “Aish, Kak Noni, ke situ pulak. Sue dah tak minat. Malas.” Noni hanya mampu tersenyum melihat cara Suraya menjawab soalannya tadi. “Dah tolong akak angkat all these. Then kita boleh have dinner.”

Semasa makan malam, tak banyak yang diperkatakan diantara mereka. Seperti biasa Sham sibuk melayan kerenah anak-anak Razak dan Noni. Dia sememangnya suka pada budak-budak, malah anak-anak Razak dan Noni amat suka cara layanan yang diberi oleh orang yang mereka kenali sebagai Uncle Sham. “Sham, today is Suraya 27th birthday, so lepas ni kita ada ceremony potong kek. Both of you duduk kejap, me and Noni nak ambik kek.” Sham tidak menyangka makan malam tadi merupakan makan malam yang istimewa. “Happy birthday..Suraya..yang ke berapa ?” Entah kenapa pada masa itu, ucapan yang diberi oleh Sham amat kekok diterima oleh Suraya, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa, hanya sekadar mengucapkan kata terima kasih dalam nada yang tidak berapa kedengaran “Thank You.” Hisham sedar yang dia telah dikenakan oleh Razak dan Noni, kerana masa yang diambil oleh mereka berdua untuk membawa kek harijadi Suraya itu agak lama. Dia sedar Suraya pun berada didalam keadaan yang serupa sepertinya. Untuk mengelakkan suasana menjadi lebih tidak keruan, Hisham perlu melakukan sesuatu. “So...Suraya, when did you arrived in Seattle ? Just datang for holiday ke ?” Suraya berkata-kata di dalam hatinya, “Menyibuk pulak si mamat ni.” Tapi dia juga menyedari, ini bukan salah Hisham, tapi ini adalah rancangan Abang Razak dan Kak Noni. Hisham mungkin tidak mahu keadaan disitu sunyi sepi. “I arrived semalam. Ya, saja datang jalan-jalan. Just need a break.” Hisham hanya mengangguk, tapi dia tidak tahu apa lagi yang harus dipertanyakan kepada Suraya. Keadaan yang jelas tidak begitu selesa dan dia sudah kehilangan idea. “So, how about you ? You kerja sama dengan Abang Razak ?” Sham mengelengkan kepalanya sambil berkata “No. I work with someone else. I buat construction and interior design.” Suraya agak terkejut dengan jawapan Hisham. Dia menjangkakan Hisham lebih kepada seorang executive ataupun manager, dan bukannya sebagai kontraktor. “So what kind of construction you buat ? House, office building ?” Sementara itu Razak dan Noni hanya mengintai dari pintu dapur rumah mereka untuk melihat gelagat Hisham dan Suraya setelah mereka ditinggalkan berdua dengan sengaja. “I modified rumah. Basically, we beli rumah yang dah tak berapa ok at a cheaper price or rumah yang nak dilelong oleh bank and then upgraded it, modified luar dan dalam bagi cantik, lepas tu jual at a much higher price. It is actually good money. One house, midsize range we will make between 30-50 grand per house depending on its location.” Suraya sebenarnya kagum dengan kerjaya Hisham kerana ianya berbeza dari apa yang biasa dilakukan oleh orang lain. “So how long you have been doing this ?” Sikap Suraya yang ingin tahu telah perlahan-lahan mengatasi rasa kekoknya terhadap Hisham. “Actually baru je, about a month. But I actually have done this before masa university days. As a matter fact, I buat kerja ni with the brother of my previous partner kat university dulu. So it is nothing new.” Suraya ingin meneruskan perbualannya dengan Hisham yang jelas semakin serasi, akan tetapi kehadiran Razak dan Noni yang sama-sama menyanyikan lagu “Happy Birthday To You” membantutkan hasratnya. Suraya dan Hisham selepas itu tidak lagi rancak berbual seperti sebelumnya. Tidak lama kemudian, Hisham meminta diri untuk pulang memandangkan jadual kerjanya pada keesokan harinya amat ketat. Sebelum meninggalkan rumah Razak, dia sempat melemparkan satu senyuman kearah Suraya. “Perasan pulak la mamat nie…” bisik hati Suraya.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 25

Hisham sekarang telah pun menetap di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Nasibnya agak baik kerana dia dapat bertemu dengan rakan lamanya iaitu Razak dan Noni. Razak dan Noni adalah rakan seuniversiti semasa mereka sama-sama menuntut di University of Miami, Coral Gables. Razak dan Noni telah pun mendirikan rumahtangga dan sekarang menetap di Seattle sudah hampir 5 tahun kerana Razak bekerja di kilang pembuat kapalterbang yang terkemuka di dunia, iaitu Boeing. Razak dan Noni dikurniakan dengan dua orang anak, sepasang, Ahmad Nizam dan Nur Dayana berumur 6 dan 4 tahun. Sudah hampir sebulan Hisham duduk dirumah mereka. Hisham sebenarnya tidak mahu menyusahkan mereka malah dia ingin mencari tempat tinggal yang sesuai dan juga pekerjaan untuk menampung hidupnya disitu. Namun, Razak dan Noni tidak membenarkan Hisham kemana-mana malah mereka berkeras mahu Hisham duduk bersama-sama dengan mereka. Buat masa ini Hisham terpaksa mengalah dengan kehendak mereka.

“Saya sihat ibu, ibu tak perlu risau. Lagipun Razak dan Noni pun ada.” Hisham memberitahu ibunya akan keadaannya serta perancangannya yang akan datang. Razak dan Noni hanya sekadar mendengar akan perbualan Hisham. “Bagus la macam tu. Jadi Hisham nak duduk disana berapa lama ? Hisham tak nak balik ke sini ke ?” Hisham tahu ibunya masih mengharapkan dia pulang ke Malaysia dan mengambil balik jawatannya yang telah dilepaskannya. Ibunya mahu keadaan seperti sedia kala. “Ibu, Sham dah beritahu dulu. Beri Sham masa. Insyallah nanti bila dah ok nanti, Sham akan balik juga satu hari nanti.” Kedengaran jelas dari bunyi nafas ibunya, yang dia kecewa dengan alasan yang diberi oleh Hisham. “Ibu, Haji Rahman macam mana keadaan dia sekarang ?” Hisham ingin mengalih topik dan tidak mahu lagi merunsingkan ibunya. “Alhamdulillah, dia bertambah baik, Tapi dia masih tak ingat sesiapa dan tidak boleh lagi berbicara. Apa yang ibu tahu, mereka bawa dia balik ke kampung. Dengar khabar, mereka cuba berubat secara kampung pulak.” Hisham bersyukur bila mendengar keadaan Haji Rahman itu. “Ibu, Sham rasa lama sangat Sham bercakap. Nanti mahal pulak bil telefon Razak dan Noni nanti. Insyallah bila ada peluang lagi Sham akan call ibu lagi. Kirim salam pada semua.” Perbualan telefon diantara Sham dan ibunya berakhir, namun dari cara renungan Razak dan Noni, dia tahu mereka ada sesuatu yang mereka ingin nyatakan kepadanya. “I know that look, mesti ada benda tak kena nie.” Hisham menanti akan respons dari mereka. Noni terlebih dahulu berkata “Sham, you tak elok buat ibu you macam tu. I pun pernah jumpa your mom and I know she has lot faith in you. Harapan dia tinggi pada you sebagai anak yang sulung. I think you have to go back. You duduk sini pun I rasa tak akan solve apa-apa masalah yang you sedang hadapi. Sham, jangan salah faham, we love you being here, bukan kami nak suruh pergi dari sini. We have been friends for such a longtime, we are like family.” Razak dan Noni, sememangnya berniat baik dan Hisham amat mengerti maksud mereka. Razak sekadar mengangguk untuk mengiyakan kata-kata isterinya. “I appreciate you guys punya concern. As I told you before this, I just need time to sort out things in my head and in my heart. If I duduk sana, I will be distracted and I will not be able to concentrate. You guys know me, I will make a decision but I take my time. You all pun tahu, I kena buat bodoh and make me look I salah so that one day, I know the truth will just be there. I tak payah nak buktikan apa-apa. All I am asking just give me some time and weight my options here. Lagipun, once I dah dapat kerja yang sesuai, I will move out from your place. I tak mahu susahkan sesiapa.” Kali itu Razak dan Noni tidak berkata apa-apa. Mereka tahu itu lah Sham, tu karektornya. Dia tegas dan mahu menyelesaikan mengikut jalannya tersendiri.

Noni sedang mengemas rumah sambil menantikan kepulangan anaknya dari kindergarten berhampiran. Nur Dayana baru saja tidur. Kedengaran suara Hisham yang jelas ‘excited’. “Kenapa Sham ? Macam orang kena loteri je” Hisham hanya tersengeh melihat kearah Noni yang tercengat di dapur dan masih lagi menanti akan jawapan dari Sham. “Guess what ?” Noni malas hendak berteka teki dengan Hisham, kepenatan mengemas rumah sudah meresap kedalam tubuh badannya. “What ?” Noni tidak sabar untuk tahu. “Ok...ok...I got a job.” Noni tersenyum “Hey thats great. Where ?” Sham membelakangkan dirinya “You remember Brad ? Brad The Lembik Johnson ?” Noni cuba mengenang kembali akan rakan-rakan seuniversiti dahulu. Nama yang disebutkan oleh Hisham sememang tidak asing buatnya namun dia tidak dapat membayangkan bagaimana rupa sebenarnya Brad Johnson yang dimaksudkan. “Ala Noni, Brad yang dengan aku sekali pergi buat kontrak interior design untuk rumah sorority Kappa Sigma Phi tu. Bukan setakat kami did a good job, si Brad siap pergi cuba tackle salah seorang ahli Kappa Sigma Phi, bukan saja tak dapat, siap kena gelak lagi. Kesian aku tengok dia.” Noni baru teringat akan cerita tu. Mereka sama-sama tersenyum terkenangkan kisah lama di universiti.

“So tadi aku berjumpa dengan abangnya, Ted Johnson. Dia cuba buka cawangan kat sini and try the same concept kat Seattle market. Right now dia kata, Brad sibuk di Los Angeles. The market is good right now as demand for house within Seattle suburds is quite high. Aku beritahu aku tengah cari kerja la dan masa tu la dia tanya samada aku interested nak jadi partner memandangkan aku sememangnya ada pengalaman dalam kerja macam tu. Well lepas tu the rest is history. I think I found the thing that I would like to do.” Razak dan Noni gembira dengan berita yang dibawa oleh Sham namum dalam masa yang sama mereka mahu dia duduk disitu lagi. Namun, mereka tahu, Sham tidak akan berubah fikiran tentang independentnya.

“So what do you think ?” Razak bertanya kepada Noni tentang perancanganya untuk mengenalkan sepupunya yang bernama Suraya Natasha yang akan tiba di Seattle untuk bercuti selama 2 minggu. “Do you think it is a good idea ? With her sometime keras kepala and problems with her own family, I am really not sure whether that’s what Sham needs. I know he needs someone but just not to sure about Suraya.” Noni memerhatikan reaksi suaminya selepas memberi pandangannya. Suaminya Razak masih lagi membisu. “I am not denying the concerns you have but I feel Sham boleh kawal dia and I know Suraya needs someone like Sham. She needs someone yang boleh guide dia. Bukan those other guys yang just take advantage of her because her family background not to mentioned her life as a model. I cuma nak tolong, and now I am helping both of them. I know Sham, dia dah kena burned too much.” Noni memotong kata-kata suaminya, “What makes you think Suraya will not burn Sham after what she had gone thru and now masalah family lagi. You bukan tak tahu, dia pernah cakap dia memang dah susah nak percaya lelaki ni, can’t blamed her after what that guy named Joe did to her. Lagipun she always has been glamourous. Being a model all that. ” Razak dan Noni masing-masing mempunyai pandangan tersendiri, namun begitu mereka tahu Suraya perlukan lelaki dan Sham perlukan seorang wanita. “Well, she is no longer the same glamourous model that people perceived. You know, dia pun dah bertudung. She still do modeling but not the same kind of modeling.” Noni masih tidak mahu mengalah. “I tak tahu Noni, just don’t know whether Hisham will go for a lady with a tudung….”

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 24

Sudah hampir dua bulan Hisham meninggalkan Malaysia. Ibu Sham masih terasa akan kehilangan anak sulungnya itu. Dia memahami Hisham inginkan ketenangan buat seketika, namum jauh disudut hatinya, Hisham tidak akan pulang dalam masa terdekat ini. Sebelum Hisham bertolak ke Paris, dia telah duduk dirumah ibunya selama seminggu, kerana dia tidak mahu ibunya susah hati dan ingin menyakinkan ibunya yang keadaan yang baik satu hari kelak. Sam sedang menikmati makan tengaharinya di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersendirian. “Hi Sam ?” Teguran dari seorang wanita yang Sam sendiri yakin adalah seseorang yang dipernah kenali dulu. “Oh Marleena….apa khabar ?” Sam tidak menyangka yang Marleena akan menegurnya. “I am fine…you macam mana ?” Sam mempelawa Marleena untuk beliau duduk dan makan tengahari bersamanya. Marleena tidak menolak dan dia terus duduk berhadapan dengan Sam. “Biasalah…you dari mana nie ?” Sam terus bertanya. “Oh from the house….saja nak jalan-jalan hujung minggu….duduk kat rumah boring jugak.” Marleena tahu mungkin ini lah peluang untuknya bertanya tentang Sham yang sudah lama bermain-main di kepalanya. “So how is Sham ?” Sam tak menyangka Marleena akan bertanya tentang Sham, dia menganggap Marleena mungkin sudah pun melupakan Sham selama-lamanya sejak isu keluarganya timbul. Sam diam seketika, dia serba salah samada untuk memberitahu keadaan yang sebenar atau tidak kepada Marleena. “I tak tahu…” Pendek dan ringkas sahaja jawapan dari Sam. Sam tahu jawapannya itu lebih kepada untuk mengelak. Namun Marleena tidak berganjak dari persoalannya. “What do u mean…I thought u kerja dengan dia ?” Sam tahu sedikit sebanyak dia harus memberitahu tentang Sham. “Actually Sham dah tak da….he left AMC Holdings….as matter of fact he left Malaysia….” Marleena berpura-pura terkejut dengan berita yang dia terima dari Sam walaupun begitu, dia tidak menyangka yang Sham tidak lagi berada di Malaysia. Namun yang mencurigainya adalah kenapa Sham meninggalkan Malaysia. “Why…? What happened ?” Sam memandang ke arah Marleena, orang yang pernah mempunyai perasaan terhadap Sham dan juga yang telah menghina kawan baiknya. “Nothing happened….one day he just announced he wants to resigned…and then he left…dia kata dia penat, nak rest.” Sam malas untuk memberitahu butiran-butiran lanjut. “Oohhh….so where did he go…?” Marleena menekan untuk mendapat jawapan seterusnya. “I do not know really,…he was going to Europe for a break…then I do not know…he said he wants to find a place somewhere…and perhaps settle down there once he find it…maybe find some work…that kind of stuff….” Marleena tidak menyangka sama sekali, amat mengejutkan setelah mendengar penjelasan dari Sam walaupun dia tahu Sam sebenarnya keberatan untuk menceritakan segalanya. “So how about you Sam ? Still single ?” Sam memandang kearah Marleena. Dia tak tahu apa yang difikirkan oleh Marleena. Tapi dia merasakan Marleena seolah-olah memperbodohkan dirinya disitu. Buat Sam “Marleena, macam ni la. I am not going to lie to you. Actually, I tak tahu kenapa you masih nak tanya pasal Sham. You tahu tak, pasal you dan family you yang buat dia tinggalkan Malaysia. You all semua tuduh dia macam-macam walhal I tahu sebenarnya you and your family tak tahu apa-apa. You all lebih nak pertahankan kedudukan dan harta you all semua.” Dari nada suara Sam, jelas dia melepaskan geramnya yang sudah lama terpendam. Marleena tidak menjangka Sam akan bercakap kepadanya sebegitu rupa. “I minta maaf Sam, tapi tindakan dia jelas dia memang dari awal lagi nak mengambilalih syarikat keluarga kami. Lagipun ibu dan abang I cakap Sham dah bomohkan ayah aku supaya menjual saham syarikat kepadanya. Bila dah dapat saham tu, ayah aku terus jatus sakit sebab dia tak mahu orang tahu yang dia dah kenakan ayah aku.” Sam terkejut mendengar tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dari Marleena. “Mana you dapat semua bukti ni ? Mana you tahu Sham main bomoh-bomoh ni ? Ini zaman abad ke-21, orang tak main bomoh-bomoh lagi. Orang jahiliah je yang buat kerja terkutuk macam tu. Lagipun aku tahu kawan aku Sham, walaupun dia bukan orang alim atau ulamak, tapi benda-benda mengarut dan syirik ni, dia tak buat, langsung dia tak percaya. Kalau you boleh percaya benda karut marut nie, I am surprise myself. Memang patutlah, senang percaya pada yang karut yang tak nampak. Yang terang depan mata tak nak nampak. I kecewa bila dengar you cakap semua benda ni.” Marleena membisu sahaja. Dia tahu ada kebenaran dalam kata-kata Sam itu. Namun, mereka tu semua adalah ahli keluarganya. Tidak mungkin mereka menipu dan mereka-reka cerita pasal bomoh itu. “Tak mengapa la Sam, I datang sini bukan nak cari gaduh dengan you. Cuma nak say hello. Anyway I kena bagi benefit of the doubt pada famili I. Sejak Sham muncul, hidup kami sekeluarga dan keadaan perniagaan goyang. Entahlah, I do not know what to believe anymore. Thanks, I think it is better I make a move now. It is nice meeting you and you have nice day.” Marleena sudah pun bangun dari tempat duduknya, apabila Sam menahannya. “Marleena ? For what its worth, maybe it does not mean anything anymore, I know Sham have feelings you dearly and I know he will never, never hurt anyone especially you.” Marleena hanya membisu seraya mengangkat tangannya lalu beredar dari situ. Dia sudah tidak pasti yang mana satu benar dan yang mana satu salah. Namun Marleena tidak perlu menanti lama. Haji Rahman meninggal dunia tidak lama kemudian. Nyata proses pemulihannya tidak begitu berkesan. Tidak lama kemudian, pengarah urusan interim HRMed yang dilantik membuat laporan kepada kesemua lembaga pengarah yang baru serta ahli keluarga Haji Rahman. Semasa perbentangan itu, barulah Marleena sedar bahawa selama ini abang dan kakaknya sememang bersalah dalam menguruskan hal syarikat. Balu Haji Rahman seperti tidak percaya pada apa yang sudah berlaku. Yang benar sudah ditegakkan akan tetapi atas pergorbanan dua orang iaitu Haji Rahman dan Hisham yang mana mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya atas keprihatinan mereka dalam ingin menyelamatkan syarikat dan semua yang terlibat. Rasa bersalah yang teramat sangat menyelubungi diri Marleena. Nasi sudah jadi bubur.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 23

Pada malam itu Sham telah diraikan oleh Sam dan rakan-rakannya yang lain di Anis Bistro & CafĂ© yang dimiliki oleh rakan lama Sham yang bernama Anis. Ianya terletak di Mont Kiara, Sri Hartamas. Malam itu sekumpulan pancaragam yang diundang khas telah memainkan beberapa lagu untuk memeriahkan majlis makan malam ‘farewell’ Sham. Tanpa disedari, pada malam yang sama, Marleena serta rakan-rakannya juga turut berada di situ meraikan kenaikan pangkatnya. Sham mahupun Sam tidak sedar akan kehadiran Marleena di tempat yang sama. Beliau juga ditemani oleh teman lelaki barunya. Suasana majlis meraikan Marleena meriah, namun kemeriahan serta gelak ketawa dari kumpulannya tidak sedikit pun mencuri perhatian majlis perpisahan Sham pada malam itu. Majlis perpisahan Sham sudah sampai kepuncaknya, Sam tanpa diduga sudah pun dijemput untuk berada dipentas untuk memberi ucapannya perpisahannya. Hati Sham sebenarnya berat untuk menyatakan sesuatu, namun dia tahu, sekurang-kurangnya dia harus meredakan kesedihan yang jelas terpancar pada majoriti rakan-rakannya. Sam sudah pun berada dipentas. “Good evening everyone. I just need some moment of your time tonight to join me to celebrate the farewell of my good friend. You know who I am talking about. He has been here as a part time member of the band tonight, he is also a former co-owner of this establishment, also a former CEO and now a retired rich man, which I wish it was me.” sambil tersenyum melihat kearah Sham”….my very best friend…Hisham….”

Hisham sudah pun dapat mengagak yang dia perlu naik ke pentas untuk memberi sepatah dua kata pada malam itu. Tepukan yang gemuruh dan siulan dari orang ramai yang hadir mengamatkan suasana di situ. Hisham baru menyedari sebenarnya ramai teman-teman dan kawan-kawan berada disitu untuk meraikannya pada malam itu. Dia amat terharu atas sokongan mereka. “Good evening everyone….Assalamualaikum to all of you….Tonight, honestly I am not prepared to say anything as I thought this is a just another simple farewell dinner for me, but as you all can see it is not. I see lot friends here and I appreciate that you guys coming here tonight. Thank you very much, I will never forget you guys. To my friend Sam, I have to thanked you from the bottom of my heart for what you have done me until today and I will always remember that. We are brothers.” Sham cuba mengawal emosinya yang jelas sedikit terganggu dalam menyampaikan kata-kata perpisahannya. “As you all know, tonite will be the last time I will be here and I would like say thank you for all the support and friendship that you have given me. The trust and the belief you have entrusted into me and I will always treasure them. Anis, you will always be my friend, my sister, part of my family. Do take care of that baby…which happened to be also my god-daughter.” Sham sudah tidak tahu apa lagi yang harus dia perkatakan. “To all of you…all the best…maybe some day we will meet again….” Sham mengakhiri ucapannya dan turun dari pentas menuju ke tempat duduk asalnya. Hatinya sedih dan berat untuk meninggalkan Kuala Lumpur, namun dia rasa ianya adalah lebih baik untuk semua orang pada masa itu. Ahli-ahli kumpulan pancaragam malam itu tidak mahu Sham terlepas begitu sahaja. “Boss….last gig…come on….one last song….” Mereka meminta Sham untuk jammin’ bersama mereka pada malam itu dan dia tidak dapat mengelak. Pada malam itu Sham telah ‘berkugiran’ sepuas hatinya dengan bermain sebagai gitar utama. Majlis perpisahan Hisham yang pada awalnya agak perlahan dan muram bertukar menjadi begitu meriah sekali.

Sementara itu, Marleena yang duduk bersama rakan-rakannya di satu sudut di restoran tersebut terkejut dengan kehadiran Sham yang meraikan majlis perpisahannya yang sememangnya mengejutkan dirinya. Dia tahu Hisham sudah pasti tidak mengetahui yang dia berada disitu memandangkan tempat itu dibahagikan kepada beberapa kawasan. Setelah mendengar ucapan yang diberi oleh Sham sebentar tadi, membuat hati dan fikirannya terganggu. Pelbagai perkara bermain di dalam kepala Marleena pada masa itu. “Apa yang telah berlaku….farewell ?…Sham nak kemana ?….Dia berhenti kerja ?” Marleena baru teringat akan satu berita yang didengar semasa perbualannya dengan ibunya tempoh hari. Dia tidak menyangka orang yang dimaksudkan oleh ibunya adalah Hisham. Namun persoalan ini tidak kedengaran oleh sesiapa melainkan Marleena, walaupun begitu Marleena inginkan jawapan kepada semua persoalan yang timbul mengenai Hisham, namun dia tahu peluang itu amat tipis.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 22 (Continue)

Ibu Sham, Datin Idora amat kecewa dan terkejut dengan keputusan yang dibuatnya. Dia hairan kenapa Hisham membuat keputusan tersebut tanpa berbincang dengan dirinya terlebih dahulu. Dia juga merasakan Hisham sekarang lebih banyak berdiam diri dan tidak lagi berbincang sepertimana yang dia lakukan sebelum ini. “Ibu…Sham harap ibu jangan salah faham. Keputusan yang Sham buat adalah untuk masa depan syarikat keluarga kita. Lagipun Sham rasa masanya dah sampai untuk Sham lepaskan segalanya. Syarikat kita sudah dalam keadaan baik, dari segi pengurusan, kewangan dan secara amnya semua stabil. Haris pun ada, Maisarah ada, Sam ada, ibu tak perlu bimbang.” Sham cuba mententeramkan hati ibunya, namun jelas ibunya masih tidak berpuas hati. “Sham, ibu pun kisah sangat pasal syarikat kita ini. Apa yang ibu risaukan adalah Sham. What happened to you Sham ? Ibu tengok Sham banyak berubah, you are not yourelf at all. Ibu nak tahu apa yang tersimpan di dalam hati Sham tu ? Apa yang menganggu Sham sehinggakan Sham tidak lagi ceria seperti dulu ? Sham dah tak suka kat ibu ?” Tersentak Sham mendengar kata-kata akhir Datin Idora. Dia sedar dia mengecewakan ibunya, tapi dia tiada banyak pilihan. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa dalam hal hidupnya apatah lagi sekiranya ia membabitkan nama keluarganya. “Ibu, janganlah cakap macam tu. Sham sayang pada ibu. Sham tak ada niat nak lukakan atau sakitkan hati ibu. Cuma Sham perlukan masa untuk selesaikan kemelut hidup Sham. Sham dah settlekan hal syarikat, hal keluarga. Dan sekarang Sham perlukan masa untuk Sham settlekan hidup Sham pula. Jadi, Sham hanya ibu memahami dan respect my decision. Please bu ?” Datin Idora tidak dapat menahan kesedihannya, berlinang air mata mengalir membasahi pipinnya. Dia memeluk anaknya Hisham sambil berkata “Sham, you are my son, I will always love you. All I ask of you, just come back to me once you settle your things. Promise me…” Sham memberi janji kepada ibunya. Dia juga tidak dapat menahan sebak di dada, kesedihan sudah pun melanda, keputusannya akhirnya dapat dirasai menusuk ke dalam jiwa sanubarinya.

Sepertimana yang dijangkakan, semua orang di AMC Holdings dan kenalan-kenalan diluar amat terkejut dengan perletakan jawatan Hisham dari AMC Holdings yang juga terpampang di dalam beberapa akhbar utama. Sam, rakan akrab Sham sepertimana ibu Sham, amat sukar menerima akan keputusan yang telah dibuat. “Bila flight kau Sham ? Dah confirmed ?” Sam bertanya akan masa Sham akan bertolak ke Paris. “Dah confirmed. Esok jam 1030 malam. Kau hantar aku esok boleh ?” Sham bertanya pada Sam. Sam sekadar mengangguk tanda setuju walaupun dia sebenarnya cuba menutup akan kesedihannya atas keputusan Sham untuk meninggalkan Malaysia. Dia tidak tahu apa lagi yang harus diperkatakan kerana dia dan Hisham sudah habis berbincang tentang pemergiannya beberapa malam yang lepas. “Sham, kau rasa tak drastik ke tindakan kau ini ? Mula-mula kau resigned mengejut, lepas tu kau nak duduk kat luar negara pulak ? Sham, kau waras ke ? Dah fikir habis-habis ?” Sam cuba mencari suatu sebab yang munasabah yang dapat membuat beliau memahami akan tindakan Sham yang jelas berbeza dan tidak dijangkakan. “Sam, aku dah habis fikir masak-masak. Sejak Haji Rahman jatuh sakit dan apa yang telah berlaku, bermacam-macam yang bermain didalam kepala aku. Janji dan amanah aku pada Haji Rahman. Lepas itu nak jaga perasaan dan hati anak-anaknya dan keluarganya. Lepas tu nak revamp keadaan syarikat Haji Rahman untuk kembali pada matlamat asal. Lepas tu, kes mahkamah. Marleena...entah lah aku buntu masa tu. Tapi, Sam, yang penting aku tengok disini adalah matlamat sebenar apa yang aku buat. Jadi bagi aku kena pertahankan matlamat tu. Amanah yang diberi aku kena jaga. Aku tak boleh buat sesuka hati aku. Memang kalau ikutkan hati aku, memang aku boleh kenakan setiap ahli keluarga Haji Rahman, aku ada cukup bukti, tapi aku rasa tak guna sebab mereka tak akan dapat belajar dari kesilapan mereka kalau kita ‘expose’kan kesilapan. Biar mereka sendiri ‘expose’kan, biar mereka makan balik kata-kata mereka. Memang yang teruk buat masa ini aku dan Haji Rahman. Tapi dengan keadaan Haji Rahman sekarang, cuma aku saja yang kena laksanakan semua ini. Bagi aku, lebih baik aku undur diri buat masa ini. Biarlah apa orang nak kata. Mereka nak kata aku salah, aku dah tewas, aku itu ini, tak kisahlah. Cuma aku tahu, sampai masanya kelak, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.” Sam membisu. Dia tahu, inilah Hisham yang dia kenali. Dia sememangnya mempunyai prinsip dalam hidupnya, dan dia akan pegang pada prinsip tidak kira apa juga yang akan berlaku. Yang kesiannya, Hisham kena tanggung segala kesusahan dan kepayahan, termasuk yang bukan ada kena-mengena dengan dirinya sendiri.

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 22

Enam bulan sudah berlalu, sebenarnya fikiran Sham masih terganggu, insiden yang berlaku pada keluarga Haji Rahman sukar dilupakan. Dia tidak seperti dahulu. Dia lebih suka menghabiskan masanya di pejabat ataupun hanya duduk dirumah. Sebenarnya Sham tidak begitu bersemangat kerana setakat ini keikhlasannya serta niatnya yang ingin membantu tidak dapat dihargai atau dinilai. Malah dia telah dituduh sebagai perampas. Dia tidak mahu syarikatnya AMC Holdings sama-sama akan diheret dan dipersalahkan sepertimana yang telah berlaku kepadanya. Ini akan membawa implikasi yang mungkin bahaya kepada reputasi dan juga keadaan bisnes dalam masa jangka masa pendek. Sham tahu dia hanya ada satu penyelesaian yang mana akan meredakan suasana sehingga pada satu hari kelak , perkara yang sebenar akan diketahui umum. Hari ini, Sham bercadang untuk mengadakan mesyuarat lembaga pengarah tergempar AMC Holdings. Dia sudah membuat keputusan dan pada mesyuarat lembaga pengarah yang akan bermula tidak lama lagi, dia akan mengumumkan kepada semua ahli pengarah tentang ‘pembelian’ syarikat Haji Rahman. “Assalamualaikum kepada Tan Sri, Dato’-Dato’. kesemua ahli pengarah yang sudi hadir untuk menghadiri mesyuarat tergempar dengan notis yang amat singkat. Tujuan pertama saya memanggil mesyuarat ini adalah untuk menerangkan tentang pembelian saham majoriti syarikat Haji Rahman yang pada awalnya satu transaksi bisnes yang biasa dan sekarang ini sudah menjadi satu kes sivil di makahmah. Kes ini dengan secara langsungnya telah memberi satu imej yang tidak baik kepada nama syarikat kita dan juga serba sedikit menimbulkan persoalan tentang etika bisnes kita. Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan juga ahli lembaga pengarah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku. Maka, dengan itu saya sudah mendapat satu jalan penyelesaian yang mana akan menyelesaikan masalah ini supaya ianya tidak akan memberi kesan yang negatif terhadap syarikat ini dalam masa terdekat mahupun dalam masa yang panjang. Untuk tindakan pertama, untuk pengetahuan pihak lembaga pengarah, pembelian saham syarikat Haji Rahman adalah satu pembelian yang luar biasa kerana di dalam pembelian saham tersebut, beberapa criteria yang luarbiasa telah disyaratkan oleh pihak Haji Rahman.” Pada masa itu, setiausaha Sham mengagihkan beberapa salinan urusan jual beli saham diantara Haji Rahman dan AMC Holdings. Sham meneruskan penjelasannya. “Sepertimana yang ditulis di dalam kontrak jual beli itu, jelas dinyatakan bahawasanya saham dibeli pada harga RM1 atas dasar pemegang amanah (iaitu caretaker) sahaja dan bukan sebagai pemegang saham sepertimana yang biasa kita fahami. Kedua, saham yang dibeli tidak dibenarkan dijual kepada mana-mana pihak melainkan kepada pihak asal yang menjual saham tersebut. Oleh itu pembelian saham ini tidak memberi apa-apa kesan keatas kewangan mahupun operasi syarikat kita. Di dalam kontrak jual beli saham tersebut, juga disyaratkan satu pihak pengurusan baru mesti ditubuhkan untuk mengendalikan syarikat Haji Rahman selama minimum setahun dan memastikan pengurusan, operasi dan keadaan kewangan kembali stabil. Selepas setahun, Haji Rahman sebagai penjual saham tersebut akan menilai samada pembelian balik saham perlu dilakukan ataupun melanjutkan tempoh pengurusan sepertimana yang telah dinyatakan tadi.” Lembaga pengarah mula memahami dan menyedari akan situasi yang sebenarnya, kerana sebelum ini pelbagai berita yang mereka terima yang bercanggah antara satu sama lain. Mereka berpuas hati dan mereka yakin kes sivil yang dibawa ke makahmah baru-baru ini tidak akan memberi kesan yang besar sepertimana yang mereka sangkakan. Namun Sham masih belum selesai dengan mesyuarat tersebut. “Sepertimana yang saya nyatakan tadi, saya telah mempunyai jalan penyelesaian yang mana boleh meredakan keadaan dan juga memperbaiki imej syarikat yang telah tercalar sejak kebelakangan ini. Sebagai orang yang ‘solely’ bertanggungjawab dalam hal pembelian saham ini, maka jalan yang paling baik dan pasti akan memberi kesan dan impak yang ‘significant’ terhadap AMC Holdings, adalah dengan saya meletak jawatan saya sebagai Ketua Pengawai Eksekutif dan juga sebagai ahli lembaga pengarah.” Pengumuman yang dibuat oleh Sham itu amat mengejutkan ahli-ahli lembaga pengarah termasuk ibunya dan adiknya Haris. Mereka semua meminta Sham menimbang balik akan keputusannya itu, namun jelas sekali Sham sudah pun memberi kata putusnya. Sepertimana yang telah diterangkan dia mempunyai alasan yang amat kukuh yang mana dengan perletakan jawatannya, sudah pasti pihak diluar akan mengambil tindakan itu sebagai tindakan yang positif untuk memulihkan imej AMC Holdings dan juga mengembalikan keyakinan institusi-institusi kewangan dan lain-lain industri/syarikat yang menjalinkan hubungan bisnes samada secara langsung ataupun secara tidak langsung.