Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 31

Cuaca pagi di Kuala Lumpur terasa amat berbeza sekali. Hisham agak terkejut juga memandangkan dia hanya meninggalkan bumi Malaysia baru lebih setahun. Dia tidak menyangka tubuhnya sudah berasa asing pada cuaca yang agak panas dan lembab. “Encik nak ke mana ?” Ujar pemandu limosin yang baru dinaiki oleh Hisham. “Damansara Height, ini alamatnya. No. 21 Jalan Beringin. Pakcik tahu tempatnya ?” Pemandu teksi sekadar mengangguk menandakan yang dia tahu dimana terletaknya tempat yang ingin dituju oleh Hisham. “Anak ni dari mana ?” Hisham pada mulanya menyangkakan pakcik teksi tersebut tidak mahu berbicara dengannya, jelas sangkaannya meleset. “Saya baru balik dari Amerika pakcik. Saya balik bercuti, berkerja disana.” Sekali sekala pakcik teksi tersebut melihat kearah Hisham memggunakan cermin pandang belakang. Perbualan Hisham dan pakcik teksi tersebut bertambah rancak sehinggakan Hisham sendiri tidak menyedari yang teksi yang dinaikinya sudah pun menghampiri rumah ibu bapa Suraya, yang juga ibu bapa mertuanya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pakcik teksi tersebut, Hisham memerhatikan kearah rumah bungalow yang tersergam indah. Hisham tidak menyangka ibu bapa Suraya adalah golongan yang amat berada. Terlalu besar rumah mereka. Hisham mula berasa agak kekok dan bimbang dengan keadaan yang bakal dihadapinya. Dari perbualan telefonnya dengan Suraya tempoh hari, kedua ibu bapa Suraya sememangnya menanti akan kedatangan Hisham. Pada awalnya, kedua ibu bapa tidak begitu gembira dengan tindakan anak mereka Suraya. Dan mereka juga menyalahkan Hisham kerana tidak bersikap ‘gentlemen’ dalam mengambil anak mereka sebagai isteri. Hisham sudah menjangkakan reaksi tersebut. Malah ahli keluarga Suraya yang lain termasuk abang dan kakaknya turut tidak bersetuju dengan cara perkahwinan adik mereka dilaksanakan. Suraya sudah pun memberi amaran kepada Hisham yang kedatanganya mungkin sukar. Hisham berbisik kepada dirinya sendiri sambil menekan butang intercom yang terletak ditembok pagar rumah, “I have to do it. This is it. Its now or never.” Suara dari intercom memecah lamunan Hisham “Yes, cari siapa ?” Hisham agak teragak seketika, “Assalamualaikum ? Saya cari Cik Suraya. Saya Hisham.” Suara dari intercom itu menyepi seketika. Tidak lama kemudian, pintu pagar automatik dibuka dan pada yang sama, Suraya muncul dari rumah sambil berjalan kearah Hisham yang masih lagi tercegat diluar pintu pagar. “So, how was your flight ?” Hisham memandang kearah Suraya yang mana jelas dia dalam gemuruh. “Are you ok Suraya, you sound nervous. “Mesti la nervous, my mum, dad and the rest of the family is waiting for you. Now I am really not sure as to whether we made the right decision.” Hisham hanya tersenyum. “Sham…you boleh senyum. I serius ni. I hope you play your role well, otherwise you and me, we are dead.” Walaupun Hisham pada mulanya gementar namun apabila melihat keadaan Suraya yang lebih gementar, perasaan tadi hilang dan gantikan dengan perasaan geli hati. “Well, Suraya, we are about to see whether we are dead or not.” Hisham memberi salam sambil disahut oleh ahli keluarga Suraya yang lain. Suraya seperti dijangka hanya mengekori Hisham dari belakang. Hisham bersalaman sambil diperkenalkan kepada dengan kedua ibu bapa Suraya dan adik beradiknya yang lain. Hisham di pelawa duduk bersebelahan dengan kedua ibu bapa Suraya. Suraya yang sebelum ini berada disitu sudah hilang dari pandangan. Keadaan pada masa agak kekok buat Hisham, dia merasakan ianya bukan lagi majlis suai kenal atau menyambut menantu tapi lebih kepada sesi temuduga. “Hisham, auntie dan uncle sebenarnya masih lagi belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan Suraya sudah bersuami. Apatah lagi dengan orang yang kami tidak berapa kenali.” Ibu Suraya, Datin….memecah kebuntuan. “Uncle, Auntie…saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya tiada berniat untuk menyusahkan sesiapa apatah lagi untuk memburukkan nama keluarga uncle dan auntie. Namun pada masa itu, saya dan Suraya bersetuju untuk meneruskan rancangan tersebut memandangkan keadaan yang mana pada masa itu saya dan dia tidak mempunyai masa yang panjang dan bersesuaian. Kami bimbang sekiranya kami tidak berkahwin pada masa itu, ada kemungkinan ianya tidak akan berlaku. Pada masa itu juga, Suraya sudah perlu pulang Malaysia dan saya masih lagi sibuk dengan projek dan tugasan yang mana jangkamasanya saya sendiri tidak dapat pastikan. Sebab itulah kami mengambil tindakan untuk berkahwin terlebih dahulu.” Walaupun kedua ibu bapa Suraya masih tidak berpuas hati, namun mereka agak gembira kerana dari gelagat Hisham, dia sudah pasti datang dari keluarga yang baik-baik.

No comments: