Friday, March 16, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 10

Malam itu Sham bercadang untuk menghubungi ibunya yang sekian lama menanti akan berita dari dirinya. Dia tahu ibunya hanya bimbang keadaannya. “Ala…..ibu, Sham tak mahu bincang pasal itu lagi…..Sham dah cakap beri Sham masa…bila Sham ready….ibu will be the first to know. I promised.” Sham sebenarnya bukan tidak mahu berbual dengan ibunya Datin Idora tapi isu bila dia hendak berkahwin selalu dibangkitkan oleh ibunya tidak begitu digemari olehnya. “Ibu faham Sham….ibu beri pilihan sepenuhnya pada Sham. Siapa yang Sham pilih, ibu akan terima, tapi kalau Adriana tu, ibu bukan tak suka dia, tapi ibu rasa kau mungkin tak dapat kawal dia. Sekarang ni pun ibu tengok dia dah cuba mengongkong hidup Sham. Dan ibu lihat dia lebih mementingkan dirinya sendiri dari diri Sham. Ibu tak mahu anak ibu jadi hamba pada isteri. Terpulang pada Sham, ibu kalau boleh tak nak masuk campur. Kalau Sham nak ibu recommend, Sham tahu siapa pilihan ibu.” Datin Idora amat mengambil berat tentang anaknya Hisham memandangkan dia seorang sahaja yang masih lagi bujang. Adik-beradiknya yang lain, Haris, Hidayah dan Hazlin semuanya sudah berumahtangga. Sham sedar ibunya mahu dia berumahtangga secepat mungkin. Pilihan ibunya memang Maisarah, dari awal lagi. Namun, buat Sham, Maisarah umpama adiknya sendiri kerana beliau telah kenal dengan Maisarah sejak kecil lagi. Sukar buat dirinya untuk menerima Maisarah sebagai teman hidup apatah lagi beliau bekerja bersama-sama dengannya. “Sham, bila kamu nak balik dari cuti ?” Datin Idora merubah topik perbualan mereka. “Sham tak pasti ibu….mungkin 1 atau 2 bulan lagi. Sham nak relaks. Lagipun ibu tahu la perangai Adriana tu. I really need a break. Don’t worry ibu, kalau ada apa-apa you can always contact me.” Datin Idora sedar kenapa anaknya Sham ‘menghilangkan’ diri. Dia tahu dia tidak perlu memberi ‘lecture’ lagi kepadanya yang mungkin membuat anaknya lebih tertekan. “Sham kat mana nie ? Overseas ? I need you to come back in a month time. Ibu rasa two months is a bit too long. Furthermore do not forget I need you to be around when our JV partner from Japan is here.” Sham hampir terlupa akan perjumpaan itu. Nasib baik ibunya mengingatkannya. “OK. Sham tahu. Ok la ibu I have to go. I will talk to you again.” Sham harus memendekkan perbualan dengan ibunya kerana bimbang Amran mungkin muncul dirumahnya kelak. “Ok Sham, I see you in a month time. Please take care of yourself and enjoy the break. Do not worry about the office, ibu, Maisarah and Sam are taking care things here. Assalamualaikum…” Datin Idora gembira kerana dia tahu anaknya Sham selamat. “Wa’alaikum salam, kirim salam to all…” Sham mengakhiri perbualan dengan ibunya.

No comments: