Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 26 (Continue)

“Rancak tadi akak tengok berborak. Tadi kata segan la.” Noni mengusik Suraya di dapur sambil mencuci pinggan mangkuk. Suraya tahu dia telah terlalu awal memberi alasannya. “Tak da la. Biasa je. Kak Noni dan Abang Razak memang sengaja tinggalkan Sue dengan Hisham. Bukan Sue tak tahu. Habis tak kan kami nak membisu je. Kena la bercakap.” Noni tersenyum riang kerana dia tahu sekurang-kurangnya rancangannya agak berjaya. “Kak Noni, sebelum ni Hisham buat apa ? Dia duduk kat KL kan ke sebelum ni ?” Noni memerhatikan Suraya yang sedang membilas pinggan mangkuk dan mula berasa pelik kenapa tiba-tiba sahaja dan begitu cepat Suraya ingin tahu mengenai diri Hisham. “Lain macam je soalan tu. Kenapa Suraya nak tahu ? Tadi kenapa tak tanya pada Hisham je sendiri ?” Ianya lebih merupakan soalan perangkap. “Bukan macam tu. Memang la nak tanya, tapi Akak dan Abang Razak dah siap nyanyi dan bawa kek, mana nak sempat. Lagipun Akak, entah la Suraya tengok Hisham tu, dia tak nampak macam orang kerja construction. Tapi lebih macam orang korporat. Dressing dia walaupun casual tapi smart. Jadi macam ada yang tak kena je.” Noni ketawa kecil, akan tetapi dia tidak dapat meneruskan perbualannya kerana Razak yang dari tadi sibuk menidurkan anak-anak tiba-tiba muncul di dapur. “Ada cerita apa ni ? Seronoknya nampak ?” Rasa segan mula meresap ke dalam jiwa Suraya. Tiba-tiba dia rasa agak malu untuk membincangkan hal Hisham di depan Abang Razak. “Tak ada apa-apa. Cuma women talk.” Noni sudah dapat mengagak ketidak selesaan Suraya, dia tahu perbualan tadi tidak dapat diteruskan lagi. Suasana yang tiba-tiba sunyi membuat Razak berasa tidak begitu selesa. Dia tahu dia perlu beredar dari situ. “Okla ladies, I leave you gals alone. I nak tengok tv.” Noni memerhatikan sahaja Suraya tanpa berkata apa-apa dan melihat Razak berlalu pergi.

“So ada apa-apa yang menarik ?” giliran Razak pula untuk mengorek berita. “Tak da apa-apa. Biasa la Suraya just curious about Hisham.” Razak tersenyum sambil duduk dihujung katil. “That fast....tak sangka pulak. Bagus la macam tu. Apa yang dia curious ?” Noni sedang mencuci mekap di mukanya sambil membelakangkan suaminya. “Dia curious sebab dia rasa Hisham tu tak macam orang kerja kontraktor, lebih nampak macam orang korporat. Which is true anyway. Tapi I tak cakap la kat Suraya siapa Hisham sebenarnya. I think it is inappropriate for me to tell about some background to other person.” Noni memerhatikan gelagat suaminya dari cermin. Dia tahu Razak ingin tahu selanjutnya. “My opinion, she seems to have a bit interest, tapi more of out of curiousity la, nothing else. Because I rasa dia tahu mesti ada sebab Hisham datang ke sini. Lagipun dia pun datang ke sini pasal nak lari dari masalah famili dia di Malaysia. She feel that Hisham pun might have similar issues kat Malaysia. I mean masalah peribadi la. I think she is curious about that. Not to get to know Hisham personally.” Penjelasan yang diberi oleh Noni sebenarnya agak mengembirakan Razak kerana dia tahu sekurang-kurangnya sepupunya ada juga menunjuk minat walaupun ianya tidaklah begitu jelas.

No comments: