Friday, March 16, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 3

Selang beberapa hari selepas itu, Sham telah pergi bersama-sama dengan Amran ke kilang dimana Amran bekerja. Sham rasa gementar, bukan kerana sesi ‘interview’ tapi dia bimbang mungkin ada orang akan mengenali dirinya yang sebenar. Sebenarnya dia tidak patut menonjolkan dirinya, kena ‘keep low profile’. Sekiranya orang tahu siapa dirinya yang sebenarnya, maka sudah tentu keadaan akan menjadi buruk dan jadi penuh dengan tanda tanya. “Ok, kau tunggu kat lobi ni. Aku dah beritahu Cik Nur Malissa tempoh hari pasal kau. Jadi, aku masuk ke dalam dulu dan beritahu yang kau dah sampai.” Amran mengangguk sambil melihat keadaan di sekeliling kawasan lobi kilang tu sambil membaca tulisan-tulisan motivasi yang tertera pada bingkai kaca yang digantung pada dinding lobi. “Impressive…..” bisik Hisham sendirian. Lamunan Hisham terganggu dengan kehadiran seorang gadis. “Encik Hisham ?” muncul seorang gadis kecil molek yang bertudung didepannya. “Ya, saya Hisham.” Gadis bertudung itu tidak memperkenalkan dirinya. “Tolong isikan borang ini dan tunggu di dalam bilik. Cik Malissa akan datang sekejap lagi.” Sambil menunjuk kearah bilik perbincangan. Sham menyangkakan gadis tadi adalah Nur Malissa. Namun jelas sangkaan Sham meleset. Sham baru saja habis mengisi borang permohonan yang baru diberikan apabila seorang wanita berbaju kurung oren serta bertudung moden muncul dan memberi salam kepadanya. “Assalamualaikum, Encik Hisham ?” Hisham hanya sekadar menjawap dengan perlahan akan salam itu kerana dia sebenarnya tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Didepannya berdiri seorang wanita melayu yang ayu, yang mana buat Sham setaraf dengan wanita melayu moden yang bekerja dibandar. Sham musykil, kenapa Amran tidak menyebut tentang wanita yang bernama Nur Malissa kepadanya sebelum ini. “Sila duduk Encik Hisham. Saya Cik Nur Malissa, Pengurus Operasi Kilang perubatan tradisional HRMed. Saya diberitahu oleh Amran yang Encik Hisham ingin bekerja di sini di bahagian pembungkusan.” Fikiran Sham sebenarnya terganggu. Dia tidak dapat menumpukan perhatianya kepada sesi temuduga tersebut. “Ya. Betul.” Fikiran Sham sebenarnya sudah melayang buat seketika kerana beliau merasakan beliau pernah melihat Nur Malissa sebelum ini. “Aku pernah tengok dia ni…she looks very familiar.….dimana ya….” bisik hati Sham dan dia juga amat bimbang kerana ada kemungkinan Malissa kenal akan dirinya. Namun kebimbangannya reda kerana barulah dia teringat yang dia sudah beberapa kali terserempak dengan Nur Malissa pada waktu solat Subuh di masjid. Dia juga sedar Nur Malissa sudah pasti dapat mengingati dirinya kerana pada satu seketika Nur Malissa pernah melemparkan satu senyuman kepadanya semasa hendak meninggalkan masjid selepas solat Subuh tempoh hari. Walaupun begitu, Nur Malissa tidak menunjukkan apa-apa reaksi. “Kami sememangnya ada kekosongan di bahagian tersebut. Tapi sebelum itu saya ingin tahu serba sedikit tentang latar belakang Encik Hisham serta pengalaman kerja.” Nur Malissa secara professional meneruskan temuduga yang dia kendalikan. Namun pada hakikatnya, Nur Malissa sememangnya pernah melihat Hisham yang sudah banyak diperkatakan oleh orang kampung sejak dia tiba disitu. Memang benar dia juga pernah melihat Sham di masjid beberapa kali. Malissa merasa pelik….kerana dirinya seolah-olah ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang diri Hisham yang setakat ini menepati gelaran lelaki misteri di kalangan orang kampung. Ada suatu yang telah menarik perhatian Malissa terhadap Sham. Tidak banyak hal yang dapat diketahui mengenai diri Sham melainkan dia adalah anak saudara Pakcik Mansor. Kaum keluarga Pakcik Mansor pun setakat hari ini pun, penuh dengan tanda-tanya kerana tidak ramai orang kampong yang mengenali mereka melainkan arwah Pakcik Yassin. Arwah Pakcik Yassin pun jarang memperkatakan siapakah ahli keluarga Pakcik Mansor. “Encik Hisham ?” Sham tersentak seketika dari lamunannya. “Maafkan saya. Cik Nur Malissa, panggil saya Sham saja.” Malissa sedar yang Sham sebenarnya jelas tidak begitu selesa. “Sham gementar ke ?” soal Malissa. Hisham cuba relaks, namun, hatinya tidak dapat dikawal, berdebar-debar. “Tak. Cuma saya tak biasa ditemuduga macam ini. Selalunya, mereka tanya pengalaman sikit, dan kalau ok, saya terus bekerja.” Hisham memberi sedikit senyuman sambil cuba memberi alasan yang munasabah supaya kekekokannya tadi tidak begitu ketara dan tidak dapat disedari oleh Malissa. “Latar belakang saya tak banyak dapat saya nyatakan. Sepertimana yang tertulis dalam borang tadi. Saya mendapat kelulusan pangkat 3 dalam SPM dan selepas itu saya bekerja dibeberapa syarikat sebagai printing personnel dan office boy. Pekerjaan saya yang terakhir adalah sebagai dispatch personnel di Syarikat AP Courier –Services Sdn Bhd di Kuala Lumpur.” Bermacam-macam perkara bermain-main didalam kepala Sham. Dia harus berhati-hati dalam memberitahu tentang dirinya. Kalau dia terlalu gopoh, sudah pasti pembohongannya yang akan terbongkar dengan sendirinya. “Jadi Sham buat masa ini, tidak bekerja lagi ?” Malissa meneruskan temduganya. “Ya. Saya menganggur.” Malissa cuma tersenyum….“Dari segi pengalaman bekerja, saya rasa Sham sudah menepati kehendak syarikat. Lagipun kerja yang Sham akan lakukan, tidaklah begitu susah. Jadi bila Sham boleh mula bekerja ?” Sham terkejut juga dengan tawaran yang dibuat dengan begitu cepat oleh Malissa. Dia merasakan tidak cukup sesi temuduga untuk Malissa membuat keputusan. Sham tidak bersedia, namun terpancul dari mulutnya….“Haaa….hari ini pun boleh.” Sham menjawab. “Kalau begitu, Sham boleh bekerja mulai hari ini.” Sham pun terkejut dengan jawapan yang diberi oleh dirinya sendiri. “Sham tak nak tahu apa-apa lagi. Pasal syarikat, gaji….” Malissa sebenarnya ingin terus berbual dengan Hisham. Dia menyedarkan Sham akan perkara-perkara lain yang harus diambil kira oleh Hisham sebelum memberi kata putus. “Haa….tak da. Rasanya semua ok.” Malissa merasa pelik kenapa Sham tidak bertanya tentang gaji, cuti, waktu bekerja dan sebagainya. Selalunya itu adalah salah satu kriteria penting dalam seseorang calon sebelum mereka memberikan kata putus. “Betul ke dia ini pernah bekerja dulu ?” Itulah yang difikirkan oleh Malissa. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri Sham. “Betul ke Sham tak nak tahu pasal gaji, cuti dan lain-lain ?” Malissa cuba menyedarkan Sham ada lagi perkara yang perlu dibincangkan. “Alamak, saya terlupa. Maafkan saya.” Hisham sedar akan kesilapannya kerana dia sememangnya sebelum ini tidak pernah memohon apa-apa pekerjaan, apatah lagi melalui sesi temuduga. Malissa hanya merenung ke arah Sham seolah-olah tidak yakin atau percaya dengan penjelasan Sham. Namun pun begitu dia meneruskan penjelasan tentang tawaran perkerjaan untuk Hisham. “Ok. Gaji Sham, RM650 sebulan. Bila dah tamat tempoh percubaan selama 3 bulan, gaji akan dinaik ke RM700 sebulan. Cuti 14 hari setahun. Elaun uniform, RM30. OT RM15 sehari, selalunya tak lebih dari 3 jam. Kos perubatan ditanggung pihak syarikat sebanyak RM1000 setahun. Waktu kerja 8 to 5. Rehat 1230-130 tengahari. Sabtu/Ahad cuti, kerja Isnin hingga Jumaat. Untuk orang lelaki, solat Jummat macam biasa. Balik kerja lepas selesai solat. Setuju ?” Sham sekadar mengangguk memberi kata persetujuannya. “Ok. Kalau macam tu Sham, sila tunggu disini sebentar dan saya akan panggilkan Amran untuk membawa Sham ke bahagian pembungkusan dan juga untuk Sham mulakan kerja. Nur Malissa pun meninggalkan Hisham sendirian dan berlalu pergi sambil berkata kepada dirinya “Aku nak perhatikan Sham, there is something about him just not right, tak macam orang yang pernah bekerja….. Aku nak kenal siapa dirinya yang sebenar.”

No comments: