Friday, March 16, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 6

Sham masih lagi memikirkan tentang pertemuannya dengan Haji Rahman. Walaupun dia tidak mahu menanya dengan lebih lanjut apakah masalah yang dihadapi oleh Haji Rahman, dia tertanya-tanya apakah yang telah berlaku didalam keluarga Haji Rahman sehingga dia sendiri berasa simpati dan dapat merasakan akan tekanan yang dihadapi oleh Haji Rahman. Dia tahu Haji Rahman berasa keseorangan dalam menghadapi serta mencari penyelesaian dalam masalah dalaman yang sedang beliau lalui kerana dia sedang mengalami keadaan yang serupa walaupun suasana yang berbeza sekali.

Sham ingin pergi bersiar-siar dengan basikalnya pada pagi itu sambil melihat keadaan sebenar kampung Ulu Sayong. Dalam perjalanan keluar, dia bertembung dengan Haji Rahman yang sedang menunggang motorsikal dari arah yang bertentangan. “Assalamualaikum….” Haji Rahman memberi salam terlebih dahulu. “Wa’alaikum salam….” Jawab Hashim sambil melemparkan senyuman. “Nak kemana Hisham ?” ujar Haji Rahman “Saja jalan-jalan nak makan angin. Lagipun saya tak pernah pusing satu kampong ni. Jadi nak tengok-tengokla. Duduk rumah….pun bosan juga dihari cuti minggu nie.” Haji Rahman mengerti akan kehendak Hisham itu. “Kalau macam tu, tak payah bawa basikal, naik motor dengan pakcik. Pakcik boleh bawa Hisham pusing satu kampung.” Hisham tidak menyangka akan pelawaan Haji Rahman itu. Hisham berasa serba salah, betul ke orang tua ni. Kalau boleh dia ingin menikmati keadaan kampong bersendirian. Namun dia tahu yang Haji Rahman perlukan seorang teman berbual, maka tanpa dia berfikir panjang dia pun terus bersetuju dengan cadangan Haji Rahman itu. Sejak itu, hubungan Hisham dan Haji Rahman menjadi rapat. Seperti juga Amran, Hisham tidak menceritakan siapakah dirinya yang sebenar. Buatnya, mereka tidak perlu mengetahui apa-apa.

Telefon bimbit Sham sudah pun berbunyi beberapa kali, Sham sendiri pun sudah tidak dapat mengira sudah berapa kali ianya berbunyi. Namun sebenarnya ianya sudah beberapa hari berbunyi dan Hisham tidak memperdulikannya, kerana dia tahu itu semestinya Sam. Kali ini, dia terpaksa menjawab telefonnya, sejak dia pulang dari masjid, telefon itu telah pun berbunyi tanpa henti-henti. Tertera di telefon, nama Sam. “Hello….” Hisham menantikan jawapan dari Sam. “Sham, aku lah, Sam. Mana kau pergi ni ? Kenapa kau tak telefon aku balik ? Bagai nak giler aku telefon kau, dapat voice message kau je....” Dengan nada penuh kekecewaan Sam memberitahu Sham. Sham tahu sudah tentu ada benda yang mustahak yang telah berlaku dimana Sham perlu diberitahu. “Ala aku sibuk la. Kan hari tu aku dah beritahu kau, aku tak nak diganggu. Aku nak relaks. Lagipun aku baru je balik dari masjid, penat le. Apa hal kau call ni ? Kelam kabut je bunyinya.” Sham ingin tahu apa yang penting sangat sehingga Sam menelefonnya. Sudah tentu perkara yang urgent. “Memanglah kelam kabut sebab ramai orang cari kau. Aku dah kering air liur beritahu dia orang yang aku tak tahu. Dia orang kata kau tak jawab telefon langsung. Hilang entah kemana.” Sham mendengar Sam mengomel. “Memang lah aku tak jawab sebab telefon yang itu, aku tak bawa, aku tinggalkan kat ofis. Yang aku bawak ini, telefon peribadi aku. Aku dah beritahu kau sebelum aku pergi dulu, aku tak mahu diganggu. Eh….Kau ada bagi no. ni kat orang lain ke ? Kalau kau ada bagi siapkan kau Sam, kau kena dengan aku nanti.” Sham bimbang Sam akan mungkir janji dengannya. Nombor telefon bimbit peribadinya hanya segelintir rakan-rakannya yang tahu. “Mana ada. Kau dah cakap kat aku jangan bagi kat sesiapa. Aku ingat la.” Sam cuba menyakinkan Sham. “So keadaan office macam mana ?” Sham meneruskan perbualannya. “Office ok. Tak da masalah, macam biasa la. Semua isu-isu yang kau nak aku selesaikan sebelum kau pergi bercuti dah settle. Lain-lain hal small matter, under control. Kau macam mana? Cuti ok?” Sam bertanya akan keadaan Sham disana. “Aku, biasa, ok. Best dapat relaks kepala otak aku ni. Tanpa semua orang yang suka ganggu aku. Tapi, sekarang ni aku dah bekerja kat satu kilang ni sebab boring juga duduk kat rumah tu tak buat apa.” Ujar Hisham. “What…???? Kau dah gila ke Sham ? Dulu kau kata kau nak bercuti, sekarang ni kau pergi kerja kilang pulak. Apa la kau Sham. Kata kejap je nak cuti, sekarang dah nak masuk 3 minggu lebih. Ibu kau dah bising pasal kau tak masuk bekerja lagi. Kau nak duduk kat sana ke ? Ini pulak kau pergi kerja kat kilang entah kat mana. Apa kau nak buat nih ?” Sam sangat hairan dengan perangai Sham sejak kebelakangan ini. Dia banyak membuat sesuatu keputusan dalam keadaan spontan tanpa banyak berbincang sepertimana yang selalu dibuatnya sebelum ini. Sham tak berkata-kata apa, malah dia terus membisu. Dia malas nak menjawab soalan-soalan Sam itu. Namun belum sempat dia menyambung kembali perbualannya kembali, Sam meneruskan lagi celotehnya. “Ha, lagi satu, makwe giler kau tu, Si Adriana tu punya bengang dengan aku tempoh hari . Hari-hari dia telefon aku, maki-hamun aku dan ugut aku. Dia nak tahu kau kat mana. Mana aku tahan. Awek kau tu memang tak centre la otak dia tu. Kau tak kesian ke kat member kau nih ?” Sam membebel kepada Sham. Sham tahu dia membebankan Sam. Namun dia tidak ada banyak pilihan. “Aku memang lah tak plan macam tu. Tapi aku rasa seronok kat sini. Kepala otak aku tak beserabut macam kat office tu. Nanti aku rasa dah ok, aku balik lah ke KL. Ala, syarikat tak lingkup kalau aku tak da pun. Lagipun ibu aku kan ada, budak kesayangan ibu aku pun ada, siapa tu…..haa….Maisarah….. Kau pun ada. Ibu aku tu kau tak perlu risau la Sam, nanti aku akan call dia lepas ni. Settle. Dia ibu aku, pandai la aku main politik dengan dia.” Sham cuba menenangkan perbualan telefonnya bersama Sam yang jelas Sam dalam keadaan tertekan walaupun dia tak da kena mengena dengan masalah Sham. Sam berasa lega akhirnya kerana dapat meluahkan isi hatinya. Sekurang-kurangnya dia tahu Sham memahami keadaan. “Si Adriana macam mana pulak ? Jangan kau buat lupa pulak. Aku memang dah tak tahan kena maki hamun dengan dia. Mulut dia tu celupar sangat, tak ada insuran, ikut sedap dia je. Nasib baik aku tak maki balik. Kalau aku tak kenangkan dia awek kau, dah lama aku sembur balik kat dia tu. Aku rasa aku pun nak pergi cuti juga macam kau.” Sam memberitahu Sham dengan nada yang keletihan. “Biarkan Adriana tu. Kau tak usah layan dia sangat.” Sham dengan selamba berkata. “Hoi Sham, kau cakap senang. Bukan kau yang berdepan dengannya. Awek kau tu gila. Tak boleh kawal diri. Mulut dia tak boleh berhenti macam mak nenek. Insuran pun dah tak jalan dah. ” Sham tidak mahu isu Adriana dipanjangkan lagi. Dan dia tahu satu hari dia harus menyelesaikan masalahnya dengan Adriana face to face, tapi bukan sekarang. “Dah lah Sam, kau cakap kau tak tahu sudah. Nanti dia faham lah. Aku tak boleh nak cakap lama, nanti orang kat sini tahu aku siapa. At this moment, aku suka keadaan di sini. Tenang. Don’t worry bro, aku akan balik juga nanti, now…just not the time yet.” Sam tidak memahami rakannya Sham yang sekarang lebih pentingkan dirinya sahaja. “Suka hati kau la Sham. Tapi ingat berapa lama kau nak tipu diri kau tu. Satu hari nanti rahsia kau tu akan diketahui juga. Kau ingat orang kampung tak kenal kau ke….?” Sam memperingati Sham akan siapa dirinya yang sebenar, namum Sham tidak mengendahkan akan peringatan itu. Buat dirinya, keadaan masih terkawal dan tidak apa yang perlu dibimbangkan. “Oh…Sam jangan lupa jaga motor aku tu elok-elok. Nanti kita contact lagi. Kalau ada apa-apa emergency, kau tahu nak contact aku macam mana.” Setelah selesai perbualan itu, Sham tahu dia perlu pulang ke Kuala Lumpur untuk seketika. Kalau tidak besar kemungkinan masalah itu akan menjadi lebih besar dan akan menyusahkan orang lain.

No comments: