Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 14 (Continue)

Petang itu, Amran terus ke rumah Sham sejurus dia pulang dari tempat kerja. Dia melihat Sham duduk termenung diatas anak tangga rumahnya. “Macam mana kau Sham ? Kau nak ceritakan pada aku yang yang terjadi pagi tadi.” Amran sudah tidak sabar ingin mengetahui perkara yang telah berlaku. Sham menceritakan segala-galanya pada Amran. “Aku tak percaya betul mereka buat macam tu. Apa punya jenis orang mereka ni. Mereka tak ingat ke dulu….. dia orang macam mana…..ini lah orang melayu maju sikit, nak action, sombong. Kalau aku tahu mereka buat kat kau macam tu tadi, nak aku juga beri sepatah dua kata kepada mereka. Mereka ingat mereka besar ke ?” Dengan penuh nada kemarahan Amran berkata-kata. “Tak pa Amran, lupakan saja. Aku tak apa-apa. Silap aku juga. Sepatutnya aku tak masuk campur dalam urusan mereka. Lagipun aku bukan setaraf dengan mereka.” “Apa kau cakap ni Sham ? Dia orang tu yang tak setaraf dengan kau.” Sham hanya membisu, dia sedar kata-kata Amran memang benar. Dia masih lagi belum lagi menjelaskan kepada Amran sebab beliau menyembunyikan identity dirinya yang sebenar. “Amran, aku nak katakan sesuatu. Aku berharap kau dengar apa yang nak aku cakapkan.” Amran dengan nada suara yang rendah bersetuju.

”Aku tak ada niat nak tipu kau, Amran.” Sham memulakan penjelasan tentang dirinya yang sebenar. Amran tidak berganjak dari tempat duduknya. “Sebenarnya aku balik ke kampung Ulu Sayong ini kerana aku nak mencari ketenangan. Masa tu aku banyak masalah peribadi. Bukan masalah kerja, tapi masalah diri aku, masalah makwe dan benda-benda bodoh yang lain. Masa aku menghilangkan diri tu, aku tak beritahu sesiapa kecuali kawan baik aku, Sam yang kau jumpa tempoh hari. Ibu aku malah ahli keluarga aku pun tak tahu. Mereka ingat aku pergi cuti. Dia lah yang dok cover untuk aku selama ini. Aku tak nak orang kenal aku, Amran. Maksud aku…..kenal diri aku sebagai CEO AMC Holdings, orang yang berpengaruh, orang berpangkat atau orang yang berharta. Aku nak orang kenal aku sebagai Sham, macam orang biasa, macam orang lain kat luar sana. Aku berkawan dengan kau Amran, ikhlas. Aku bukan tengok latar belakang kau, harta kau, status kau dan lain-lain. Semua tu tak penting bagi aku. Yang penting buat aku adalah diri kau sendiri. Yang di dalam hati kau tu. Kalau aku berkawan dengan kau dengan sebab aku nak sesuatu dari kau atau saja-saja seronok nak tipu kau, sekarang aku beritahu kau Amran, tidak ada langsung sebab macam tu. Memang aku tak jujur dengan kau Amran tapi aku tak pernah pandang hina pada kau Amran. Malah aku kagum dengan sikap kau. Kau bersemangat, tak mudah lupa diri dan kau yakin dengan diri kau. Kau ingat aku hairan dengan apa yang aku ada ni, syarikat, kemewahan, status dan lain-lain. Bagi aku itu semua tak penting kalau diri aku ni sombong, tak ikhlas, tak jujur, berlagak, sombong, lupa diri…..maksudnya aku bukan manusia, haiwan pun bukan, tak tahu apa nak dikategorikan. Aku cuma nak orang terima aku sebagai diri aku, bukan aku sebagai Muhammad Hisham bin Datuk Kamal CEO AMC Holdings.” Sham menanti akan dengan reaksi Amran setelah beliau menjelaskan segalanya. “Aku tahu tu Sham. Aku tahu kau memang tak da niat nak buat semua ni. Aku tahu kau memang tak memilih dalam berkawan, aku hargai semua tu, akan tetapi…..tindakan kau itu sebenarnya menimbulkan persoalan dalam diri aku, ianya seolah-olah macam kau tak percaya kat aku.” Ujar Amran. “Amran, kalau aku cakap pada kau dulu siapa diri aku yang sebenarnya dari A sampai Z, kau percaya kat aku tak ? Kau akan kawan dengan aku macam ni sekarang ? Aku rasa belum tentu, Amran. Sudahlah Amran, kita lupakan perkara remeh ini……kecil je. Yang penting buat aku adalah…..aku tak nak persabahatan kita tergugat kerana perkara ini. Itu sebab aku menerangkan pada kau sekarang ini. Bagi aku…. kau tetap kawan aku. Tidak ada apa-apa yang berubah. Aku tak berubah. Cuma sekarang ni kau tahu aku ni siapa sebenarnya.” Sham menghulurkan tangannya ke arah Amran sebagai tanda berdamai. Amran melihat seketika, lalu dia menyambut tangan Sham. “Satu lagi Amran, aku harap kau jangan beritahu sesiapa.” Amran hanya mengangguk tanda setuju.

No comments: