Cerpen: Pengorbanan Yang Sepi
Chapter 1
Pekan Ulu Gading tidaklah sesibuk kota metropolitan Kuala Lumpur. Udaranya yang nyaman terasa amat berbeza sekali. Keadaan di pekan itu seolah-olah bergerak terlalu perlahan dan seolah-olah tidak banyak aktiviti yang berlaku. Hisham baru saja menjejakkan kakinya ke pekan itu, namun destinasinya masih lagi jauh. Dia sebenarnya ingin ke kampung Ulu Sayong yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari pekan Ulu Gading. Pada masa dahulu, apabila dia sampai di sini, Pak Yassin sudah pasti menunggunya, namun kali ini kelibat Pak Yassin tidak akan kelihatan lagi kerana dia sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu. Matahari pada petang itu amat terik, Hisham terasa amat dahaga lalu berjalan ke arah sebuah gerai yang terletak tidak jauh dari perhentian bas pekan Ulu Gading.
“Coca-cola ada ?” Sham menanya kepada pelayan gerai itu. “Ada...makan encik ?” Hisham teragak-agak, namun dia kesuntukan masa. “Tak mengapa. Air dulu. Terima Kasih.” Hisham masih lagi memikirkan bagaimana dia hendak ke kampung Ulu Sayong. Hari sudah lewat petang. “Kalau nak jalan kaki, sekurang-kurangnya sejam baru nak sampai. Aku dah lah ingat-ingat lupa kat mana terletaknya rumah arwah pakcik aku.” Sham berbisik-bisik dengan dirinya. Sham sedar dia perlukan pertolongan untuk ke tempat yang hendak dituju. Namun keadaan Sham yang sedang termenung itu dikejutkan dengan panggilan dari makcik kedai tersebut. “Nak….tumpang tanya boleh ?” Sham menoleh ke arah makcik yang berada dibelakang gerai tersebut. Belum lagi sempat Sham menjawab, makcik gerai itu meneruskan pertanyaannya. “Anak ini……bukan orang sini ?” Sham tidak hairan dengan pertanyaan makcik tersebut malah dia tahu sudah tentunya orang disini dapat mengecam orang luar dengan senang memandangkan dikampung orang masih lagi mengamalkan sikap ambil tahu dan saling kenal mengenali. Bukan seperti dibandar. Hisham mampu tersenyum.“Ya. Saya bukan orang sini.” Makcik itu meneruskan pertanyaannya. Sham tahu sekiranya persoalan ini ditanya ditempat lain besar kemungkinan ianya tidak berapa disukai. “Anak ni nak kemana ?” Makcik gerai meneruskan pertanyaannya. Sham dapat menyedari yang sebenarnya makcik itu cuba membantunya. Namun dia menggunakan bahasa kiasan supaya tidak melihat seolah-olah di menjaga kain tepi orang. “Saya nak ke kampung Ulu Sayong. Makcik tahu macam mana saya boleh ke sana ? Disini ada bas atau teksi ?” Sham tidak sabar menanti untuk memngetahui apakah pilihan yang ada dikampung itu. “Sini nak, teksi tak ada la. Bas ada tapi hari ini tinggal sebuah je, yang satu lagi tu rosak. Jadi hari ini bas lambat sikit. Makcik tak tahu pukul berapa bas akan sampai ke pekan ini balik dari Kampung Sera. Anak ni nak ke Kampung Ulu Sayong ? Nak cari siapa ?” Makcik itu sebenarnya ingin mengorek rahsia tentang anak muda yang sedang duduk di gerainya. “Saya nak ke rumah arwah pakcik saya, Haji Mansor, Haji Mansor Bin Haji Hussain. Dia dah lama meninggal dunia…. Kemudian rumah pusaka dia dijaga oleh arwah Pakcik Yassin. Sejak Pakcik Yassin meninggal dua tahun yang lepas, dah tak ada orang jenguk rumah tu, jadi saya balik ni….nak tengok-tengok rumah tu.” Makcik gerai tersebut sekadar menganggukkan kepalanya. Makcik gerai tersebut tidak berapa kenal akan Haji Mansor, namun orang yang bernama Pakcik Yassin yang telah disebut oleh Hisham, memang dikenali ramai kerana beliau adalah bilal di masjid kampong Ulu Sayong. Sham tidak mahu membuang masanya disitu kerana dia harus tahu samada bas yang dinantikan bila ia akan tiba supaya dia dapat sampai ke Kampung Ulu Sayong petang itu juga. Dia juga sudah merasa tidak berapa selesa kerana terpaksa memperkenalkan dirinya sebegitu rupa kepada orang yang dia sendiri tidak kenali. Setelah dia membayar minumannya, Sham pun beredar menuju ke stesen bas Pekan Ulu Gading untuk mendapat berita tentang bas yang akan ke kampong Ulu Sayong. Tidak lama kemudian, kedengaran seorang lelaki memberi salam dari arah belakang dimana Sham sedang berdiri. “Assalamualaikum……” Jelas suara itu seolah-olah datang dari orang yang ingin menghulurkan bantuan. “Wa’alaikum salam…..” sambil menjawab salam itu, Sham berhenti sambil menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang berkulit sawo matang, berambut kerinting, berbadan sederhana memakai kemeja-T dan seluar jeans. Sham tidak mengenali siapa lelaki itu. “Maafkan saya. Makcik kat gerai tadi memberitahu saya yang encik ini nak ke Kampung Ulu Sayong.” Sham musykil dengan persoalan yang disadarkan oleh lelaki itu. “Ya. Memang benar saya nak sana. Kenapa ? Saudara siapa ?” Sham ingin memastikan siapakah gerangan orang yang sedang bercakap dengannya. “Oh maafkan saya…..saya Amran. Saya kenal pakcik saudara, arwah Haji Mansor. Rumah dia berhampiran dengan rumah saya. Makcik gerai tadi tu kata encik ni anak saudara dia…..tapi sebelum ini saya tak pernah tengok encik datang ke sini.” Lelaki yang bernama Amran inginkan kepastian tentang Sham yang mengaku anak saudara kepada Haji Mansor. “Memang betul. Saya cuma pernah datang semasa dia sakit dulu. Dia meninggal pun saya tak sempat nak tengok sebab berita kematian dia lambat diterima. Oh ya….maafkan saya, saya Hisham.” Sham menghulurkan tangannya sambil berjabat tangan dengan Amran. Mereka berdua memberi senyuman. “Macam ni Encik Hisham…” belum sempat Amran meneruskan kata-katanya, Sham memotong “Panggil saya Sham je.” Amran mengangguk dan memahami akan permintaan itu dan menyambung akan kata-katanya yang telah dipotong Sham tadi. “Ok, Sham, macam ni. Saya sememangnya nak Kampung Ulu Sayong. Jadi kalau Sham tak keberatan naik motorsikal saya yang buruk tu, saya boleh tumpangkan Sham ke rumah arwah Pakcik Mansor. Bas tak tentu hari ini. Kalau tunggu pun tak pasti pukul berapa pula Sham akan sampai ke Kampung Ulu Sayong.” Hisham sebenarnya bersependapat dengan Amran, dan beliau tidak berfikir panjang memandangkan hari pun sudah pun lewat. Dia harus sampai ke kampong Ulu Sayong sebelum matahari terbenam, dia pun bersetuju dan menerima pelawaan Amran itu.

No comments:
Post a Comment