Mereka tiba di hospital Gleneagles yang terletak dijalan Ampang Kuala Lumpur. Setelah meletakkan kereta, Sham terus menaiki lif bersama Marleena disisinya menuju tingkat 4 dimana ibu beliau sedang dirawat. Sejak dari perjalanan ke hospital, Sham tidak berbicara apa-apa. Setibanya beliau ke tingkat 4, dia melihat adik-beradiknya serta adik iparnya sudah pun berada di situ. Kehadiran Sham disedari oleh ahli keluarganya, dan mereka melihat Sham tiba bersama dengan seorang wanita yang mereka tidak kenali yang menimbulkan pelbagai tanda tanya. Sham terus menghampiri adiknya Haris…. “How is she ?” Haris tahu abangnya sudah pasti ingin tahu segalanya mengenai keadaan ibu mereka. “The doctor is with her now. We still do not know whats wrong with her. Kita kena tunggu doctor selesai. Ok bro ?” Hisham berasa amat cemas. Ibunya tidak pernah sakit sebelum ini. Dia berharap ianya tidak serius. “Alright….” Sham hanya mampu mengeluh. Jawapan yang diberi tidak menenangkan perasaan hatinya. “Abang Long…..?” Sham menoleh ke arah adik perempuannya Hidayah “Abang Long ni betul la tak ada budi bahasa ….Tak nak introduce your new friend or shall I say new girlfriend ?” Marleena tidak menunggu Sham untuk memperkenalkan dirinya….dia tahu Sham terlalu focus memikirkan keadaan ibunya. “Saya Marleena….” Hidayah, adik Sham menyambut salaman Marleena dengan penuh mesra. Sham tidak sempat berbuat apa-apa, dia hanya memerhatikan sahaja kerenah adiknya yang sememang terkenal dengan sikap yang agak ‘kecoh’. Sham sedar, kesemua ahli keluarganya sememangnya ingin berkenalan dengan wanita yang datang bersamanya. Tanpa membuang masa, Hidayah secara sendiri memperkenalkan Marleena kepada kesemua ahli keluarga Sham. “Marleena….saya kenalkan….ini Haris….sebelah tu…isteri Haris, Nur Aishah, yang ini Hazlin our youngest sister and this is my husband Razman. Have sit….” Hidayah mempelawa Marleena duduk bersebelahnya. Marleena merasa agak terkejut dan kekok dengan kemesraan yang agak luar biasa ditunjukkan oleh ahli keluarga Sham terhadapnya walaupun baru kali pertama bertemu. Namun perasaan gementar dan segan Marleena pada awalnya sudah pun mula hilang. Sham masih lagi berbincang sesuatu dengan adiknya Haris dan adik iparnya Razman, dia tidak mahu terbabit dalam sesi perkenalan Marleena. “So, Marleena…dah berapa lama kenal dengan Abang Long….sorry Abang Sham….?” Marleena agak terkejut dengan persoalan yang dibangkitkan dan jelas sekali Hidayah tidak ada segan silu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Marleena. Kali ini, mereka merasakan Abang Long mungkin telah pun berjumpa dengan pasangan yang sesuai buatnya. Entah kenapa, hati Hidayah merasakan begitu. Hisham sudah mula resah dan bimbang meninggalkan Marleena bersendirian dengan adiknya Hidayah. Dia pasti adiknya Hidayah sudah pun menjadi pemberita berita harian metro yang tidak bertauliah. “Marleena, do not pay attention to her…dia nie kaki menyibuk….suka jaga tepi kain orang….” Secara tiba-tiba Sham muncul dan duduk bersebelahan dengan Marleena. “Ala…Abang Long ni….kita bukan buat apa-apa pun….cuma nak tahu macam mana both of you jumpa each other….salah ke….lagipun if you asked me….this time Abang Long make the right choice….” Adiknya Hidayah tersenyum dan senyumannya dikongsi bersama oleh Hazlin dan Nur Aishah. Usikan adik Sham membuat Marleena terasa malu. Senda dan gurauan yang mengandaikan dia dan Sham mempunyai hubungan istimewa membuat suasana tidak begitu selesa buat Marleena. Namun, perbualan mereka semua terhenti dengan tiba-tiba dengan kehadiran Adriana yang tidak diduga. “Shit….who asked her to come here ?” Nada perlahan tapi keras dilemparkan oleh Sham kepada adiknya Hidayah dan Hazlin. Adriana seperti mana selalunya tidak menegur sesiapa malah dengan kurang sopan terus saja menuju ke arah Sham masih lagi duduk bersebelahan dengan Marleena. “Who is that ? Is she your new girlfriend ?” templak Adriana tiba-tiba tanpa menghiraukan yang ahli keluarga Sham dan orang lain yang berada disitu. Marleena amat terkejut dengan apa yang sedang berlaku malah kata-kata yang dilemparkan kepadanya amat menyakitkan. Namun Marleena mengambil keputusan untuk mendiamkan dirinya memandangkan dia tidak tahu apakah sebab perempuan itu memarahinya dan Sham. Sham sudah lama bersabar dengan sikap Adriana selama ini, namun dia sudah hilang sabar dengan sikap Adriana yang sombong dan terlalu penting dirinya sendiri. “Adriana this is a hospital…..for God sake…my mum is sick…so I wish you could please hold your mouth for just few minutes ok….please do not make a scene here…” Kata-kata keras Sham tidak diendahkan oleh Adriana malah dengan nada sombong serta penuh sindiran…. “Hey perempuan….kau tak da jantan lain ke kau nak cari….dia ni aku punya…..kau tak malu ke merampas hak orang….” Kata-kata sinis Adriana mengejutkan semua orang berada disana, namun ahli keluarga Sham masih membisu kerana mereka tidak mahu mencampuri urusan Abang Long mereka. Marleena sebenarnya amat marah dan tercabar atas kata-kata dan tingkah laku Adriana, namun dia perlu bersabar untuk tidak mengeruhkan suasana yang tegang itu. Tanpa diduga…Sham terus bangun dari tempat duduknya lalu berdiri di antara Adriana dan Marleena. “Kau ni Adriana memang kurang ajar dan mulut kau tu celupar. Kau nie tak malu ke dengan perangai buruk kau tu…..you better say sorry to her now….” Tindakan Sham mengejutkan Marleena yang jelas tidak menyangka Sham sanggup berbuat begitu dan mempertahankan wanita yang ‘merampas’ kekasihnya. Selalunya Sham akan membawa cuba membawa Adriana ketempat lain dan memujuknya. Namun kali ini apa yang disangkakan oleh Adriana meleset. “You are asking to me to say sorry to this slut ?….It is you and her that must say sorry to me…..you tahu tak ?” Pedas templak Adriana. Sham sudah tidak tahan lagi dengan Adriana yang jelas sudah melampaui batas…. “You better get out from my face right now….before I do something that you will regret….leave now…kalau dia girlfriend I…that’s my f***ing business….” Keras kata-kata Sham, ahli keluarga Sham sendiri tidak percaya tindakan abang mereka kali ini. Adriana agak terkejut dengan kata-kata Sham yang sebelum ini tidak pernah berkasar dengannya walaupun Adriana pernah memaki hamunnya di depan khalayak ramai. Namun kali ini dia lebih sanggup mempertahankan maruah perempuan yang dia tidak kenali dan memarahinya. Dengan suara yang terketar-ketar… “Sampai hati kau Sham….you sanggup pertahankan perempuan jalang tu dari I…I nie girlfriend you….” Tanpa diduga satu tamparan hinggap di pipi Adriana…..suasana tiba-tiba menjadi sunyi sepi….tiada siapa diantara mereka menyangka Sham akan bertindak demikian terhadap Adriana…..Adriana tanpa berkata apa-apa terus saja berlari meninggalkan mereka dengan tangisan teresak-esak….Keadaan sunyi sepi itu dikejutkan dengan kehadiran doktor yang sudah selesai memeriksa ibu mereka. Jelas terbayang diwajah doktor itu, yang dia agak terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Sham memecahkan kebuntuan suasana “How is she doctor ?” Doktor memandang kearah ahli keluarga Sham sambil berkata “She is doing fine….there is nothing to worry about….” Hisham berasa amat lega dengan laporan awal itu. “So what’s wrong with her doctor ?” adik Sham Hidayah mencelah. “Actually your mum suffers from low blood pressure…nothing to be alarm….I have give her some medication….but I suggest she stay overnight for further observation….just to make sure.” Sham berasa amat lega mendengar akan penjelasan yang dibuat. “What cause her to have low blood pressure, doctor ?” Giliran Haris pula untuk bersuara. “Well, there are many factors….but it is about low sugar intake….so I would suggest you make sure she take enough carbo each day….I will give you some proposed diet for her….so that she will recover from this…” Sham dan ahli keluarga yang lain berasa bersyukur kerana kesihatan ibu mereka tidaklah begitu serius sepertimana yang mereka jangkakan. “OK, thanks doctor…..could we see her…?” Sham meminta izin untuk berjumpa dengan ibunya. “Sure…but I suggest only 2 people at any one time as she needs her rest…” Sham tidak menunggu, lalu dia mengajak Marleena untuk berjumpa ibunya “Marleena….let’s see my mum….” Marleena tidak menyangka Sham akan mengajaknya, namun dia tidak dapat menolaknya kerana jelas adik beradik Sham yang lain langsung tidak membantah malah mereka sememangnya sudah menjangka beliau dan Sham akan masuk dahulu berjumpa dengan ibu mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment