Wednesday, March 14, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 2 (Continue)

Sejak dari itu, Sham selalu ke masjid bersolat jemaah sambil mengambil kesempatan berkenalan dengan orang-orang kampung yang lain dengan lebih rapat. Hubungan Sham dengan orang kampung Ulu Sayong menjadi lebih erat dan mereka sudah pun dapat menerima kehadiran Sham sebagai ahli warga Kampung Ulu Sayong. Sudah hampir 2 minggu Sham berada di situ dan jiwanya mula resah kerana dia mula berasa bosan kerana tidak banyak aktiviti-aktiviti yang dapat dia lakukan melainkan pada hari minggu, di mana Amran telah membawa beliau memancing di sebatang sungai yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Kampung Ulu Sayong. Setiap hari, selalunya Sham akan menonton televisyen, mendengar radio dan kadang-kadang berborak dengan Amran sekiranya dia datang ke rumahnya selepas waktu Isyak. Walau bagaimanapun kelibat Amran sudah beberapa hari sudah tidak kelihatan. “Mana Amran ni ?” bisik Sham. Sham sudah bercadang untuk memperbaiki seluruh sistem paip dirumah itu bersama-sama Amran.

Amran tiba di rumah Pakcik Sham suatu petang setelah beberapa hari tidak bertemu dengannya. Amran selepas tu terus membawanya ke warung makan yang terletak tidak jauh dari kilang dimana dia bekerja. “Haa……Sham, itu lah kilang tempat aku bekerja. Aku makan selalu kat sini lah, warung Kak Milah. Mana lagi nak pergi, yang paling dekat.” Amran memulakan perbualan petang itu. Sebelum itu dia tidak pernah membawa Sham ke tempat kerjanya. Hisham masih tidak mengesyaki apa-apa. “Dah lama kau bekerja kat sana ? Apa yang kau buat kat kilang tu ?” Hisham musykil kerana sebelum ini Amran tidak pernah menyebut tentang pekerjaannya. “Dah masuk 5 tahun. Aku consider orang lama juga la, sebab kilang tu dibuka lebih dari 10 tahun. Aku kat sana jadi production line supervisor.” Sham sebenarnya terkejut dengan kejayaan Amran dan juga kejayaan kilang tersebut yang jelas kalau dikirakan peluang untuk maju di kampong seperti kampong Ulu Sayong amat tipis. Sham amat bangga. “Sham, berapa lama kau nak duduk kat sini ? Kau tak nak kerja ke ?” Sham serba salah, samada hendak menceritakan keadaan sebenarnya atau tidak. Dari riak wajah Amran, dia tahu Amran sememangnya mengharap Sham dapat bekerja bersamanya di kilang tersebut. Dia sekarang mula faham kenapa Amran membawa beliau kesitu. “Entah lah Amran, aku pun tak tahu. Kau tahukan dulu aku bekerja kat Kuala Lumpur dan nasib aku di sana tak berapa baik. Aku rasa nak relaks lagi tapi….. duduk kat rumah tu boring juga kadang-kadang. Kalau kirakan duit aku, aku boleh duduk dikampong ni selama 6 bulan tanpa perlu bekerja. ” ujar Sham dengan ikhlas. “Itu kira nasib baik juga pakcik aku ada tinggalkan rumah ni pada aku, kalau tak, tak tahu lah kat mana aku nak duduk. Aku tak nak susahkan mak aku kat kampong tu, dia pun susah juga. Kalau dia tahu keadaan aku sekarang ni, susah hati dia nanti.” Sham dengan selamba membohongi Amran. Walaupun pada hakikatnya Sham tidak begitu selesa kerana terpaksa membohongi Amran. “Aku ada cara nak tolong kau.” Amran tiba-tiba tersengeh sambil melihat kearah Sham. Sham cuba menunjukkan yang dia terkejut dengan kenyataan Amran walaupun dihatinya sebenarnya sudah merasakan dirinya telah terperangkap dengan tipu helahnya. Dengan nada suara yang kehairanan “Kau boleh tolong aku…. ? Tolong macam mana ?” Sham ingin mengetahui lebih lanjut supaya Amran tidak mengetahui keadaan sebenar, walaupun dia tahu ianya sudah pasti ada kena mengena dengan kilang dimana Amran bekerja. “Macam ni, kilang tempat aku bekerja sekarang ini memerlukan beberapa pekerja untuk mengisi kekosongan yang ada. Gaji tak lah lumayan macam kat bandar tu tapi boleh lah, tak salah aku lebih kurang RM550-RM750, bergantung kepada pengalaman kerja.” Sham terkejut dengan penjelasan Amran “Eh, pelik juga…. susah ke dapat pekerja kat kampung ni ?” Sebenarnya, Sham tahu di Malaysia ini, orang Melayu sukar untuk memajukan kampong halaman mereka. Mereka lebih gemar berhijrah ke tempat lain untuk memulakan hidup mereka. “Sham…..biasa lah, orang kampung mana suka kerja kat sini, tak glamour orang cakap. Kerja kat bandar metro KL tu, baru sedap bunyinya walaupun kerja kat gerai makanan pun. Betul tak ?” Sham cuma menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pendapat Amran. “Jadi, apa macam Sham, kau nak kerja tak kat kilang tu ? Kalau kau setuju, besok aku boleh bawa kau pergi berjumpa dengan Pengurus Operasi kilang tu, namanya Cik Nur Malissa.” Amran menanti akan jawapan dari Sham. Dia sememangnya telah lama cuba mengumpan Sham untuk bekerja di kilang itu. “Entahlah Amran…...aku tak tahu lah. Aku tak pasti samada aku boleh buat kerja kat kilang tu dengan sempurna. Aku tak pernah kerja kilang ni, pengalaman memang tak da langsung. Lagipun aku dah biasa kerja kat KL. Aku cuma takut nanti aku kerja kejap je lepas tu balik ke KL kalau ada peluang kerja yang lebih baik.” Alasan cuba diberi sebaik mungkin oleh Sham. Lagipun dia tahu dia tidak akan lama di kampong itu. Dia hanya bercadang untuk berada disitu tidak lebih dari sebulan, dua. Amran tidak mahu mengalah. Dia ingin sedaya upaya membawa Sham bekerja dikilang tersebut. “Alah….. kau ni Sham. Kau cuba la dulu. Kerja senang je. Kerja membungkus. Masuk dalam kotak, tape dah. Lagipun kau akan bekerja bersama dengan aku. Don’t worry my friend…..aku akan ajar kau. Kalau kau dapat peluang kerja kat KL nanti, berhenti je lah. Tapi bila kau dah buat kerja kat kilang ni nanti, kemungkinan kau tak perlu cari kerja kat kl tu.” Sham serba salah, bermacam-macam perkara berkecelaru didalam kepalanya. “Me and my big mouth.” Bisik hatinya. Salah dia juga kerana tidak memberitahu Amran tentang keadaannya yang sebenar.

No comments: