“Minum la Sham….” Malissa menghidangkan air sambil diperhatikan dari jauh oleh ibunya Makcik Yah. Sham terdengar akan perbualan diantara Mak Yah dan Malissa sebelum itu dimana, Mak Yah telah memberi amaran kepada anaknya supaya tidak lagi berbaik dengan Sham malah setelah dia menghidangkan air itu, dia harus terus kebilik dan tidak dibenarkan keluar sehingga Sham pulang. Sham tidak menyangka dikampung yang sebegini, ada juga orang seperti ini walhal tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan. Sepatutnya mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada dan rezeki yang telah dilimpahkan. Malah mereka sepatutnya berterima kasih dengan ayah mereka kerana telah membina satu perniagaan yang berjaya yang menaikkan taraf hidup mereka. Malissa terus berlalu dan Sham tidak melihat lagi kelibat Malissa selepas itu. “Hai Sham….kenapa tak minum air tu….sejuk nanti tak sedap pulak…..minum….jangan segan…” itulah ujar Haji Rahman sebaik saja dikeluar dari menukar pakaian beliau. “Kau dari mana Sham tadi ?” Haji Rahman seolah-olah tidak memperdulikan keadaan sekelilingnya walaupun jelas ‘amat panas’. Sham merasa pelik dan cuba membayangkan bagaimana Haji Rahman menghadapinya setiap hari. “Saya tadi pergi memancing kat ulu sungai Ulu Sayong….masa saya balik tadi, saya terserempak dengan Malissa. Kereta dia rosak di batu 11, jadi saya tumpangkan dia balik tadi. Kereta tu memang tak boleh diperbaiki disitu....” Sham melihat kearah jam tangannya. “Pakcik, saya rasa biar saya minta diri dulu, lagipun hari pun dah nak masuk waktu Maghrib.” Sham sebenarnya kurang selesa walaupun Haji Rahman jelas melayannya dengan cukup baik. Dia merasakan lagi cepat dia meninggalkan rumah Haji Rahman, lebih baik la keadaan dirinya. “Baru je minum. Cepat sangat kau nak balik Sham…duduk sini je…makan malam kat rumah pakcik.” Sham tahu pelawaan itu akan bakal mengundang suasana yang lebih tidak selesa dikalangan ahli keluarga Haji Rahman. Sham tidak tahu apakah sebenarnya niat Haji Rahman, walaupun dia sendiri sedar yang ahli keluarganya sudah tentu tidak akan menyukainya. “Tak pa la pakcik, saya tak mahu menyusahkan pakcik, lagipun Amran nak datang ke rumah saya lepas Maghrib ni.” Itu sememang alasan Sham yang benar. Haji Rahman memahami kata-kata Sham yang penuh makna yang tersirat itu. Dia tahu Sham tidak selesa berada dirumahnya apatah lagi dengan layanan yang ditunjukkan oleh ahli keluarganya. Haji Rahman amat kecewa dan dia tahu dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk merubah perangai dan sikap mereka yang keterlaluan itu. Haji Rahman pun mengangguk tanda setuju lalu dia mengiring Sham ke pintu. “Maafkan keluarga pakcik Sham….” Dengan nada penuh kesal.... “Tak mengapa pakcik…saya amat mengerti. Saya tak apa-apa. Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum…..” Sham terus meninggalkan rumah Haji Rahman sambil melambaikan tangan kearah Haji Rahman. “Sabar sungguh orang tua ni….macam mana dia boleh tahan dengan perangai anak-anaknya…” itu lah kata-kata di dalam hatinya sambil mengayuh basikalnya balik ke rumahnya setelah keluar dari perkarangan rumah Haji Rahman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment