“Sham kenapa kau tak beritahu mereka hal sebenarnya…kan senang cerita…tak payah kau nak susah payah pasal semua benda ini…lagipun ini bukan masalah kau…ini masalah Haji Rahman dan keluarganya.” Sam cuba menyakinkan Sham untuk memperjelaskan perkara yang sebenarnya kepada ahli keluarga Haji Rahman. Dia merasakan tidak ada gunanya buat Sham bersusah payah untuk keluarga Haji Rahman, yang mana bagi Sam mereka itu semua terlalu bangga dengan diri mereka sendiri sehinggakan tidak tahu menilai akan apa yang telah dilakukan oleh Haji Rahman dan Sham untuk menyelamatkan syarikat mereka. “Aku tahu semua tu Sam. Tapi aku dah berjanji dengan Haji Rahman. Dia dah amanahkan perkara ini pada aku. Aku kena kotakan janji aku. Lagipun tugas aku bukan untuk menghukum sesiapa. Aku hanya diberi mandat untuk menyelamatkan syarikatnya. Kalau aku cakap pun Sam, kau rasa mereka nak percaya aku ke…it will be my word against them…Aku tak rasa Rizal tak akan mahu mengaku tentang kesalahan dia.” Sham mempertahankan tindakannya. “Habis…kau nak biar si Rizal tu mengelapkan duit syarikat….kau nak biarkan si Mastura tu makan rasuah….kau akan mengambil alih syarikat mereka, Sham…dan kau tahu mereka ni tak boleh dipercayai, tak kan kau nak simpan mereka lagi dalam syarikat itu.” Sam cuba mengingatkan dan menasihati Sham. “Aku tahu tu Sam. Tapi ianya tak semudah yang kau sangka. Semasa aku berbincang dengan Haji Rahman, dia cakap dia tidak mahu mengheret anak-anaknya ke mahkamah, apatah lagi masukkan mereka ke penjara. Dia mahu mereka ini sedar akan kesalahan mereka. Kalau nak ikutkan, memang segala bukti untuk mensabitkan mereka dengan pecah amanah dan rasuah itu memang ada, amat kukuh. Aku dah tunjukkan pada Haji Rahman sendiri. Kau tahu Sam, aku serba salah. Dalam dilemma. Aku tahu perasaan Haji Rahman, umpama kalau ditelan mati bapa, diluah mati mak. Bagi Haji Rahman, akulah harapan dia walaupun aku sendiri tahu risikonya terhadap diri aku, kau pun dah tengok akibatnya.” Sam tidak tahu apa lagi yang dia haruskan perkata. Sham sudah pun membuat keputusannya. Sam mengangguk “So what is your next move…?” Sham mnyuruh Sam duduk “Well…aku akan teruskan apa yang dirancangkan. Aku akan mengambil alih urusan syarikat dengan melantik beberapa ahli pengurusan baru. Anak-anak Haji Rahman akan dikekalkan sehingga mereka memasuki perangkap mereka sendiri. Tapi of course tugasan mereka berbeza dan aku akan kurangkan ‘kuasa’ mereka. Aku dan Haji Rahman dah sepakat untuk anak-anak beliau ini jatuh dengan perbuatan mereka sendiri. We have our plans. Basically syarikat beliau akan selamat. Sebenarnya, syarikat masih lagi hak milik Haji Rahman, bukan AMC Holdings. Ini semua helah korporat on paper.” Sham menanti akan ‘feedback’ dari Sam. “Sham, I really hope you know what you are doing. If everything goes wrong, you will be the only one be blame. As for Haji Rahman, let just hope he is around because he will be the only person who could clear all of these especially if things does not work out as plan. You will be targetted and this could ‘burned’ your reputation.” Sham tahu yang Sam ingin melindunginya dan dia amat berterima kasih pada rakannya atas keprihatinannya. “Aku tak kisah Sam. Orang nak kata apa pada aku tak penting. For me, as long I honor my word, I do the right thing, it is good enough for me. Aku buat bukan nak buktikan pada sesiapa atau nak tunjuk-tunjuk kat orang.”
Keadaan Haji Rahman bertambah stabil namun beliau masih lagi tidak dapat bercakap dengan sempurna. Itulah apa yang Sham tahu dari perbualannya dengan Dr. Zul yang juga merupakan sahabatnya semasa di sekolah menengah dulu. Jika tidak sudah pasti beliau tidak akan mengetahui tentang keadaan Haji Rahman buat masa itu. Sham kembali ke kampong untuk beberapa hari untuk menyelesaikan rumah pesakanya itu. Beliau baru saja sampai di depan rumah setelah sudah menunaikan solat zohor di masjid berhampiran. “Kau Hisham ?” tanya salah seorang pemuda yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan 6 orang yang lain. Sham menjawab “Ya…” namun belum sempat dia berkata seterusnya, pemuda-pemuda tersebut terus menerkam kearah Sham sambil memukulnya. Sham hanya mampu menahan akan pukulan yang dilontarkan kepadanya. Namun, tiba-tiba tumbukan dan sepak terajang itu terhenti dan kedengaran suara orang menemplak kumpulan pemuda-pemuda yang menyerangnya. “Laila Ha IllALLAH….apa dah jadi Sham ? Kenapa budak-budak tu pukul kau ?” ujar Amran yang telah ternampak apa yang sedang berlaku bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. Darah mengalir perlahan-lahan akibat luka di kepala Sham. “Entah….,aku pun tak tahu. Aku cuma baru nak balik dari masjid menunaikan solat zohor. Sampai je di depan pintu rumah, tanpa aku sedari datang sekumpulan pemuda-pemuda itu tadi dan terus saja memukul aku. Aku tak sempat nak tanya apa-apa. Nasib baik juga la aku dapat mempertahankan diri aku seketika sebelum kau dan member-member lain datang, kalau tak teruk juga aku. “ Amran memapah Sham masuk ke dalam rumah dan menemaninya pada hari itu.
Sham ingin kembali ke KL pada keesokan harinya kerana terlalu banyak kerja yang harus dia bereskan. “Amran, lepas ini aku mungkin tak akan balik ke kampong ini lagi buat seketika. So, aku nak minta tolong kau jaga la rumah aku nie. Aku dah beritahu pada orang masjid yang mereka boleh gunakan rumah aku nie untuk menempatkan bilal masjid yang baru untuk mengantikan Haji Usop yang dah uzur tu. Aku tak nak apa-apa, aku nak bagi mereka pakai percuma je tapi mereka nak juga aku kenakan sewa sebab bagi mereka kalau main percuma, nanti ada orang ambil kesempatan. Nanti duit sewa tu kau simpan je la dan buat duit kopi kau sebab tolong jagakan rumah tu.” Amran tidak berkata apa-apa seketika. Dia sedar, Sham akan meninggalkan kampung itu buat satu jangkamasa yang lama. Mereka bersalaman sebelum Amran meninggalkannya bersendirian.

No comments:
Post a Comment