Sham dan Amran sedang rancak berborak kosong di rumahnya pada hujung minggu. “So macam mak kau kat KL ?” Sham menanyakan keadaan ibu Amran yang baru pulang dari KL. “OK. Mak aku seronok sebab dapat cucu pertama. Dia kata 2 minggu lagi dia nak ke KL lagi.” Amran sedang bersandar di dinding ruang tamu rumah sambil menikmati rokok daun yang baru digulungnya. “Tak pa la. Orang tua macam tu la.” “Assalamualaikum….?” Kedengaran suara seorang wanita memberi salam dari luar rumah. “Walaikum salam….” Amran dan Sham sama-sama menjawab salam yang diberi sambil melihat kearah satu sama lain. Sham bingkas bangun lalu menjenguk ke luar rumahnya “Eh, Malissa…” Hisham agak terkejut dengan kehadiran Malissa ke rumahnya. Amran melihat ke arah Hisham yang tersenyum macam kambing busuk. Sham tahu apa yang difikirkan oleh Amran pada masa itu. “Apa khabar Sham ?” Malissa sebenarnya berasa kekok berada di situ. Namun dia ingin memperbaiki keadaan disebabkan kejadian yang berlaku tempoh hari. Dia berasa amat serba salah dengan perbuatan serta layanan yang diberi oleh abangnya serta ahli keluarganya yang lain. Dia amat berharap Sham tidak berasa hati terhadapnya dan tidak berdendam nanti. “Baik…” Belum sempat Hisham bertanya akan tujuan Malissa ke situ, Malissa telah meneruskan kata-katanya “Tak da…ni Lisa ada bawa goreng pisang dari rumah.” Malissa menunjukkan ke arah bekas plastic yang berisi goreng pisang tersebut. “Buat susah-susah je, Malissa.” Ujar Sham yang sudah pun keluar untuk menyambut bungkusan plastik yang berisi goreng pisang panas. “Tak susah la Sham, saja nak ucap terima kasih kerana membantu Lisa semalam.” Sham mengerti. Malissa berasa malu dengan kejadian tempoh hari. “Ok, tak ada apa pun, sikit je. Sila la masuk dan duduk dulu ke ? Amran ada kat sini.” Sham mempelawa Malissa naik ke rumahnya. “Tak pa la Sham, Lisa masih ada kerja lagi kat rumah tu. Lain kali je ya. Oh ya, Sham maafkan saya kerana……. ” Sham mengangkat tangan tanda dia tidak mahu memperkatakan lebih lanjut tentang perkara itu. Malissa mengerti dan dia hanya mengangguk. Setelah memberi salam Malissa pun terus berlalu pergi. Sham masih lagi tercegat di luar rumah memerhatikan Malissa pergi. “Hooiii…..” Suara Amran dari dalam rumah menyentak lamunan Sham. Amran dan Sham terus menikmati goreng pisang panas yang baru dihantar oleh Malissa sebentar tadi. “Waaa…Sham. Kau memang terror la. Aku tak pernah tengok boss hantar goreng pisang kat rumah kuli dia. Aku respect kau lah. Beritahu lah aku macam mana kau “cairkan” hati si Malissa. Siap dia panggil diri dia Lisa kat kau.” Amran sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena diantara Sham dan Malissa. “Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku. Tu nak perli aku la tu. Takda apalah. Kan aku cakap dulu, dia cuma nak balas pertolongan aku semalam masa kereta dia rosak. Tak salah kan ?” Goreng pisang entah kenapa, sedap pula rasanya tidak seperti goreng pisang yang di makan di kedai Kak Milah. Itu amat menghairankan Sham dan juga Amran. “Memang lah tak salah, tapi cara dia hantar tadi bukan macam boss lagi, macam anak dara yang cuba memikat seorang teruna.” Sham menjengkel kearah Amran. “Ada je kau ni. Sudah lah Amran. Malas aku nak layan kau lagi. Dah, makan je goreng pisang tu, nanti dah sejuk tak best pulak, aku nak ke dapur kejap buat teh panas….haaa baru best.” Amran tahu Sham cuba melarikan dirinya dari diperkatakan olehnya. Dia hanya tersenyum sendirian sambil mengenangkan Sham yang sudah bagaikan hilang alasan.
“Sham, aku ikut kau ke KL nanti boleh tak ?” Amran dengan tiba-tiba memberitahu Sham akan hasratnya pada satu hari. “Kau nak pergi ke KL, nak buat apa ?” Sham hairan dengan niat Amran yang tidak tahu datang dari mana. “Aku ingat nak belajar lagi. Ambil kursus sambil bekerja. Aku tak nak kerja kat kilang tu sepanjang hayat aku. Aku pun nak maju juga. Bila ada certificate atau diploma ke, barulah aku dapat meningkatkan taraf hidup aku dan boleh cari awek yang cun sikit. La ni siapa nak pandang aku.” Sham melihat ke arah Amran dengan serius. “Betul ke si Amran ni ?” bisik hatinya. “Kenapa kau tenung aku semacam je ? Kau tak percaya ke apa aku cakap ? Aku serius ni.” Ujar Amran. Sham tahu Amran mungkin serius. Namun sudah pasti ada perkara yang telah berlaku yang menyebabkan Amran mengambil keputusan itu. “Boleh. Kalau nak pergi sekarang pun boleh. Aku ada kawan kat KL tu. Kalau kau betul serius pasal nak belajar sambil bekerja tu, aku boleh minta pertolongan dia.” Ujar Sham. “Eh…. betul ke ni Sham ?” Amran seolah-olah tidak percaya dengan apa yang di perkatakan oleh Sham. “Betul. Aku serius. Sebenarnya aku suka dengar kau ada cita-cita nak meningkatkan taraf diri kau. Bukan senang nak cari orang macam kau. Malah aku berbesar hati kalau dapat bantu kau walaupun aku sendiri tidak berpelajaran tinggi.” Amran masih tidak percaya, “Tak sangka pulak aku yang kau boleh tolong aku.” Amran masih lagi sangsi, namun dia gembira mendengar berita dari Sham itu. “Ok macam ni. Esok kita pergi ke pekan, kita telefon member aku tu. Lepas tu baru kita buat perancangan macam mana kita nak buat nanti.”
Malam itu Sham menelefon Sam untuk membuat persiapan awal sebelum dia dan Amran menelefonnya esok pagi. “Sam, aku lah Sham. Ada hal sikit, aku nak kau buat something untuk aku.” Sam dapat meneka, semestinya ada sesuatu yang telah berlaku. “Apa dia ?” Sham meneruskan rancangannya. “Aku ada kawan kat sini, nama dia Amran. Dia nak bekerja sambil belajar di KL. Jadi aku nak kau tolong dia bila dia sampai kat KL nanti.” Ujar Hisham. “Habis kau nak aku buat apa ?” Sam mengelengkan kepalanya. Apa pulak kali ini Sham akan buat untuk terus berbohong. “Macam ni, aku nak arrange kan supaya dia dapat bekerja kat dept warehousing & distribution. Lepas suruh si Sally secretary aku tu dapatkan tempat belajar kat Sal Kolej. Yang penting sekali, hujung minggu depan dia akan ke KL, aku mungkin ikut sekali, so kau bagi dia tumpang duduk kat rumah kau dulu, lepas tu carikan bilik untuk dia duduk. OK ?” Sam tahu dia tidak boleh menolak apa yang disuruh oleh Sham. Walaupun dia perlukan privacy di rumahnya, namun permintaan Sham yang terlalu banyak membantunya sebelum ini sukar untuk bincangkan lagi. “Ok boss. Tapi kenapa kau beria-ria nak tolong dia Sham ?” Sam cuba mengorek sebab-sebabnya. “Kau jangan banyak soal Sam….kau buat je. Oh ya, nanti kau kena berlakun sikit sebab kau kena berlagak macam member aku yang akan tolong dia masa kat KL nanti, jangan kau silap cakap pulak. Lagi satu, bila kau jumpa dia nanti, kau kena tunjukkan yang kau ni juga member aku yang pernah tolong aku masa susah dulu kat KL.” Sam tidak tahu apa yang sudah merasuk ke dalam diri Sham. Ini bukan Sham yang dikenali dulu. “Sham, Sham…..kau memang dah confirm giler….berapa lama kau nak buat kerja tipu ni ?” Sam sebenarnya tidak faham apa sebenarnya motif Sham. “Dah Sam kau tak payah cakap banyak. Kau buat je apa yang aku suruh tu. Nanti aku akan call lagi sebelum aku bertolak ke KL, just to check on progress. Ada apa-apa cerita lain ?” Sam tidak membuang masa “Cerita lain, samanya je. Tapi makwe kau tu, dah tak ganggu aku 2-3 hari ini. Lega kejap aku. Aku dengar dia pergi ke London, ada kerja kat sana. Kau dah call mak kau tu ?” Sam cuba memperingatkan Hisham tentang ibunya. “Dah. Aku dah explained kat dia dan aku masih lagi nak bercuti. Dia bagi aku tempoh 1 bulan lagi. OK Sam, nanti kita bincang lagi. Anything, call me.” Hisham menamatkan perbualan telefonnya.

No comments:
Post a Comment