Tuesday, March 20, 2007

Pengorbanan Yang Sepi - Chapter 16 (Continue)

Waktu menunjukkan jam 2:30 petang, Marleena dan Sham sudah tiba di KL dan Sham menyarankan untuk pergi makan tengahari. Marleena sememangnya tidak dapat mengagak jalan di KL dan dia mula rasa berterima kasih kepada ayahnya kerana menyuruh Sham mengikutinya. “What about if kita makan di KLCC, di sana ada few restoran yang ok…..varieties…..so what do you think….?” Sham merenung kearah Marleena. “Ok….whatever you think best…I ikut je.” Marleena sedar akan tenungan dari Sham, dia hanya mampu melemparkan satu senyuman kecil. Sham membawa Marleena makan tengahari di Shrooms. Setelah selesai makan tengahari, Sham membawa Marleena bersiar-siar di KLCC sebelum membawa beliau ke tempat untuk bermalam. “Sham….Sham…” kedengaran orang memanggil Sham dari arah belakang. Sham dan Marleena sama-sama menoleh dan kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas dan bertali leher bersama seorang wanita yang memakai suit berwarna ‘navy blue’ tersenyum sambil berjalan kearah mereka. “Hey......Zul…Shima….how you guys doing ?” Sham kelihatan gembira bertemu dengan mereka. Shima dan Zul merupakan kawan rapat beliau semasa belajar diluar negara dahulu. “We are both fine….you macam mana ? Lama tak jumpa….heard you were on holiday…?” Zul menanya khabar sambil mengerling ke arah Marleena yang berdiri bersebelahan Sham. Memang tidak dapat dinafikan Zul dan Shima sebenarnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang wanita yang bersama dengan Sham yang masih mereka tidak kenali. Zul dan Shima ingin mengetahui lebih lanjut siapakah gerangan gadis yang jelas menarik perhatian beberapa lelaki disitu. Mereka juga curious apa sudah jadi kepada Adriana, girlfriend giler Hisham sebelum ini. “I am ok….macam biasa….nothing much. Yes I am on holiday. Need some break. You guys dari mana ?” Sham masih tidak mahu memperkenalkan Marleena kepada Zul dan Shima. Marleena hanya memerhatikan sahaja perbualan mereka dan sudah merasa agak “out of place” dengan tindakan Sham itu. “Baru habis lunch….Sham, who is your lady friend ?” Zul memecahkan kebuntuan, Sham baru tersedar dia telah secara sengaja telah meminggirkan Marleena….”Oh ya….I sorry guys…let me introduce this is Marleena…Marleena…this my good friends….Zul and his wife…Shima….” Mereka bersalaman. “Hello….please to meet you…” Zul dan Shima memberi satu senyuman yang penuh teka teki. “Well Sham….you have done well…..girlfriend baru ke ?” Shima mengusik Hisham. Sham secara spontan berkata “No….she is not my girlfriend….just a new friend…ok..” Zul dan Shima jelas tidak mempercayai kata-kata Sham itu. “Whatever you say…but I tak percaya…and my husband pun tak percaya.” Mereka tersenyum sambil melihat ke arah Marleena yang jelas menjadi kurang selesa dengan usikan Zul dan Shima itu. Zul dan Shima masih lagi memandang ke arah Marleena seolah-olah menantikan perakuan darinya. Marleena sedar diharus bersuara “What he said is true….we are just friends..” Zul dan Shima hanya tersenyum sesama mereka. Sham hanya mengelengkan kepalanya kerana dia tahu mereka tidak akan mempercayainya. “Ok la Sham….nanti when you are really back from holiday, we go out together to catch up on things….and do please bring Marleena along. We have to go….and Marleena….one word of advice….jaga-jaga sikit dia ni….dia ni buaya paling besar kat KL ni.” Marleena dengan spontan tersenyum mendengar kata-kata Zul itu. Zul dan Shima mengucapkan selamat sejahtera dan mereka terus berlalu. Marleena hanya melihat kearah Sham sambil menanti akan “response” dari Sham. “They are just kidding…..okay.” Marleena memberi reaksi yang mana seolah-olah dia mempercayai kata-kata Zul dan Shima. “You know what….that one susah I nak percaya kata-kata you.” Marleena terus berjalan tanpa menunggu Sham dan meninggalkan Sham untuk mengejarnya.

Sham dan Marleena baru sahaja memasuki ke dalam kereta untuk beredar dari KLCC apabila telefon bimbit Sham berbunyi…”Hello ?....Ya Haris…..Abang Long nie….What ? Bila ? What happened ?....OK….where is she now ? Alright…I will be there shortly…Ok…I will see you there….” Marleena tahu ada sesuatu yang telah berlaku….sesuatu yang tak baik…..Wajah Sham penuh dengan kebimbangan. ”Sham….something wrong ?” Sham melihat kearah Marleena dengan wajah yang jelas dalam kebuntuan. “Yeah….my mum is admitted to the hospital….they said she passed out at home….I need to get to the hospital….I hope you don’t mind to go there….if it is not inconvenience…..unless you have other plans….” Sham tidak mahu lagi kemana-mana. Buat dirinya, dia mesti pergi melawat ibunya secepat mungkin yang boleh. Dia tahu dia terpaksa membawa Marleena bersama-samanya kerana dia tidak mahu meninggalkan Marleena bersendirian. Kata-kata Marleena menyedarkan Sham dari lamunannya “Its ok Sham. You have to go the hospital. I will be fine. I can just grab a cab from here.” Marleena tidak mahu melengahkan Sham. “No…no…I rasa tak sedap hati if I leave you like this. Why don’t you just follow me to the hospital and then I take you the hotel.” Marleena sedar Sham serius tentang perkara. Dia tidak mahu berbicara lebih lanjut, “Ok Sham I drive….which way is the hospital ?” Sham sekadar menjawan “Gleneagles…” Marleena sendiri tak tahu dimana terletaknya hospital tersebut…..“Where is that ?” “Don’t worry I show you how to get there….” ujar Sham.

No comments: