Friday, March 16, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 3 (Continue)

Amran pun tiba sambil membawa satu set uniform untuk Sham. Amran hanya tersengeh. “Alright Sham” sambil menepuk bahunya. “Tak sangka kau terus dapat start kerja hari ini. Selalunya Cik Malissa tu cerewet orangnya. Ada je yang tak kena. Apa ilmu kau pakai ?” Amran tersengeh lagi seolah-olah memperli Hisham. “Apa kau ni Amran ? Aku mana ada ilmu karut marut tu. Mana la aku tahu, dia tanya aku jawab je. Tapi kenapa kau tak cakap pada aku yang Cik Malissa ni lawa orangnya. Dia ini ada style la tak nampak macam orang kampung.” Amran merenung Hisham, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diperkatakan olehnya “Hai…. lain je bunyi tu. Dah terpikat ke ? Kalau terpikat tu lupakan saja.” Mereka terus berbual sambil menuju ke kilang produksi. “Kenapa Amran ? Masa aku temuduga dengan dia tadi, dia nampak ok je. Dia dah kahwin ke ?” Sham musykil dan sifatnya yang ingin tahu menular dalam dirinya. “Belum kahwin lagi. Tapi sekarang ni kau nampak ok lah. Kau tak kenal dan tak tengok perangai dia lagi. Dia ni kalau kau nak tahu…..minah demanding sikit. Semua benda serius. Nak joke-joke tak da, semua orang takut beb. Tak berapa friendly la orang kata. Lagipun dia ini bukan taraf kita da……orang kampung. Dia belajar kat luar negeri. Graduan luar negeri. Bapa dia…..Tuan Haji Rahman, orang kaya kampung ni dan juga tuan punya kilang. Mak dia, aduhai sombong…act sikit la. Ya la maklumlah dah jadi orang kaya. Mana nak pandang orang macam kita ni. Sengket. Aku dengar, anak Tok Penghulu kampung ni, si Nizam tu ada hati kat dia. Macam boyfriend tak rasmi la.” Begitu panjang lebar Amran memberi penjelasan tentang Malissa walaupun Sham pada mulanya hanya memberi komen yang pendek. Sham hanya mendiamkan dirinya. Dia bukan lah nak apa-apa dengan Malissa tu tapi sekadar nak berkenalan tapi nampaknya peluang itu amat tipis kerana jelas taraf menjadi ukuran. Hari itu Sham menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pekerjaan barunya. Kerja pembungkusan tidaklah begitu intensif atau memerlukan tenaga yang banyak namun mesin pembungkusan yang digunakan memerlukan perhatian sepenuh masa. Mesin tu mudah tersangkut disebabkan oleh ketidak lancaran kemasukan kotak kedalam mesin tersebut. Nur Malissa sekali sekala datang melihat keadaan Sham dan bertanya dengan Amran tentang Sham samada beliau dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan kerja dikilang tersebut. “Sham aku hairan lah…kenapa Cik Malissa dok selalu tanya aku pasal kau ? Kau dah buat apa dengan dia tu ?” Amran bertanya dalam perjalanan pulang setelah selesai hari pertama Sham di kilang itu. “Ala aku orang baru. Mesti lah dia nak check, mana tahu aku tak boleh buat kerja. Susah nak sesuaikan diri ke…..biasa la tu.” Hisham cuba mengelak dari meneruskan perbualan tentang Malissa. “Ehh…bukan macam tu Sham. Dia tanya pasal kau lain macam sikit lah. Aku tak tahu la macam mana nak cakap. Aku tahu Cik Malissa, dia mana pernah macam ni. Aku dah kerja sini 5 tahun. Aku tahu la.” Amran cuba memberitahu Hisham tentang Malissa dan Sham sedar kemana arah tuju perbualan mereka. Sham tidak mahu memanjangkan lagi perbualan itu. “Apa lah kau ni, Amran. Biasa la tu. Aku dulu pun kerja kat KL, boss ada datang check. Kau ni saja je nak kena kan aku….mengarut je. Dah jom…..kita pergi minum petang dulu.” Amran mendiamkan dirinya setelah menyedari Sham tidak begitu selesa dengan topik itu, namun, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena tentang Nur Malissa.

No comments: