Friday, March 16, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 7

Sham dan Amran sedang menikmati makan tengahari di gerai Kak Milah yang terletak berhampiran dengan kilang mereka bekerja. Sham mencuit Amran, “Cik Malissa dengan siapa tu ?” Amran melihat kearah Malissa yang berjalan ke arah gerai Kak Milah dengan ditemani oleh beberapa orang yang Sham tidak kenali. “Ohhh…itu abang, kakak dan adiknya. Abang dia tu Ketua Pengarah, Kakak dia Ketua Bahagian Kewangan dan adik perempuan dia, Ketua HRMed.” Yang sorang lagi tu siapa, yang dibelakang abang dia ?” Sham cuba mengingatkan Amran bahawa dia telah terlupa satu orang lagi. “Haaaa….. yang itu la Nizam, anak Tok Penghulu. Yang aku cakap kat engkau tempoh hari.” Sam hanya memerhatikan reaksi Sham. Dia tahu Sham mungkin sudah mempunyai minat terhadap Malissa. “Oooo…..” Sham hanya mengangguk sambil memerhatikan mereka yang sudah tiba ke gerai Kak Milah untuk makan tengahari disitu. Masa itu dia teringat kembali perbualannya dengan Haji Rahman sebelum ini yang telah menyentuh tentang keluarganya.

Gerai Kak Milah memang sibuk pada hari itu tidak seperti hari-hari yang lain. Malissa serta adik-beradiknya duduk di meja menghadap ke arah dimana Sham dan Amran duduk. Malissa sekali-sekala mencuri untuk memerhatikan Sham dan Amran, namun mata mereka tidak bertentangan kerana tidak mahu orang lain mengetahui apa yang sedang dia lakukan. Sham pun begitu, namun dia juga tidak mahu berkelihatan begitu ketara apatah lagi dengan Amran di sebelahnya. Dia tidak nafikan, dia ingin mengetahui lebih lanjut tentang Malissa, sememangnya ada satu tarikan, namun keadaannya dan suasana amat berbeza sekali kali ini yang belum pernah Sham lalui. Sham dan Amran terus menikmati makan tengahari mereka tanpa begitu menghiraukan kehadiran orang-orang “kuat” kilang mereka. “Sham, kau perasan tak tadi, Cik Malissa kita tu asyik dok tengok kita. Oppss…bukan kita….dia dok tengok kau.” Amran memberitahu Sham setelah mereka tiba di depan pintu masuk kilang. Sham tahu Amran cuba mengusiknya. “Tak perasan pun. Kalau dia tengok apa salahnya. Dia nak check juga anak-anak buah dia, mana tahu ambil lebih masa pergi makan, curi tulang ke.” Sham sengaja mengelak. “Kau ni buat-buat tak nampak pulak ke atau malas nak terima yang Cik Malissa tu pun mungkin ada hati kat kau.” Amran terus cuba mengusik Sham. “Kau ni Amran…..jangan nak mengarut. Dulu kau pun cakap, aku ni siapa. Kucing kurap. Dia kucing Persian. Mana boleh ngam da. Lagipun aku orang baru, dia nak make sure aku ni betul ke, mana lah tahu penyangak ke, penipu ke….” Amran menggelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju dengan penjelasan Sham. “Kau ni memang betul buta. Mungkin pasal tu….kau….perempuan yang special pun tak da, bukan tu aje, entah-entah kawan perempuan pun tak da juga.” Sham tidak menghiraukan lagi kata-kata Amran, dia terus memulakan kerjanya dan perbualan mereka terhenti disitu. Terlalu banyak pembungkusan harus dibuat pada hari itu.

No comments: