Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 20

Hari yang dinantikan oleh Haji Rahman dan Sham sudah pun tiba. Pagi itu Sham dan Haji Rahman akan berdepan dengan ahli keluarga Haji Rahman yang menguruskan syarikat HRMed Sdn Bhd. Marleena tidak akan hadir bersama memandangkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat. Anak-anak Haji Rahman serta ibu mereka sudah pun tiba dan diletakkan didalam bilik mesyuarat. Mereka masih lagi tertanya-tanya akan kenapa mereka perlu datang ke syarikat AMC Holdings. Haji Rahman muncul ke bilik mesyuarat sambil disuarakan dengan beberapa soalan oleh anak-anaknya dan isterinya. Namun Haji Rahman meminta mereka bersabar dan menantikan Ketua Pegawai Eksekutif AMC Holdings memberi penjelasan. Kemunculan Hisham bersama dengan dua orang ke dalam bilik mesyuarat dengan pakaian kemas sambil bertali leher menjadikan keadaan anak-anak bertambah resah dan penuh tanda tanya. Hisham melihat kearah ahli keluarga Haji Rahman, Rizal, Mastura, Malissa, Ridzwan dan isteri Haji Rahman. Jelas terpancar dari raut wajah mereka yang mereka dalam keadaan terkejut dan tidak sabar ingin tahu apakah yang sedang berlaku. Hisham mengangguk kearah Haji Rahman seolah-olah meminta izin untuk memulakan mesyuarat. “Assalamualaikum…Selamat Pagi ingin saya ucapkan pada Haji Rahman yang saya hormati dan ahli-ahli pengarah Syarikat HRMed Sdn Bhd. Selamat datang ke AMC Holdings. Sebelum saya menjelaskan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat ini serta agenda mesyuarat pagi ini, saya ingin memperkenalkan diri saya serta wakil Syarikat AMC Holdings. Saya Hisham Dato’ Kamal, Ketua Pengarah Eksekutif AMC Holdings dan disebelah saya ialah Encik Chong, Penolong Pengarah Kewangan dan Cik Azreen, peguam syarikat.” Jelas ahli keluarga Haji Rahman berada dalam keadaan tidak mempercayai apa yang baru saja mereka dengar. Sham melihat kearah Malissa, dia tahu Malissa sudah pasti kecewa kerana beliau sudah ‘ditipu’ dan seolah-olah ‘dipermainkan’. Namun kejutan yang berlaku masih lagi belum selesai. “Saya tahu sebelum ini, saya tidak memperkenalkan diri saya yang sebenar, jadi saya memohon maaf dan apa yang berlaku bukanlah disengajakan. Saya ingin berbalik kepada tentang agenda mesyuarat pada pagi ini. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memberi kata putus tentang pembelian syer Syarikat HRMed majority sebanyak 51% dari Tuan Haji Rahman.” Tidak sempat Sham meneruskan kata-katanya, ianya dipotong dengan keras oleh Rizal dan Mastura. “Apa semua ni…..gila…..Ayah ? Betul kah semua ini ? Kenapa ayah nak jual syarikat keluarga kita ? Kenapa ayah….” Malissa cuba mententeramkan abangnya Rizal. Haji Rahman tidak berkata apa-apa, dia hanya menyepikan dirinya. Isteri Haji Rahman sudah tersandar di kerusi setelah mendengar penjelasan Sham. “Oooo….jadi u nie Sham memang datang ke kilang kami untuk mengintip dan kemudian buat urusan di belakang kami. Awak dah hasut ayah kami supaya menjual kilang kami. Entah apa dah awak bomoh kan ayah kami….” Pedas kata-kata Mastura yang bendiri sambil menunding jarinya kearah Sham. Sham cuba meredakan keadaan. “Bertenang…sabar….minta bertenang…Encik Rizal, Puan Mastura, Cik Malissa, Encik Ridzwan dan Hajjah Rogayah….bersabar…beri saya peluang untuk menjelaskannya…Sebenarnya, saya tidak ada berniat apa-apa, apatah lagi untuk membeli Syarikat HRMed Sdn Bhd. Sebenarnya Tuan Haji Rahman yang membuat tawaran itu kepada saya sebulan yang lalu. Pada awalnya saya tidak begitu bersetuju memandangkan keadaan yang sedia ada pada masa itu. Namun, Tuan Haji Rahman telah berjumpa dengan ibu saya, Datin Idora, iaitu penasihat Syarikat AMC Holdings untuk mengemukakan cadangan beliau. Dari situ, saya telah meneliti profil serta keadaan kewangan syarikat dan sebagai seorang ahli perniagaan, saya tidak dapat menolak potensi yang ada dalam syarikat HRMed dan bagaimana ianya boleh membantu perniagaan produk perubatan Syarikat AMC Holding yang sedia ada. Basically it is a business decisions…..” Penjelasan yang diberi tidak memberikan apa-apa kesan terhadap ahli keluarga Haji Rahman. Ketidak puasan hati serta kemarahan sudah pun menguasai diri mereka. “Tuan CEO, saya tak peduli semua tu. Bagi kami semua di sini kami tidak bersetuju. Kami akan menentang penjualan syer ayah kami habis-habisan. Kami akan buktikan yang sebenarnya ayah kami telah ditipu dan diperalatkan oleh orang yang tak berguna macam you ni.” Sham memerhatikan saja gelagat Rizal. Dia sudah menjangka keadaan akan menjadi seperti ini. “Jom, kita balik. I do not want to be in this meeting anymore. Ini semua pendustaan dan penipuan.” Ahli keluarga Haji Rahman baru sahaja bangun dari tempat duduk mereka, tiba-tiba Haji Rahman menghentak tangannya keatas meja sambil berkata “Duduk !!!” Reaksi yang keras dari Haji Rahman sungguh tidak diduga. Haji Rahman sudah pun berdiri “Kamu semua bercakap seolah-olah aku ni orang yang tidak ada otak, gila dan nyanyok. Ayah masih waras lagi…Memang ayah yang suruh Sham ni beli syarikat keluarga kita….sebab ayah dah tak larat nak tengok perangai-perangai kamu…sombong, berlagak, penipu…” Sham cuba mententeramkan Haji Rahman. Dia tidak mahu perbalahan ini berlanjutan dan dia bimbang Haji Rahman akan berkata sesuatu yang bakal merugikan semua orang. “Ayah lebih percaya si Sham dari ayah percaya kamu semua….itu sebab sebelum syarikat ini lingkup baik ayah selamatkan dan beri pada orang yang lebih layak dan bertanggungjawab. Kalau kamu semua tentang penjualan saham ini, kamu semua derhaka….” Tiba-tiba tanpa diduga, Haji Rahman rebah, pengsan dan sempat disambut oleh Sham yang berdiri hampir dengannya. Keadaan di dalam biliik mesyuarat menjadi hingar bingar dan kucar kacir. Ahli-ahli keluarga mengerumuni Haji Rahman sambil memanggil-manggil namanya. Namun, Haji Rahman tidak memberi apa-apa jua reaksi. “Pulse…ada lagi. Chong ask them to call the ambulance and paramedic right now.” Ujar Sham.

No comments: