Friday, March 16, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 5

Setelah selesai solat Maghrib di masjid malam tu, Sham ingin membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Isyak tiba. Namun, belum sempat dia membuka Al-Quran, muncul seorang pakcik tua yang berpakaian kemas datang menghampirinya dan duduk bersebelahan dengannya sambil mengucap salam dan menghulurkan tangannya. Sham menyahut salamnya dan menjabat tangan yang telah dihulurkan. “Apa khabar ?” Sham masih lagi tidak tahu siapakah gerangan pakcik tua ini. “Khabar baik pakcik.” Belum sempat Sham menanyakan siapakah gerangan pakcik tua tu, “Anak ni Hisham kan, anak saudara Haji Mansor ?” Pengakuan yang dibuat oleh pakcik itu tentang diri Hisham amat mengejutkan “Macam mana orang tua nie tahu nama aku ?” bisik Sham dan dia bertambah gusar. “Ya….. Tapi maafkan saya pakcik, pakcik ni siapa ?” Barulah Hisham berpeluang untuk mengetahui siapakan gerangan orang tua itu. “Oh…maafkan pakcik, nama pakcik Haji Rahman...maaf kalau pakcik menganggu.” Akhirnya orang yang menjadi sebutan orang kampong memperkenalkan dirinya kepada Hisham. “Tak da la pakcik, saja duduk-duduk sementara menunggu waktu Isyak. Maafkan saya, saya tak kenal pakcik tadi, pakcik apa khabar?” Sham memberitahu pakcik itu yang dia pernah mendengar namanya sebelum ini. “Alhamdulillah sihat. Pakcik diberitahu yang Hisham sekarang ni bekerja di kilang anak pakcik, jadi macam mana kerja dekat sana ? Ada apa-apa masalah ?” Sham terkejut juga kerana Haji Rahman mengetahui tentangnya yang bekerja di kilangnya dan dia musykil siapakah yang memberitahunya walhal sebelum ini Sham tidak pernah pun bertemu dengan Haji Rahman. “Alhamdulillah pakcik, kerja ok. Saya seronok, tak ada apa-apa masalah. Sebenarnya saya kagum sebab di kampung ini ada juga kilang yang agak moden untuk mengusahakan ubat-ubatan tradisional yang berasaskan herba. Saya rasa pakcik seorang yang berjaya dan mempunyai yang orang kata wawasan.” Sham memuji akan usaha Haji Rahman. “mmmm…..memang benar, kalau tengok kilang tu. Tapi tujuan sebenarnya pakcik usahakan kilang itu untuk keluarga pakcik, supaya mereka dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan keluarga. Supaya tak perlulah mereka nak cari kerja, buat susah cari kerja, business keluarga sudah ada. Mungkin pakcik berjaya membina sebuah kilang di kampung ini, namun pakcik rasa, pakcik gagal dalam menyatukan ahli keluarga pakcik.” Sham tidak berkata apa-apa kerana dia sendiri tidak tahu keadaan sebenar keluarga Haji Rahman, namun dia mengerti, Haji Rahman mungkin sudah lama menyimpan kekecewaan ini dan selama ini dia tidak dapat meluahkan perasaan hatinya yang sebenarnya. Sham tidak mahu masuk campur dalam hal keluarga Haji Rahman walaupun dia memang simpati dengan Haji Rahman. Dia sebenarnya juga terkejut dengan pengakuan yang diberi oleh Haji Rahman. “Pakcik, perkara macam ini biasa la pakcik zaman sekarang ini. Pakcik bersabar la. Tapi sekurang-kurangnya kilang pakcik maju dan saya tengok anak pakcik, Cik Malissa pun tekun dan kuat bekerja.” Haji Rahman tidak berkata apa-apa malah dia ingin menutup topik perbualan yang dia sendiri bangkitkan. “Pakcik tidak pernah nampak Hisham sebelum ini ? Anak ni duduk dimana sebelum ini ?” Haji Rahman ingin mengenali Hisham dengan lebih dekat. Dia yakin, Hisham mungkin dapat membantunya kelak. “Saya duduk di KL. Kerja pun kat sana. Saya memang jarang datang ke sini, kali terakhir saya kesini adalah semasa Pakcik Mansor sakit beberapa tahun dulu. Jadi sekarang ini rumah arwah Pakcik Mansor telah diwasiatkan kepada saya. Saya tak pernah jenguk rumah tu sejak Pakcik Mansor meninggal. Namun begitu Pakcik Yassin telah menjaganya dengan baik selepas itu. Selepas Pakcik Yassin meninggal, rumah ini telah terbiar lama. Jadi saya balik ke sini nak tengok keadaan rumah ini dan juga membersihkannya.” Ujar Sham. “Jadi, Hisham bercadang nak duduk kat kampung ni ke ?” Haji Rahman terus mencungkil tentang latarbelakang Sham. “Kalau ikut hati saya, saya nak kerja di KL balik sebab saya dah biasa keadaan disana. Dan saya ada berfikir juga samada nak sewa atau jualkan rumah ini saja. Tapi sekarang ni saya tak berapa pasti. Saya rasa bergantung kepada keadaan.” Haji Rahman hanya menganggukkan kepalanya dan tidak lama kemudian Azan berkemundang menandakan masuknya waktu Isyak.
Hisham dan Haji Rahman meneruskan perbualan mereka selepas selesai solat Isyak dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. “Terima kasih Hisham kerana berbual dengan pakcik tadi. Pakcik berharap kita berjumpa lagi.” “Sama-sama pakcik. Saya amat berbesar hati kerana dapat berbual dengan pakcik, dapat juga saya menimba ilmu sikit dari pakcik. Pakcik orang lama, tentu ada banyak pengalaman.” Haji Rahman hanya tersenyum dan memberi salam perpisahan setelah mereka tiba di depan rumah Hisham.”Assalamualaikum” “Tak naik dulu ke pakcik ?” Hisham mempelawa Haji Rahman ke rumahnya “Tak pa la Hisham, lain kali saja, pakcik minta diri dulu..” “Baiklah pakcik.” Seraya menjawab salam ”Wa’alaikum salam.

No comments: