Friday, March 16, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 8

Waktu sudah pun menunjukkan jam 11 pagi. “Memang nasib aku tak baik hari ini. Ikan pun tak dapat.” Sham merungut sendiri. Hari Ahad itu Sham pergi memancing berseorangan kerana Amran terpaksa ke pekan meengambil ibunya yang baru pulang dari KL setelah menemui kakaknya yang baru bersalin. Oleh kerana nasib tidak memuaskannya, Sham mengayuh basikalnya sambil bersiul-siul untuk pulang kerumah. Dia ternampak sebuah kereta Proton Perdana V6 berwarna biru gelap berhenti di tepi jalan dengan hood depan kereta yang terbuka, seolah-olah mengalami satu kerosakan. Sham memperlahankan basikalnya sambil ingin melihat situasi kenderaan tersebut. Namun, dia terkejut apabila melihat Malissa berdiri di depan hud kereta dan sedang memandang ke arah enjin kereta. “Assalamualaikum….” kehadiran Sham mengejutkan Malissa. Dia tidak menyangka kemunculan Sham disitu. “Oh….Sham, Wa’alaikum salam. Dari mana ni ?” Malissa sengaja menanyakan walaupun jelas kelihatan joran berada di dalam gengaman Hisham. “Memancing. Kenapa kereta ini, rosak ke ?” Sham melihat ke arah enjin kereta untuk mengetahui apakah yang menyebabkan kereta Malissa tersadai ditepi jalan. “Agaknya. Entahlah. Tiba-tiba je enjin kereta ni mati. Lepas tu tak boleh start langsung.” Sham telah pun turun dari basikalnya lalu berdiri bersebelahan dengan Malissa sambil memeriksa enjin kereta tersebut. Sham sebenarnya agak mahir dalam hal kereta. Dia memeriksa keadaan fizikal enjin kereta tersebut. “When is the last time you sent the car for service ?” Sham tahu dia sudah tersilap kerana dia telah secara spontan dan tidak sengaja bertutur dalam bahasa inggeris yang baik. Dia tahu dia tidak sepatutnya berbuat begitu. “Shit. Damn it.” Sham memarahi dirinya secara diam-diam. Malissa melihat ke arah Sham dengan wajah yang agak terkejut. Dia tidak percaya dengan apa yang baru saja di dengar olehnya dari Hisham. Sambil menjawab perlahan-lahan “I think about 2 months ago…..” Malissa menantikan respon Sham seterusnya akan tetapi Sham hanya membisu kerana tidak mahu menimbulkan lagi persoalan dalam diri Malissa tentang dirinya. “Saya rasa ada masalah dengan cable spark plug ni. Nampak yang ini, macam dah pecah. Saya suspect, wire kat dalam cable ni pun dah putus, tapi memang tak boleh nampak dengan mata kasar. Jadi enjin tidak akan berjalan dengan lancar jadi kemungkinan ada engine misfiring, enjin boleh rosak kalau dibiarkan. Kereta ini ada jerking tak semasa Cik Malissa memandu sebelum ini ?” Sambil memandang kearah Malissa untuk mendapatkan kepastian. Sekali lagi, Sham membuat beberapa kesilapan. “Ada juga, selalu juga. Tapi saya tak buat apa-apa.” Seperti mana yang dijangkakan, jawapan yang diberi Malissa sudah dapat memberitahu serba sedikit tentang masalah sebenar. Malissa masih tertanya-tanya didalam dirinya, siapakah Hisham sebenarnya. Dia pasti Hisham bukanlah orang yang sepertimana yang digambarkan olehnya. “Macam ni lah Cik Malissa…” belum sempat Sham menghabiskan kata-katanya, Malissa memotong “Call me Malissa” Sham hanya tersenyum. “Ok macam ni, saya rasa Malissa kena tinggalkan kereta ini di sini. Kena panggil mekanik kat pekan tu, suruh dia datang ke sini dan tukarkan cable yang rosak tu. Ataupun panggil lori tunda dan tunda balik ke workshop. Kat workshop boleh tukar juga.” Malissa sedar kerosakan keretanya kali ini serius. Dia bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Hisham itu adalah yang terbaik. Namun dia masih lagi musykil bagaimana harus dia balik kerumahnya selepas ini. Tempat dimana kereta itu rosak adalah lebih kurang 5 km dari rumahnya. “Macam mana saya nak pekan tu, awak tahu tak berapa jauh tak, tak akan saya nak jalan kaki.” Sham tersenyum mendengar keresahan Malissa. Dia tahu Malissa mungkin resah kerana terpaksa menaiki basikal bersamanya bukan kerana berjalan kaki. “Kenapa awak senyum..?” Malissa agak kurang senang dengan senyuman Hisham yang lebih berbentuk sindiran. “Tak da. Macam ni, kalau Malissa tak keberatan boleh la naik basikal buruk saya ni la. Jalan kaki memang lah jauh, tapi kalau Malissa sanggup, saya tak da masalah. Saya akan tumpangkan Malissa.” Malissa masih lagi berfikir samada dia harus menerima pelawaan Sham. Dia berbelah bagi. Walaupun dia tahu itu saja cara yang ada, namun dia bimbang apa orang kampung akan perkatakan tentangnya apabila dia di lihat membonceng basikal bersama Sham. “Apa pulak mak dan ayah aku cakap nanti.” bisik hatinya. Malissa akhirnya terpaksa bersetuju, kerana berjalan kaki 5 km dengan kasut bertumit tinggi bukanlah satu tindakan yang baik.

No comments: