Marleena tiba di pejabat Charles Schwabb jam 9:30 pagi yang terletak di Menara KLCC. Dia amat berharap pertemuannya dengan Ketua Pengarah akan membuahkan hasil. “Ms. Marleena….” Seorang lelaki Mat Salleh keluar dari ruang pejabat dan memperkenalkan dirinya sebagai David Abraham. Perbincangan Marleena berjalan lancar, secara amnya mereka tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mengambil Marleena sebagai penganalisa dan penasihat kewangan. Mereka akan menghubungi beliau dalam beberapa hari untuk mendrafkan surat tawaran. Marleena amat gembira kerana jika tiada halangan beliau akan bermula bekerja pada awal bulan depan. Marleena baru saja keluar dari ruang legar pejabat di KLCC dan menuju kearah kedai Starbuck coffee untuk berehat seketika. Telefon bimbitnya berbunyi….“Hello…” kedengaran suara yang amat Marleena kenali. “Hi Leena…its Sham…..” Marleena sudah mengagak Sham akan menelefonnya. “Oh…hi Sham…how are you..?” Marleena agak gusak dengan Sham, tindakannya just cannot be predicted “I am fine. So how did it go ?” Sham ingin mengetahui hasil pertemuan Marleena pagi itu. “Well it when very smooth…actually I got the job…so I will be getting the papers soon…just for formality.” Marleena tidak dapat membendung kegembiraannya dan Sham adalah orang pertama yang diberitahunya. “Congratulations….that’s good news…I think that call for a celebration….you are buying…” Sham sebenarnya ingin bertemu dengan Marleena. “What do you mean I am buying ? It should be you….” Mereka berdua ketawa. “Where are you now ?” Sham tidak sabar untuk berjumpa Marleena “I kat Starbuck….tengah relax….its was a long discussion just now…” Belum sempat Marleena meneruskan perbualannya, Hisham spontan menjawab “Ok…stay where you are…I see you there in 30 minutes…and we can have lunch together….” Marleena tahu dia harus menerima sahaja. “OK. I see you then…..Bye..”
Haji Rahman sudah tiba di stesen keretapi KL Sentral dan menunggu Marleena datang menjemputnya. Marleena dan Sham tiba dan mereka mendapati Haji Rahman sudah pun menunggu diluar. “Apa khabar ayah…?” Kedatangan mereka berdua sememang dinantikan oleh Haji Rahman. “Baik….” Haji Rahman tidak terkejut kerana Marleena datang bersama dengan Hisham, dan beliau sememangnya berharap hubungan mereka berdua akan bertambah baik. Hisham membawa mereka ke rumahnya untuk berehat seketika.
Marleena melihat ayahnya sedang berkata sesuatu dengan Sham di satu sudut di ruang tamu, namun perbualan mereka tidak dapat didengar olehnya. “Sham, pakcik dah beritahu anak-anak pakcik yang pakcik ingin mengadakan mesyuarat khas di KL untuk membincangkan hal-hal syarikat. Pakcik rasa ini lah masa yang sesuai untuk kita semua berbincang antara satu sama lain, apa pendapat Sham…Sham dah habis meneliti rekod kewangan ?” Sham dan Pakcik Rahman tidak menyedari perbualan mereka sedang diperhatikan oleh Marleena dari dapur. “Haji Rahman….saya rasa tak ada masalah. Rekod kewangan dah kami teliti dan saya sedang menunggu repot dari bahagian kewangan.” Perbualan mereka terpaksa dihentikan memandangkan Marleena sudah tiba dengan sedulang teh dan kueh-mueh untuk mereka berdua. Marleena musykil akan topik yang diperbincangkan oleh ayahnya dan Sham, namun didalam hati kecilnya mengatakan supaya tidak masuk campur dalam urusan mereka berdua. Petang itu, Hisham, Marleena dan Haji Rahman telah ke hospital Gleneagles untuk melawat Datin Idora.

No comments:
Post a Comment