Monday, March 12, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 1 (Continue)

Sepanjang perjalanan mereka ke kampong Ulu Sayong, Amran banyak menceritakan keadaan disitu termasuk beberapa kampong yang berhampiran. Dia juga memberitahu Hisham yang dia bekerja di sebuah kilang perusahaan kecil yang menghasilkan ubat-ubatan serta barangan kesihatan tradisional yang berasaskan herba. Kilang itu dipunyai sepenuhnya oleh keluarga Pak Rahman. Pak Rahman merupakan salah seorang warga Kampung Ulu Sayong yang disegani ramai dengan kejayaannya dalam perusahaan membuat barangan kesihatan tradisional yang berasaskan herba itu.

Setibanya sahaja kerumah arwah pakciknya, Sham pun mencari kunci rumah yang dibawa bersamanya. Rumah itu bagaikan sudah dimamah usia dengan ketiadaan penghuni tetap. ‘Bau’ rumah lama yang ditinggalkan menusuk ke dalam lubang hidung Sham. Namun rumah itu masih lagi nampak utuh dan kuat walaupun sudah lama tidak dijaga. “Berapa lama rumah ni ditinggalkan Sham ?” Amran bertanya sambil mereka berdua melihat keadaan persekitaran rumah itu. “Sudah hampir 3 tahun. Saya tak pasti dengan keadaan rumah ini serta barang-barang yang ada di dalamnya. Itu sebab saya tadi nak cepat sampai ke sini sebelum hari gelap. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat keadaan yang sebenarnya sebelum malam tiba.” ujar Sham. Sham dan Amran sama-sama melihat keadaan di dalam rumah itu serta mengenal pasti masalah yang mungkin ada disebabkan ditinggalkan dalam jangkamasa yang agak lama. Bekalan air dan elektrik masih lagi dalam keadaan baik walaupun bil-bil itu sudah lama tidak berbayar. Malah bil-bil yang tertunggak yang sudah kelihatan kekuningan masih lagi di dalam peti surat diluar rumah. Hisham agak hairan mengapa bekalan air dan elektrik masih lagi ada memandangkan ianya sudah tidak berbayar dalam jangkamasa yang agak lama. Barang-barang didalam rumah juga masih lagi dalam keadaan baik kerana arwah Pak Yassin telah pun membungkus atau membalut kebanyakan barangan dengan kertas surat khabar dan plastik. Segala perkakas didapur juga berada dalam keadaan baik. Hisham sebenarnya tidak menjangka keadaan rumah yang ditinggalkan itu masih dalam keadaan begitu kemas dan teratur. Sudah tentu Pak Yassin telah menghabiskan banyak masa untuk mengemas serta menjaga rumah itu sejak ditinggalkan oleh Pakcik Mansor. Kenangan Sham bersama Pakcik Mansor terlintas difikirannya.

Tujuan Sham ke situ bukan sekadar untuk melihat keadaan rumah serta menyelesaikan segala perkara yang ada kaitan dengan rumah itu tapi yang sebenarnya untuk berehat serta mendapatkan ketenangan jiwa. “Aduh, Adriana…..” Sham mengeluh seorang diri tanpa disedari oleh Amran.

No comments: