Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 12

Selesai sahaja solat Jumaat, Amran dan Sham pun bertolak ke Kuala Lumpur sepertimana yang dirancangkan. Namun perjalanan mereka ke Kuala Lumpur tergendala seketika apabila bas yang mereka naiki telah rosak di pertengahan jalan. Amran mengeluh kerana keletihan “Macam mana ni Sham ? Tak akan kita nak tunggu bas ganti. Tak tentu pukul berapa pulak nak sampai sini. Dah lah panas ni.” Sham hanya senyum melihat gelagat Amran yang seolah-olah resah kerana tidak dapat ke KL sepertimana yang dijangkakan “Relax Amran. Sabar lah. KL tu tak ke mana. Yang penting kita selamat sampai. Tu kat hujung sana ada pokok redup sikit, jom kita pergi duduk kat sana.” Hari itu sememangnya panas. Kebanyakan penumpang bas yang lain sudah pun mengambil tempat teduh di bawah pondok beratap rembia yang tidak digunakan yang terletak tidak jauh dari mana bas yang rosak itu berhenti. Amran sudah pun melelapkan matanya sambil menikmati angin sepoi-sepoi yang bertiup yang mengurangkan rasa kepanasan yang ada. Sham merenung jauh sambil menikmati suasana sekeliling yang dikelilingi sawah padi yang menghijau. Sungguh tenang. Keadaan disitu seolah-olah bergerak begitu perlahan sekali. Tidak berkecamuk dan pantas seperti di Kuala Lumpur. Sham tidak menyedari bila dia melelapkan matanya dan beliau terjaga dari rehatnya, “Assalamualaikum” Sham membuka matanya dalam keadaan sedar dan tidar sedar. “Wa’alaikum salam…” Sham mendongak ke atas untuk mengenal pasti siapakah yang berada di situ “Malissa ? Buat apa kat sini…?” ujar Sham dalam keadaan terkejut dengan kehadiran Malissa. “Tak ada apa. Saya cuma ternampak Sham dan Amran kat tepi jalan tadi. Bas rosak ke ? Nak ke mana ?” Dalam keadaan yang masih samar-samar “Ehm…memang rosak. Kami nak ke KL. Kami sedang menunggu bas lain untuk meneruskan perjalanan kami. Tak tahu lah pukul berapa bas itu nak sampai nanti.” Amran masih lagi nyenyak tidur dan tidak menyedari akan kehadiran Malissa di situ. “Tak pa Sham. Tak payah tunggu bas tu. You dengan Amran boleh tumpang saya ke KL.” pelawa Malissa. Hisham berasa serba salah. Dia bimbang dengan ramai lagi kehadiran orang dari kampong Ulu Sayong, mungkin rahsia dirinya mungkin akan terbongkar semasa di KL kelak. Namun pun begitu dia akur, dia dan Amran memerlukan kenderaan untuk ke sana, “Lisa nak kesana juga ke ?” Malissa mengangguk sambil berkata “Ehm…ada urusan sikit. Kalau you dan Amran sudi, boleh kita bertolak sekarang.” Tanpa membuang masa, Sham terus mengejutkan Amran dari tidurnya yang nyenyak itu. “Amran, bangun….kita dah ada bas baru….” Amran masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia hanya sedar Malissa yang berdiri sambil melihat kearahnya.

“Betul kamu nak turun kat sini ? ujar Malissa setelah mereka sampai ke Kuala Lumpur. Malissa tidak pasti samada mereka betul-betul ingin turun di KL Sentral. “Betul, sebab kawan kami akan menunggu kami disini. Terima kasih banyak-banyak kerana menumpangkan kami.” Sham dan Amran sama-sama mengucapkan terima kasih mereka sambil melambaikan tangan kearah Malissa. “Ok. Sama-sama. I see you guys. Take Care. Bye.” Malissa terus berlalu dengan kereta Proton Perdana V6. “Wah….dia speaking dengan kita….” Sham tidak mempedulikan sangat akan kata-kata Amran itu, kerana dia sedang sibuk mencari Sam yang sepatutnya sudah pun berada disitu menanti mereka. “Mana si Sam ni ?” Sebuah Honda CRV berwarna biru gelap menghampiri mereka dan kedengaran suara orang memanggil Sham. “Amran…..jom, kawan aku dah sampai.” Amran yang masih lagi cuba menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru itu. “Apa khabar Sam, terima kasih kerana membantu. Ini aku kenalkan Amran, member dari kampung. Amran…ini Sam.” Amran dan Sam bersalaman sambil diperhatikan oleh Sham. “So far so good…Sam berlakun dengan baik.” Bisik hati Sham. Sam membawa mereka balik ke rumahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa. Sham tidak banyak bersuara kerana dia ingin berhati-hati supaya dia tidak mahu rahsia dirinya terbongkar.

No comments: